CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengkid Sesat Sebar Wahyu

19-8-2014 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5707| Komen: 6

Description: Selepas Sebarang Tindakan Untuk Mengajak Dia Kembali Kepada Islam Gagal, Kakak Wanita Itu Kemudiannya Membuat Aduan Kepada Penolong Setiausaha (Keselamatan Dan Ketenteraman) Kdn, Zamihan Mat Zin Al Gh ...
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta keluarga seorang wanita yang menyebarkan fahaman menyimpang daripada Islam membuat aduan kepada jabatan agama Islam negeri bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menyelamatkan akidah dan menyekat penyebarannya di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, dalam isu itu, beberapa perkara boleh dilihat sama ada untuk membantu dia dipulihkan dengan sebaiknya atau aspek penguatkuasaan diambil serta-merta.

Gambar hiasan


“Dalam isu ini saya nasihatkan keluarga kepada budak perempuan ini buat aduan kepada Jabatan Agama Islam Negeri sama ada ia di bawah kawasan Selangor atau Wilayah Persekutuan. Apa yang paling penting dia perlu mendapatkan pandangan daripada orang agama,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Beliau mengulas muka depan akhbar ini Khamis lalu mengenai tindakan ahli keluarga seorang wanita terpaksa membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas adiknya yang dilahirkan sebagai perempuan, bukan saja menukar perwatakan, malah menyebarkan fahaman songsang daripada Islam.

Selepas sebarang tindakan untuk mengajak dia kembali kepada Islam gagal, kakak wanita itu kemudiannya membuat aduan kepada Penolong Setiausaha (Keselamatan dan Ketenteraman) KDN, Zamihan Mat Zin Al Ghari.

Wartawan yang membuat penyamaran dan berjumpa dengannya wanita itu dimaklumkan mengenai kelebihan yang dikurniakan kepadanya iaitu boleh berinteraksi secara langsung dengan Allah selain menerima wahyu untuk disebarkan demi ‘menyelamatkan’ umat manusia di negara ini.

1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 19-8-2014 07:31 AM
tangkap aja dan masukkan dlm kem kemunting
Quote DOUBLE7 19-8-2014 10:17 AM
tangkap pastu hantar sekolah henry gurney...
Quote emmaisa 19-8-2014 10:21 AM
seelok2nya dirawat dulu....
Quote cikatilia 19-8-2014 05:32 PM
pandai la plak nak mengajar2 dia neh
Quote deanswify 20-8-2014 08:31 AM
agama baru?
Quote Al-Patih 20-8-2014 04:55 PM
itu pempuan dah sewil kot...AlQuran dah lengkap...Malaikat Jibrail pong dah pencen....lagik ada wahyu ke....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043610 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top