CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Datuk Eizlan Yusof sah bercerai

17-2-2015 12:53 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3511| Komen: 1

Description: Pasangan Datuk Eizlan Yudof dan Datin Vie Santi Harun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.


LadyLista - Pasangan Datuk Eizlan Yusof dan Datin Vie Santi Harun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Rumah tangga mereka dikatakan goyang lewat tahun lepas sewaktu si isteri tampil memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Eizlan, 44, terhadap Vie Santie, 29, pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasanganya itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie tidak akan menuntut mutaah.

Selain itu,pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah.

Vie Santie, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan V Zaalia berusia antara dua hingga enam tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 23-2-2015 03:19 PM
Nama betul Datuk Eizlan ialah Idris.

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054725 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top