CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik BADAN Lihat artikel

Bunuh Jerawat Belakang Badan Anda

14-1-2015 12:54 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4737| Komen: 1

Description: Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat.
Secara umumnya jerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka (bahagian paling kerap dijangkiti).


Punca sebenar jerawat tidaklah diketahui tetapi para doktor (atas pemerhatian) telah memberikan faktor yang dikatakan penyebab masalah kulit ini.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Masalah jerawat di badan seringkali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh).


Tips elakkan jerawat kembali menyerang dari LadyLista


#Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda.

#Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.


#Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.

#Rajin bersihkan diri. Mandi dengan menggunakan sabun bagi menghapuskan bakteria dan membuang sel-sel mati

#Amalkan gaya pemakanan yang sihat.

#Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur.


Dengan amalkan semua petua di atas, yakin lah belakang badan anda kini sehalus mulus seperti gambar dibawah. Andai kata masih lagi mengalami masalah jerawat di belakang badan, dapatkan nasihat pakar kulit di klinik berdekatan. 

Sekian tips cantik LadyLista! Adios!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote BungaTepiMeja 28-1-2015 09:40 PM
Mak ajar ta baek la bunuh2.. huhhuhu

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.032865 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top