CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik BADAN Lihat artikel

Kenapa Badan Boleh Lesu Siang Hari?

3-1-2015 01:11 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 15172| Komen: 46|Location: sumber asal

Description: Berikut beberapa tips LadyLista kumpulkan penyebab badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.

Hairan ya tidur sudah cukup.. Makan pun sudah… Minum pun sudah.. Tak pula melakukan aktiviti lasak.. kenapa ya? Mengapa badan terasa cepat penat, tidak bertenaga, lesu dan mengantuk ketika di sian hari? Apakah punca masalah badan letih ini dan bagaimana untuk mengetasi badan letih dan cepat mengantuk? Berikut beberapa sebab LadyLista kumpulkan penyebab badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.


Sensitif Elektrik/ Elektromagnet
Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer. Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.


Diabetes tanpa Sedar
Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.
Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.

Makan tengah hari
Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.
Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.


Masalah Ginjal
Maslah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan. Cara Mengatasi masalah badan letih ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.
kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah. Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12. Cara mengatasi masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya. 

Senaman
Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya. cara mengatasi badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.

Tekanan
Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang. Cara mengatasi Badan letih akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Terapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 30-12-2014 10:18 AM
kn rajin exercise utk keluarkan peluh
buat kat rumah after balik keje pn ok
badan lesu sbb x workout/ toksin x keluar dari badan
pastu rajin2 la stretching

kat opis tu rajin2 la guna tangga
atau jalan2 (tapi jgn ko kacau org lain plak)
sekadar amik angin dan menghirup udara luar kekdahnya
Quote MssHarry89 30-12-2014 10:48 AM
gekkou replied at 30-12-2014 10:18 AM
kn rajin exercise utk keluarkan peluh
buat kat rumah after balik keje pn ok
badan lesu sbb x worko ...

ohh..patutla aku lesu..
toksin tak keluar rupanya.
asik mengantuk jah kat opis -_-


ok TQ bagi cadangan

Quote alexandria_iz 31-12-2014 12:10 AM
MssHarry89 replied at 30-12-2014 10:48 AM
ohh..patutla aku lesu..
toksin tak keluar rupanya.
asik mengantuk jah kat opis -_-

Makan b complex.

Atau ostematrix (pil kalsium & magnesium).
Quote alexandria_iz 31-12-2014 12:13 AM
Atau buat air nabeez.

Air nabeez nie adalah air kegemaran nabi.

Cara dia:
Rendam kurma (bilangan ganjil) dlm segelas air / tumbler. Seelok2nyer kurma ajwa. Biarkan semalaman & tutup gelas/ tumbler tu. Esoknyer minum air tu (atau blend je). Buat hari2.
Quote suka2 31-12-2014 01:20 AM
kurang bersenam je ni. jangan pulak badan rasa lesu kat ofis terus gi buat nescafe satu teko, kunyah kerepek2, asam2. banyak minum air kosong.
Quote MssHarry89 31-12-2014 11:03 AM
suka2 replied at 31-12-2014 01:20 AM
kurang bersenam je ni. jangan pulak badan rasa lesu kat ofis terus gi buat nescafe satu teko, kunyah ...

yup.gitulah yg aku amalkan bila rasa mengantuk tu datang.
huhuuhhuu
tak elok ea buat camtu. makan asam tu selalu ngeee.

nak exercise kat opis cam tak boleh la.
opis kecik je takde tangga pun


Quote MssHarry89 31-12-2014 11:04 AM
alexandria_iz replied at 31-12-2014 12:13 AM
Atau buat air nabeez.

Air nabeez nie adalah air kegemaran nabi.

nak try la buat air ni.ala2 detox water gitu..
tapi aku tak berapa gemar kurma


Quote iznanaziz 31-12-2014 12:15 PM
Cara-cara nak menghilangkan ngantuk di waktu kerja:

1.  Berguling2 kat tangga dlm masa 5 min.
2.  Suruh member letak paku tekan atas kerusi korang.
3.  Suruh penyambut tetamu meng'interkom' korang setiap 2 min.
4.  Sepak buju meja tanpa memakai kasut.
5.  Stapler telinga korang.
6.  Solatep kelopak mata korang.
7.  Buat keje depan bos.  
Quote whadda 31-12-2014 01:19 PM
iznanaziz replied at 31-12-2014 12:15 PM
Cara-cara nak menghilangkan ngantuk di waktu kerja:

