CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laporan Interim Mh370 Dianggap Pelik

10-3-2015 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9055| Komen: 54

Description: "Tapi Pesawat Ini Misteri, Hilang Semua. Tidak Pernah Jadi Dalam Sejarah Dunia. Saya Khuatir Ada Permainan Teknologi," Katanya Ketika Diminta Mengulas Mengenai Laporan Interim Pasukan Penyiasat Ke ...
Laporan Interim Mh370 Dianggap Pelik


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

"Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam.

Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

"Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir.

Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.

Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemu bual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas.


5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanlasak 9-3-2015 11:00 PM
fakta yg di katakan oleh mantan Tun Mahathir adalah benar utk kita fikirkan bersama.......
Quote leni 9-3-2015 11:01 PM
iya......technology conspiracy.....tak de alasan lain dah kot mh370 ni...
Quote batmana 9-3-2015 11:13 PM
mmg pelik , lagila pelik bila radar tentera boleh aman2 je declare unknown aircraft tu sbg pesawat aman.. pastu bertambah pelik dkt seminggu baru release data ....

mau je aku bagi  pelempang kt org yg brtnggungjwb tu......
Quote zvicmorrow 9-3-2015 11:19 PM
drM menyebut permainan teknologi!...agak-agak apa iya?...adakah mh370 telah diambil oleh satu sistem ala-ala drone yg dikawal dari darat atau satelite..
Quote timahterung 9-3-2015 11:32 PM
kuasa besar punya angkara...
Quote miabebe 9-3-2015 11:33 PM
Miabebe mmg suka kt Tun M.. Sep skit
Quote kimsa-ra 10-3-2015 12:13 AM
adakah teknologi itu lbh berkuasa dr tuhan?
Quote lizaliza 10-3-2015 12:16 AM
Apa apa la....dah semua hilang gitu...tiada yg mustahil di boleh land...:zz
Quote lizaliza 10-3-2015 12:16 AM
Apa apa la....dah semua hilang gitu...tiada yg mustahil di boleh land...:zz
Quote ice_sky92 10-3-2015 12:25 AM
Skg aku tengah tengok dokumentari MH370 dekat History channel. Teori kehilangan sama macam dalam Air Crash Investigation. Cuma ada tambahan teori konspirasi. Teori meteor langgar pun ada. Memang tak masuk akal tapi tula.....selagi MH370 tak dijumpai.
Quote tomatome 10-3-2015 12:39 AM
ermm wat to do.. mmg konspirasi la tu gamaknya sbb byk sangat bcanggah maklumat.. sekejap cmtu sekejap cmni.. kesian kita jd mangsa
Quote pyropura 10-3-2015 12:48 AM


..memang banyak bende2 pelik sejak kerusi PM diduduki oleh Dato Sri Rosmah Mansor nih...
Quote gigahertz 10-3-2015 12:51 AM
ice_sky92 replied at 9-3-2015 04:25 PM
Skg aku tengah tengok dokumentari MH370 dekat History channel. Teori kehilangan sama macam dalam Air ...

sebenarnya kapal terbang tu selamat. dan mendarat di satu tempat . tapi kebenaran utk melihat x dapat lagi
Quote miabebe 10-3-2015 07:20 AM
gigahertz replied at 10-3-2015 12:51 AM
sebenarnya kapal terbang tu selamat. dan mendarat di satu tempat . tapi kebenaran utk melihat x da ...

Sbb ape xde kebenaran utk melihat pulakkkk? Pelik bebeno...ce cite ce cite....
Quote monyet02 10-3-2015 07:41 AM
setuju dgn Tun
Quote RajaBatinDotCom 10-3-2015 07:45 AM
Buka Tun M je yang pelik, satu Malaysia pun rasa pelik. Banyak benda musykil. Macam benda terancang. Entah la.
Quote Nokiaman 10-3-2015 07:56 AM
Kalau saya wartawan, akan saya utarakan pertanyaan ni kepada Tun,..."jika insiden ni berlaku semasa pemerintahan anda, apa tindakan susulan?..
Quote GhostWalking 10-3-2015 08:04 AM
Memang sesuai disampaikan masa conference NWO
Quote luvly_eone 10-3-2015 08:06 AM
Najib ckp "ada aku kesah..."

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.105449 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top