View: 2504|Reply: 6
|
[Tempatan]
Wanita Seakan Pengkid Kesurupan Sebar Wahyu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta keluarga seorang wanita yang menyebarkan fahaman menyimpang daripada Islam membuat aduan kepada jabatan agama Islam negeri bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menyelamatkan akidah dan menyekat penyebarannya di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, dalam isu itu, beberapa perkara boleh dilihat sama ada untuk membantu dia dipulihkan dengan sebaiknya atau aspek penguatkuasaan diambil serta-merta.
“Dalam isu ini saya nasihatkan keluarga kepada budak perempuan ini buat aduan kepada Jabatan Agama Islam Negeri sama ada ia di bawah kawasan Selangor atau Wilayah Persekutuan. Apa yang paling penting dia perlu mendapatkan pandangan daripada orang agama,” katanya kepada Harian Metro semalam.
Beliau mengulas muka depan akhbar ini Khamis lalu mengenai tindakan ahli keluarga seorang wanita terpaksa membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas adiknya yang dilahirkan sebagai perempuan, bukan saja menukar perwatakan, malah menyebarkan fahaman songsang daripada Islam.
Selepas sebarang tindakan untuk mengajak dia kembali kepada Islam gagal, kakak wanita itu kemudiannya membuat aduan kepada Penolong Setiausaha (Keselamatan dan Ketenteraman) KDN, Zamihan Mat Zin Al Ghari.
Wartawan yang membuat penyamaran dan berjumpa dengannya wanita itu dimaklumkan mengenai kelebihan yang dikurniakan kepadanya iaitu boleh berinteraksi secara langsung dengan Allah selain menerima wahyu untuk disebarkan demi ‘menyelamatkan’ umat manusia di negara ini.
Read here: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Janganbiartanpatindakan/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
tangkap aja dan masukkan dlm kem kemunting |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap pastu hantar sekolah henry gurney... |
|
|
|
|
|
|
|
seelok2nya dirawat dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
pandai la plak nak mengajar2 dia neh
|
|
|
|
|
|
|
|
itu pempuan dah sewil kot...AlQuran dah lengkap...Malaikat Jibrail pong dah pencen....lagik ada wahyu ke....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|