CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lepas Hidu Gas Didapur Terus Tetak Ayah

12-2-2015 06:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11317| Komen: 44

Description: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah Berkata, Suspek Yang Bosan Mendengar Teguran Mangsa Yang Dianggap Satu Leteran Itu Mengambil Keputusan Membawa Masu ...
Lepas Hidu Gas Didapur Terus Tetak Ayah


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak menetak kepala ayahnya dengan sebilah parang hanya sebab tidak puas hati aktivitinya yang menyedut gas dari tong gas memasak di dapur ditegur mangsa dalam satu kejadian di Felda Kerteh, Ketengah Jaya, Dungun, Isnin lalu.
       
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, mangsa berusia 54 tahun itu terserempak dengan suspek, 25, di dapur dalam keadaan khayal sambil sedut gas dari tong gas memasak sebelum menegur dan melarang tindakan tersebut.
       
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek yang bosan mendengar teguran mangsa yang dianggap satu leteran itu mengambil keputusan membawa masuk tong gas tersebut ke dalambiliknya.
       
“Mangsa yang curiga dengan tindakan berkenaan mengambil keputusan mengekori anaknya itu sebelum sekali lagi ternampak suspek menyambung semula aktiviti tersebut.
       
“Terkejut melihat suspek makin ghairah dan khayal, mangsa sekali lagi cuba menghalang dengan rampas semula tong gas berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
       
Bagaimanapun, Wan Abd Aziz berkata, tindakan si bapa yang cuba menghalang buat kali kedua itu menaikkan api kemarahan suspek sebelum bertindak mengambil sebilah parang di bawah katil lalu diayunkan ke arah mangsa.
       
“Dalam keadaan kelam kabut.. mangsa sendiri tidak sangka suspek tergamak bertindak seperti dirasuk hantu itu tidak sempat mengelak sebelum ayunan itu terkena belakang kepalanya.
       
“Namun, dalam keadaan berlumuran darah, mangsa masih menggagahkan dirinya merampas parang di tangan suspek sebelum berlaku pergelutan antara dua beranak itu”, katanya.
       
Wan Abd Aziz berkata, mangsa yang berjaya merampas semula parang tersebut telah dibawa ke klinik oleh salah seorang anak jirannya.
       
Jelasnya lagi, akibat kejadian, mangsa yang merupakan seorang peneroka menerima 11 jahitan di belakang kepala.
       
“Mangsa  ambil keputusan membuat laporan polis dan selepas laporan diterima, suspek berjaya ditangkap bersama parang yang dipercayai digunakan menyerang mangsa,” katanya.
       
Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.


3

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 12-2-2015 09:45 AM
first time baca orang sedut gas masak..
Quote kasibiman 12-2-2015 09:47 AM
Kepelikkang sokmo la yer tuh
...
Quote inai_Djari 12-2-2015 09:49 AM
kurang ajar sungguh!! kalo tau anak dia mcm tue dr kecik dah humban dlm parit je!emm tak tau pulak gas boleh buat khayal
Quote mdhelmi 12-2-2015 09:56 AM
mat pit xbole tego camtu
mmg kene hentak time tu jugak
xpon lepas tu bw geng 434......eh tu kopi ehe
Quote nordayu 12-2-2015 09:58 AM
klu dia sedut gas,pastu isap rokok..meletup x??
Quote EJALTI 12-2-2015 10:02 AM
Sedut gas memasak pun boley high gak ke?

Sepatutnya, si ayah baling jerk api mancis tuh masa si anak tgh syok menyedut gas....
Quote Feedoss 12-2-2015 10:03 AM
menyedut gas dari tong gas memasak di dapur?
haha lepas ni gas dapur pun kne catu. setiap rumah ada satu je. hahahaha
Quote wak_karman 12-2-2015 10:04 AM
rasa mcm nak nyalakan api je tgh2 dia sedut gas masak tu.....
Quote twins 12-2-2015 10:10 AM
hidu gas memasak boleh lalok ekkk ???
first time dengar...
hishhh.... naik harga la lagi gas memasak lepas ni sebab pemintaan tinggi..
satu tong boleh share 10 orang sedut.. boleh tong2 sorng sikit nak beli...
lepas tu boleh lalok berjemaah....
Quote LabuLabi69 12-2-2015 10:14 AM
kebodohan apakah ini !!! kenapa makin mcm2 ... pttnya biarkan dia sedut smpai berbuih mulut tu ...
Quote cik_nit 12-2-2015 10:15 AM
Haiyoo... Gas masak pun buleh buat ketagihan? First time dengar ni...
Quote prettyuglybabe 12-2-2015 10:32 AM
eloknya bapaknya buatkan beliau sebuah bilik jauh sikit dari rumah..
letak tong gas 2 3 biji..
tunggu dia syok menyedut, campak kan api biar meletup
nak tanam pun tak susah orang mengangkat berat berat jenazahnya
Quote cap_ayam 12-2-2015 10:35 AM
Kesian dan sedih baca cerita macam ni.. Dah lalok fikiran pun tak waras. Ayah yang bagi makan pun kena libas parang. Omg.
Quote zameyla 12-2-2015 10:36 AM
prettyuglybabe replied at 12-2-2015 10:32 AM
eloknya bapaknya buatkan beliau sebuah bilik jauh sikit dari rumah..
letak tong gas 2 3 biji..
tun ...

betul2...hidup pun menyusahkan je..
Quote musangcomel 12-2-2015 10:40 AM
bangangnya rasa nak sepak je
tergamak tetak bapak sndiri sbb tegur isap gas
patutnya baling je mancis menyala time dia syok sedut gas tu
Quote mattzzx 12-2-2015 10:53 AM
Sumber ketagihan terbaru tu.....inovatif lah dia tu..
Quote noor2 12-2-2015 11:33 AM
Anak ni elok diletopkan dgn tong gas
Quote kejoraria 12-2-2015 11:35 AM
sedut gas masak????
biar betik mamat ni.....tu kalau petik api kat badan mamat ni mesti menyala
Quote Daka 12-2-2015 11:40 AM
Bapa nya pun dah tahu anak tengah 'high' buat apa ganggu potong stim dia. Ha..kan dah kena tetak. Biar la anak tidak berguna itu sedut gas. Lagi cepat mampus lagi bagus. Hidup pun menyusahkan orang sahaja manusia sebegini.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.060832 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top