CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jeritan ‘Allahu-Akbar’ Menyelamatkan Dari Dirogol

16-2-2015 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8947| Komen: 57

Description: “Sebaik Tiba Di Stesen Berkenaan, Mangsa Mendapati Pintu Pagar Masih Berkunci Kerana Perkhidmatan Pada Hari Berkenaan Belum Beroperasi,” Katanya.
Jeritan ‘Allahu-Akbar’ Menyelamatkan Dari Dirogol

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Jeritan ‘Allahu-Akbar’ menyelamatkan seorang pelajar perempuan sebuah politeknik daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, di sini, Khamis lalu.


Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun dikatakan menjerit apabila seorang lelaki tiba-tiba meraba buah dadanya selepas dia terjatuh dalam pergelutan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, jeritan itu menyebabkan suspek terkejut dan melarikan diri.


Katanya, suspek sempat mengambil telefon bimbit milik mangsa dianggarkan bernilai RM400.


Zainuddin berkata, mangsa datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar surat latihan praktikal sebelum bercadang tinggal sementara di rumah ibu saudaranya di Gombak.



“Sebaik tiba di Hentian Pudu jam 4.15 pagi, mangsa berjalan ke Stesen LRT Pudu tidak jauh dari lokasi perhentian bas ekpress yang dinaikinya.


“Sebaik tiba di stesen berkenaan, mangsa mendapati pintu pagar masih berkunci kerana perkhidmatan pada hari berkenaan belum beroperasi,” katanya.
Menurutnya, mangsa berpatah balik ke Hentian Pudu berikutan keadaan di stesen itu gelap, sunyi dan berbahaya.


“Ketika berjalan mangsa ditegur lelaki tidak dikenali yang menghalang dan menutup mulut mangsa serta mengugut mahu membunuh mangsa sekiranya dia menjerit,” katanya.


Katanya, mangsa tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan cabul.

8

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-2-2015 12:42 PM
tangkap jgn tak tangkap
Quote mbhcsf 15-2-2015 12:48 PM
Bless her. Bahaya le area tu awal awal pagi. Surau yg baru tu tutup ye?
Quote rdzaccess 15-2-2015 01:00 PM
Pengawal keselamatan tak der .. tak cukup kakitangan ..
Quote rdzaccess 15-2-2015 01:01 PM
atau pelaku adalah pengawal keselamatan di tempat tersebut ..
Quote batmana 15-2-2015 01:07 PM
penipula..

orang kalu nk merogol ka meliwat ka, mana ada paksa2 gitu?, ckp aja can i fak u.. terus serah kehormatan nnti..

~ kelab peminat pertahankan jubo saiful bukhari
Quote ice_sky92 15-2-2015 01:08 PM
Jeritan Allahu-Akbar yang paling menyinsafkan aku ialah dalam rakaman cockpit Adam Air sebelum terhempas. Korang boleh tengok kat YouTube.
Quote Toppaz 15-2-2015 01:13 PM
Set jejantan gersang yg lahanat lahir bak cendawan tumbuh lepas hujan.
Quote sasuke-kun 15-2-2015 01:15 PM
Penah gak jadi kat tempat aku dlu sorang mamat high shabu nak rogol budak sekolah menengah, then budak tu jerit Allahuakbar tiba2 trus mamat tu macam tersedar dari high dan melarikan diri...Alhamdulillah selamat.
Quote jazaa 15-2-2015 01:34 PM
mak sedara pun sampai hati, ank sedara sampai pkl 4pg tanak tunggu.....
Quote pooh~key 15-2-2015 01:49 PM
perogol beriman. mungkin keturunan lobai.
Quote lavapuma 15-2-2015 01:51 PM
pooh~key replied at 15-2-2015 01:49 PM
perogol beriman. mungkin keturunan lobai.

lu jgn risau....muka hoduh cam lu....tarak org puuunnn sudi nak rogol nyer punnnn...
kena tak berbaloi kalu kena tangkap....






Quote mystica 15-2-2015 01:59 PM
seramnya... nasib baik dia masih boleh laungkan AllahuAkbar.

kalau boleh perempuan travel sorang2 jgn ambil bus smpi pagi2 buta. bahaya.. unless kalau dh ada org tunggu nak jemput.
Quote qronaldo7 15-2-2015 02:34 PM
Time cari nahas. Tggu je la siang sket
Quote bellaa 15-2-2015 02:48 PM
qronaldo7 replied at 15-2-2015 02:34 PM
Time cari nahas. Tggu je la siang sket

bella x paham.. apa motip dia gigih travel ke key ell time 4 pagi?

semata2 nak hantar surat praktikel..

Quote qronaldo7 15-2-2015 02:51 PM
bellaa replied at 15-2-2015 02:48 PM
bella x paham.. apa motip dia gigih travel ke key ell time 4 pagi?

semata2 nak hantar surat pr ...

Tau xpe. Macam la urgent sgt. Huhu.
Quote mattzzx 15-2-2015 03:26 PM
bellaa replied at 15-2-2015 02:48 PM
bella x paham.. apa motip dia gigih travel ke key ell time 4 pagi?

semata2 nak hantar surat pr ...

Mungkin bas yang dia naiki sampai Pudu kol 4 pagi tu....

Quote mommymonster82 15-2-2015 03:29 PM
Apesal yg sampi pg2 buta? Pastu xde org leh tolong ambil ke?  Ya Allah nasib baik xjd per2...
Quote mommymonster82 15-2-2015 03:30 PM
jazaa replied at 15-2-2015 01:34 PM
mak sedara pun sampai hati, ank sedara sampai pkl 4pg tanak tunggu.....

Itulah kaka.... Sanggup dibiar gitu...
Quote ella. 16-2-2015 07:20 AM
pooh~key replied at 15-2-2015 01:49 PM
perogol beriman. mungkin keturunan lobai.


Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.097690 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top