CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Lelaki Kudung Siku Rogol Anak Saudara Sampai Hamil Di Jatuh Hukum!

25-2-2015 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15033| Komen: 84

Description: “Tertuduh Sepatutnya Menjadi Pelindung Dan Bukan Merogol Mangsa Seperti Ini. Mohon Mahkamah Mengambil Kira Penderitaan Mangsa Yang Menyembunyikan Kandungan Hingga Melahirkan Anak Itu Seorang Diri,” ...
Lelaki Kudung Siku Rogol Anak Saudara Sampai Hamil Di Jatuh Hukum!

Lelaki berkenaan keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara.


KOTA BHARU - Haruan makan anak. Itu perumpamaan buat seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil terima padah setelah dihukum penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap lelaki berusia 56 tahun terbabit selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu.

“Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan bukan merogol mangsa seperti ini. Mohon mahkamah mengambil kira penderitaan mangsa yang menyembunyikan kandungan hingga melahirkan anak itu seorang diri,” katanya.

Mangsa sebelum itu, ke rumah ibu saudara sebelah bapa untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut turut sama berada di dalam rumah dan ketika tidur, tertuduh merogolnya serta memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain. Takut dengan amaran tersebut, dia berdiam diri.

Mangsa bagaimanapun hamil dan menyembunyikan kehamilannya serta menanggung penderitaan bersendirian sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014.

Segalanya terbongkar apabila abang mangsa mendengar tangisan bayi di belakang rumah di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli, pada jam 8.45 malam.

Abang dan bapanya yang pergi melihat dan mendapati bayi itu sudah dilahirkan. Mangsa kemudiannya memberitahu dia dirogol tertuduh hingga mengandung.

Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.

2

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 25-2-2015 08:08 AM
macamana ko merogol dekkkkk tahan sebelah tangan kah??
Quote Modngengade 25-2-2015 08:10 AM
Dlm kudung2 tu pun ko masih ada hati buat jahat kat org yer....
Quote CrowneGlory 25-2-2015 08:10 AM
X padan cacat...
Quote Syd 25-2-2015 08:14 AM
GhostWalking replied at 25-2-2015 08:08 AM
macamana ko merogol dekkkkk  tahan sebelah tangan kah??

yang kudung tuh, tangan dia
bukan penis dia

tetap laa boleh kan?

tangan sebelah lagi ada apa
Quote Suchi 25-2-2015 08:19 AM
GhostWalking replied at 25-2-2015 08:08 AM
macamana ko merogol dekkkkk  tahan sebelah tangan kah??

mungkin ade teknik2 tertentu kot, ikat dulu mangsa ke ala2 bdsm ke apatah tu


o/t: mlm td nmpk kawan iols share pasal lawatan dia kt rumah perlindungan kot, kwn iols nih sukarelawan kerja2 amal mmg selalu lah ade aktiviti amal gini

sedih ok, smlm kumpulan dorang tunaikan hajat seorang budak 11 tahun yg sarat peknen tunggu masa nk beranak. ngidam nk mkn kek coklat n sate.dia kena rogol ngn bapak kandung dia.
kecik je badan budak tu ok,kawan iols tu tak berenti2 nangis ngenangkn nasib budak tu.. cemana dia nk beranak nnt.
Quote GhostWalking 25-2-2015 08:21 AM
Syd replied at 25-2-2015 12:14 AM
yang kudung tuh, tangan dia
bukan penis dia

ye tapi bayangkan orang mendayung sebelah tangan
Quote haryatie 25-2-2015 08:22 AM
da la cacat..
hati pun cacat sama
Quote GhostWalking 25-2-2015 08:24 AM
Suchi replied at 25-2-2015 12:19 AM
mungkin ade teknik2 tertentu kot, ikat dulu mangsa ke ala2 bdsm ke apatah tu

Umur 11 tahun??teruknya bapak budak tuh
Quote Syd 25-2-2015 08:24 AM
GhostWalking replied at 25-2-2015 08:21 AM
ye tapi bayangkan orang mendayung sebelah tangan

ok tuhh








boleh je kan
Quote lonely_surina 25-2-2015 08:30 AM
Suchi replied at 25-2-2015 08:19 AM
mungkin ade teknik2 tertentu kot, ikat dulu mangsa ke ala2 bdsm ke apatah tu

Ya Allah sedihnya..
budak je pun, mmg kek coklat feveret sgt..
tah apo laa ayah tu pk smp blh buat camtu kat anak kandung sendiri..

Quote Suchi 25-2-2015 08:31 AM
GhostWalking replied at 25-2-2015 08:24 AM
Umur 11 tahun??teruknya bapak budak tuh

11 tahun utk tahun ni tu pun blm lg besday beliau haruslah ntah2 sejak bbrp tahun lepas lg kot dah kena..
kejam kan.
Quote GhostWalking 25-2-2015 08:35 AM

mamat ni mmg la hero.yang mamat atas tu elok dihencap merogol anak sedara sendiri sampai mengandung
Quote GhostWalking 25-2-2015 08:36 AM
Suchi replied at 25-2-2015 12:31 AM
11 tahun utk tahun ni tu pun blm lg besday beliau haruslah ntah2 sejak bbrp tahun lepas lg kot dah ...

kalau dah jadi macam tu, di terangkan tak apa itu pregnancy kat dia?ke dia blur2 lagi?adui macamana budak umur 11 tahun nak beranak suchi
Quote matahari7001 25-2-2015 08:57 AM
hmmm tak padan ngan kudung tangan
Quote Syd 25-2-2015 09:01 AM
GhostWalking replied at 25-2-2015 08:36 AM
kalau dah jadi macam tu, di terangkan tak apa itu pregnancy kat dia?ke dia blur2 lagi?adui macaman ...

sbb tu skrg, dah ada silibus pasal benda2 neh semua dari peringkat sekolah rendah
kerajaan pandang serius perihal budak2 kecik yang tak tahu apa
dah dicabul, diraba dan dingesek oleh jantan2 keparat neh
tak kira oleh abang ayah atok jiran pak sedara
lom lagi rakan sekolah, rakan wechat, rakan fb
cikgu pung baham anak murid sendiri
Quote xtahumenahu 25-2-2015 09:03 AM
Suchi replied at 25-2-2015 08:19 AM
mungkin ade teknik2 tertentu kot, ikat dulu mangsa ke ala2 bdsm ke apatah tu

sedihnyaaa...tu bapak ke setannn?????
x terbayang aku budak darjah 5 sarat bawak perut
semoga Allah pelihara budak tu
Quote nh83 25-2-2015 09:15 AM
Apalah nk jadi..rogol sana sini..jgnkan pompuan lelaki pun x selamat skrg ni..risau pikir keselamatan anak2x kita ke depan macam mana..nauzubillah mintak dijauhkanla drpd benda2x mcm ni..
Yg dh jadi mangsa seumur idup trauma..sungguh x terbayang nasib anak2x yg jd mangsa..moga mereka sentiasa dilindungi TUhan..
Quote olaoliolu 25-2-2015 09:16 AM
eee. smpi terberanakk baru kantoi. susah  nak percaya org skrg ni. kena beli cawat besi utk waktu2 sedara dtg ke rumah
Quote wak_karman 25-2-2015 09:20 AM
tak tau nak komen apa dah...
jahil btol

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.090659 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top