1.  Berguling2 kat tangga dlm masa 5 min.

no. 7 tu selalu aku guna.. memang berkesan...
Quote laili_nur 31-12-2014 09:39 PM
ada pernah terbaca lesu, cepay letih ni juga boleh disebabkan oleh penyakit kencing manis. cuba2 la cek paras gula dlm darah..
Quote mbhcsf 1-1-2015 07:58 AM
exercise?
? diet ? kurangkan carb lebihkan carb yg kompleks, fruits ...etc
Quote mbhcsf 1-1-2015 07:59 AM
oh tido = cukup

senang je i kate..i pun ade krisis tido ni ....for reasons known to me haha....
Quote suka2 1-1-2015 01:55 PM
laili_nur replied at 31-12-2014 09:39 PM
ada pernah terbaca lesu, cepay letih ni juga boleh disebabkan oleh penyakit kencing manis. cuba2 la  ...

betul la tu. antara simptom2 kencing manis cepat letih. biasa kalau yg kerja dalam office ni rajin buat air manis. kat ofis aku dulu pernah je seminggu 1kg gula. nescafe, milo, teh 2 minggu sekali dah kena kena refil. bukan refil pek kecik punya. semua pek jumbo.

Quote MssHarry89 2-1-2015 08:38 AM
iznanaziz replied at 31-12-2014 12:15 PM
Cara-cara nak menghilangkan ngantuk di waktu kerja:

1.  Berguling2 kat tangga dlm masa 5 min.

hahaha bos aku duk blakang aku wehhh
hahaha
Quote MssHarry89 2-1-2015 08:41 AM
laili_nur replied at 31-12-2014 09:39 PM
ada pernah terbaca lesu, cepay letih ni juga boleh disebabkan oleh penyakit kencing manis. cuba2 la  ...

uih biar betul

aku tak de la selalu sgt buat air manis..tp makan makanan manis tu mcm selalu ja.aherherr
nanti nak cek lah..kat opis selalu minum air kosong tp takdela banyak sgt.sebotol besar tu jah

Quote MssHarry89 2-1-2015 08:45 AM
mbhcsf replied at 1-1-2015 07:58 AM
exercise?
? diet ? kurangkan carb lebihkan carb yg kompleks, fruits ...etc

boleh kata dalam 5 hari tu 2 @ 3 hari akan beli nasi kerabu sebab murah dan tak berminyak.
buah tak selalu amalkan pun,pasal tak reti nak biasakan camne huhu
exercise hari sabtu ahad jela kemas rumah,time tu jah berpeloh
Quote MssHarry89 2-1-2015 08:50 AM
suka2 replied at 1-1-2015 01:55 PM
betul la tu. antara simptom2 kencing manis cepat letih. biasa kalau yg kerja dalam office ni rajin ...

ofis aku pun cepat je habisnya tapi sebab staff memang keje yg guna tenaga banyak. peluh2 dorang.
so solusinya kitorang akan sekat gula,susu,milo. heheh
kalau ada gula,susu tak keluarkan. hihii

Quote mbhcsf 2-1-2015 08:56 AM
MssHarry89 replied at 2-1-2015 08:45 AM
boleh kata dalam 5 hari tu 2 @ 3 hari akan beli nasi kerabu sebab murah dan tak berminyak.
buah  ...

err ...? makan wholemeal bread or sandwich with whole meal...with yogurt  low fat reduced sugar plus grapes plus strawberry plus mango ke  plus apa apa laaa
minum air masak
tido cukup
exercise
kurangkan stresss

bila ngantuk kat office

biat ligt exercise , jejalan brisk walking  or turun naik tangga
just to get more oxygen ...

lepas tu cer tengok rasa lesu 'ngantuk' with your period cycle...ade tak u  nampa pattern like the last 6=7 days u rasa sleepy but then ...okay balik after period?



Quote iznanaziz 2-1-2015 09:01 AM
MssHarry89 replied at 2-1-2015 08:45 AM
boleh kata dalam 5 hari tu 2 @ 3 hari akan beli nasi kerabu sebab murah dan tak berminyak.
buah  ...

aku kalau malas nak makan nasi masa lunch, aku beli buah je
ada le 3 paket.
tp pagi aku dah makan berat2 la, nasi goreng, nasi lemak ke cam tu...

Lihat semua komen(46)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.308415 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top