CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Jaafar Onn Lali Dengan Hinaan Orang

19-2-2015 09:14 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2487| Komen: 2

Description: “Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya

Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis.

“Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing.

Jaafar Onn sudah lali dengan hinaan orang.

Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya.


Malah personaliti itu turut memuat naik gambar Jaafar sedang bermain buih sabun dengan kapsyen seolah-olah jijik dengan perbuatan itu.

Bagaimanapun gambar dan status berkenaan telah dipadamkan tetapi telah menjadi viral di Internet.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Wazzul 23-2-2015 07:32 AM
kivio: Rilek sudew. Yang mengutuk tu pun, bukan baik mane. Semua orang kenal dia punn hahaha
SANGAT SETUJU!!!
Quote kivio 19-2-2015 10:09 PM
Rilek sudew.
Yang mengutuk tu pun, bukan baik mane.
Semua orang kenal dia punn hahaha

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.072860 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top