CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Siapa Anda Berdasarkan Warna Kegemaran

16-3-2015 04:15 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5312| Komen: 3

Description: Seorang yang suka menolong, mendidik, membela dan mengambil berat orang lain. Sifat ini adalah semulajadi.

BIRU
Seorang yang suka menolong, mendidik, membela dan mengambil berat orang lain. Sifat ini adalah semulajadi. Mereka banyak berkomunikasi menggunakan hati dan perasaan. Oleh itu, mereka mudah memahami dan bersifat empati. Personaliti biru mudah berkongsi rasa sayang dan mesra. Mereka memberi tanpa mengharap balasan. Mereka juga adalah pendengar yang baik.

HIJAU
Seorang yang romantik, menyukai keindahan, suka udara nyaman, seorang yang berpegang kepada prinsip, mempunyai tarikan tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. Seorang yang mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami anda serta menolak anda maju kehadapan.


KUNING
Bersikap optimis, periang, senang bergaul, suka menolong kerana menolong merupakan kewajipan mutlak bagi anda. Seorang yang tidak meremehkan sesiapa pun. Seorang yang sensitif dan penyayang, pentingkan keselamatan dan keselesaan. 

UNGU/VIOLET
Dalam menghadapi masa depan, anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dilakukan adalah yang terbaik, berpandangan jauh, kreatif dalam bidang seni, sukakan alam semulajadi dan muzik, mempunyai daya kepimpinan yang baik.

PUTIH
Anggun, idealis, moral yang tinggi, tidak angkuh dan rajin menolong orang sekeliling, sensitif tetapi berdikari, patuh pada ketua, agak sukar berinteraksi secara fizikal.


MERAH
Sukakan kebebasan, cabaran, dan mahu kejayaan dalam hidup, sukakan pembaharuan dan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti, optimis, lantang bersuara, keras hati atau degil untuk terima sesuatu yang anda tidak setuju, lembut hati terhadap kesusahan orang lain.

JINGGA
Bagus dalam hal pekerjaan, suka memberi idea baru, suka bersama kawan-kawan, setia,bertenaga, kreatif.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote khailya 17-3-2015 08:55 AM
aku suke Hijau dan Biru.. :)
Quote misssakura 16-3-2015 07:58 PM
aku suka ungu tapi  x ada ciri2 aku dekat situ. aku tak minat putih tp kebanyakkan ciri aku ada pada warna putih. jd mungkin tajuk ni kena tukar kepada personaliti anda berdasarkan warna kurang digemari. hahahhah
Quote fahiza29 16-3-2015 04:54 PM
semua kaler aku suka

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034847 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top