CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Salman, Sonakshi, Ajay merebut gelaran calon pelakon tercorot

28-1-2015 11:22 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3160| Komen: 0

Description: Jika Shahid Kapoor dan Aamir Khan cemerlang menerusi filem Haidel dan PK, Saif Ali Khan dan Ajay Devgan mengingatkan kita mengenai mutu lakonan yang kurang mantap.

Jika Shahid Kapoor dan Aamir Khan cemerlang menerusi filem Haidel dan PK, Saif Ali Khan dan Ajay Devgan mengingatkan kita mengenai mutu lakonan yang kurang mantap. 

Sempena Ghanta Award yang bakal berlangsung, ketiga-tiga pelakon ini tercalon bagi kategori tersebut. Bagi 'menghargai' mutu lakonan yang tidak seberapa itu, Ghanta Awards akan menganugerahkan mereka dengan pingat Ghanta. Untuk pengetahuan semua, Ghanta Awards ini merupakan acara penganugerahan bagi filem dan lakonan yang tercorot di India. Acara ini sebaris dengan acara anugerah yang gah di industri Bollywood.

Semua calon merupakan calon tapisan yang telah diadili oleh pengkritik filem yang seterusnya dibuka undian untuk orang ramai dalam laman rasmi theghanta.com. Menurut media di India, kebanyakkan pelakon tidak hadir bagi menuntut 'pingat' mereka.

Salman, Saif dan Ajay bakal bersaing sesama sendiri untuk merebut gelaran pelakon tercorot. Turut tercalon, pelakon wanita dengan lakonan yang tercorot adalah Sonakshi Sinha, Bipasha Basu dan juga Saif Ali Khan, dalam filem 'Humshakals' dimana beliau memegang watak pondan.

Pada LadyLista, bagus mereka adakan anugerah sebegini, ini bagi membaiki mutu lakonan sebagai artis dimana, mereka dapat melihat prestasi mereka sebagai pelakon.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.032093 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top