CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Peribadi Seseorang Melalui Posisi Tidur

18-3-2015 04:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3199| Komen: 1

Description: Pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta. Terlalu menyimpan rasa dan perahsia.

LadyLista - Ramai antara kita tak tahu, posisi tidur melambangkan peribadi seseorang. Bukan itu sahaja, posisi seseorang semasa tidur banyak mempengaruhi semua keputusan yang diambil oleh mereka sewaktu sedar. MInda separuh sedar sememangnya mempengaruhi anda tanpa anda sedar. Jom semak anda yang mana?

TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA
  • Individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar.
  • Suka memberi idea yang bernas dan unik yang sukar diperolehi daripada orang lain.
  • Family first ! sebolehnya anda ingin menjaga institusi keluarga dengan sebaik mungkin.
  • Sukar untuk bercinta kerana seorang yang memilih.
  • Seorang yang berterus terang dalam hubungan.
  • Suka luahkan perasaan tidak puas hati tanpa memendam.
  • Sedikit cemburu dan lekas berprasangka.


SELUBUNG SELURUH BADAN DENGAN SELIMUT
  • Berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
  • Pemalu dan lemah.
  • Terlalu menyimpan rasa dan perahsia.
  • Suka menyelesaikan masalah sendirian dan pendam daripada orang lain.
  • Sering meracau sewaktu tidur.
  • Tidak gemar/suka meminta bantuan orang lain.
  • Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
  • Pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.
  •      ## rugi besar laa siapa yang tak tahu menghargai anda..


TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG.
  • Terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
  • Sukar menerima perubahan dalam diri.
  • Lebih gemar bersendiri tetapi mempunyai sikap toleransi.
  • Terlalu mengikut kata hati dan ambil nasihat orang.
  • Seorang yang tegas dalam semua perkara.
  • Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas.
  • Seorang pendendam dalam hubungan.
  • Sekali anda terluka, anda tidak akan berduduk diam dan memastikan si dia menerima balasan yang setimpal.
  •       ## bahaya sesiapa di paras kategori nie..

TIDUR MEMBONGKOK
  • Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
  • Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sangat pemalu.
  • Sifat sense of humor sangat kuat.
  • Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
  • Penyabar dalam setiap situasi.
  • Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.
  • menganggap bahawa cinta telah lama hilang dalam kamus hidup anda.
  •       ## terima lah cinta dan cuba balasnya, setiap yang terjadi ada sebab dan hikmahnya..

TIDUR MEMBAONGKOK DAN MENGIRING
  • Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu.
  • Pendendam.
  • Individu di sekeliling anda akan berhati-hati supaya anda tidak menyakiti diri anda.
  • Mudah meradang pada orang buat hati anda "panas".
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Suka merealisasikan impian anda.
  • Seorang manis bibir dalam percintaan.
  • Pandai berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.
  •      ## bagi individu yang suka tidur mengiring pada arah kanan dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah ! Tahniah~

TIDUR MENGIRING DENGAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA
  • Seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
  • Kurang keyakinan dalam diri.
  • Sentiasa belajar dalam kesilapan yang dilakukan.
  • Terlalu boros dalam berbelanja dan belajarlah untuk mengawal nafsu.
  • Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
  • Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
  • Tidak lokek untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.
  •     ## rupanya boros nak beli hadiah ke.. boleh dipuji tapi perlu diperbaiki...


TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DAN KAKI SEDIKIT MENDEPA
  • Pencinta pada kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
  • Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
  • Tidak gemar mengikut arahan orang lain.
  • Boleh berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
  • Pemboros tapi sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya
  • Penyibuk dan suka bergosip.
  • Bekerja keras dan beri komitmen pada kerja.
  • Tapi, si dia banyak makan hati dengan komitmen anda terhadap kerja.
  • Perlu bersikap mengahrgai dan romantik dalam hubungan dengan si dia.
  •       ## silalah perbaiki jika tidak mahu kehilangan si dia ye...


TIDUR MENIARAP
  • Anda seorang yang berfikiran agak sempit.
  • Fikiran terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak anda.
  • Seorang yang lalai dan tidak teratur.
  • Manja dan pemurah hati.
  • Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
  • Suka memberi pertolongan.
  • Kawan adalah penting dalam hidup anda.
  • Pantang kepada manusia penipu.
  • Sering pelupa segala hal dalam percintaan.
  • Kadang-kadang pasif terhadap si dia.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 22-3-2015 05:15 PM
aku tido dengan cara selimut dari kepala sampai ke kaki hihi

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.031137 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top