CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Hamidi Mahu Jakim Tangkap Pengikut Syiah-Suruh Tahan Mat Sabu

9-12-2013 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11210| Komen: 84


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jakim mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.
               
Menteri Dalam Negeri itu ketika sesi penggulungan PAU hari ini memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.
               
"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.
              
Dalam Muktamar Pas ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden Pas.
              
Ahmad Zahid juga turut menggesa pemimpin Pas supaya tidak berselindung di sebalik perjuangan parti dan menyeru ahli Pas menolak ajaran sesat.
             
"Kita tahu pemimpin Syiah dalam Pas, parti itu perlu ketepikan politik sebegini, saya hairan bagaimana pemimpin ini boleh dilantik dalam parti.
              
"Saya berbesar hati jika Pas turut ikut banteras ajaran syiah, alangkah bagus Pas menunjukkan keberaniannya menolak pemimpin besar itu," katanya lagi.
              
Dalam pada itu, sebagai usaha membanteras ajaran sesat termasuk ajaran Syiah, beliau mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Agama Islam dengan kerjasama KDN menubuhkan suruhanjaya khas bagi menangani gejala tersebut.
               
Selain menguatkuasa Akta Pertubuhan 1966, usaha itu perlu bagi membendung ajaran sesat daripada menular di negara ini yang boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
              
"Ajaran Syiah semakin bahaya, musuh Islam ialah Syiah dan kerajaan sedang giat menanganinya dengan Jakim," katanya lagi.
               
Menurut portal The Melaysian Insider, Mat Sabu dalam reaksi awalnya berkata akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Zahid itu.
                
“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya.

3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 7-12-2013 06:08 PM
tangkap jer ... lepas tu soal siasat betul2. klu clean lepaskan balik.  tapi setakat ni mmg tak pernah jumpa statement dia kondem syiah. puji hezbollah syiah memang kerap la.
Quote BotakChinPeng 7-12-2013 06:10 PM
Tangkap
Jangan tak tangkap
Quote gogo2 7-12-2013 06:13 PM
sejak Sabu menang, UMNO meroyan sampai sekarang
Quote machai_umno 7-12-2013 06:14 PM
cepatlah tangkap, jgn berdegar dlm dewan je..aku macai pun naik gatai telinga dengar si zahid ni bercakap, walopun aku sekapal, cuma aku risau s zahid ni makan tak abis kalau mat sabu saman nanti, dgn kes belasah ahli perniagaan tu pun tak abis lagi..mana aku nak sorok m uka, takkan nak backup dia je memanjang, aku pun ada kerja lain jugak!
Quote shahx 7-12-2013 06:19 PM
hapuskan syiah.. tak kisah la dari parti mana pun....
Quote magnus 7-12-2013 06:21 PM
machai_umno posted on 7-12-2013 06:14 PM
cepatlah tangkap, jgn berdegar dlm dewan je..aku macai pun naik gatai telinga dengar si zahid ni ber ...

Buatla kerja yu yg lain tu...bekap org lain kerja sendiri terabai pun tak bagus..
Quote magnus 7-12-2013 06:22 PM
shahx posted on 7-12-2013 06:19 PM
hapuskan syiah.. tak kisah la dari parti mana pun....

Sokong.....
Quote machai_umno 7-12-2013 06:24 PM
magnus posted on 7-12-2013 08:21 AM
Buatla kerja yu yg lain tu...bekap org lain kerja sendiri terabai pun tak bagus..

ya..ya....bro kerja aku nak cari batu cincin ngan makan free je kat pwtc..kalau ada cabutan bertuah, aku nak join jugak..aku pantang kalau event ada lucky draw ni, tak dpt menang tv led, menang iPAd 3 pun ok gak
Quote magnus 7-12-2013 06:28 PM
machai_umno posted on 7-12-2013 06:24 PM
ya..ya....bro kerja aku nak cari batu cincin ngan makan free je kat pwtc..kalau ada cabutan bertua ...

Good luck ya..dah solat asar ke belum ni sibuk nak mkn free..
Quote machai_umno 7-12-2013 06:29 PM
magnus posted on 7-12-2013 08:28 AM
Good luck ya..dah solat asar ke belum ni sibuk nak mkn free..

dah solat masa najib mula bagi ucapan tadi, surau dekat je sini..jalan kaki tak smpi 5 minit
Quote pelukis.plan 7-12-2013 06:30 PM
machai_umno posted on 7-12-2013 06:24 PM
ya..ya....bro kerja aku nak cari batu cincin ngan makan free je kat pwtc..kalau ada cabutan bertua ...

aku pantang dgr lucky draw ni..
macam mana nak join jadi macai?


Quote machai_umno 7-12-2013 06:31 PM
najib aku tak tau lah dah solat ke belum, harap2 dia solat lah, sbb dia dah ubah perlembagaan umno letak perjuang islam sunnah jemaah....dia ckp tadi, nampaknya PAS kena masuk umno lah kalau cenggini..cuba tanya hj hadi, nak tak?
Quote magnus 7-12-2013 06:32 PM
machai_umno posted on 7-12-2013 06:29 PM
dah solat masa najib mula bagi ucapan tadi, surau dekat je sini..jalan kaki tak smpi 5 minit

Alhamdulillah..happy eating...:-)
Quote machai_umno 7-12-2013 06:34 PM
pelukis.plan posted on 7-12-2013 08:30 AM
aku pantang dgr lucky draw ni..
macam mana nak join jadi macai?

alhamdulillah, berkat doa aku anak beranak, aku pernah menang tv plasma 51 inch..syukur ya Allah, hamna bersyukur sgt, menitis air mata aku mcm ahkak bwh ni....

nangis3.jpg
Quote mommymonster82 7-12-2013 06:37 PM
machai_umno posted on 7-12-2013 06:34 PM
alhamdulillah, berkat doa aku anak beranak, aku pernah menang tv plasma 51 inch..syukur ya Allah,  ...

Nk jugak daftar jd machai....
Nk mng tb gak..nak masuk tb...
Quote machai_umno 7-12-2013 06:39 PM
mommymonster82 posted on 7-12-2013 08:37 AM
Nk jugak daftar jd machai....
Nk mng tb gak..nak masuk tb...

boleh je kak, akak datang november taun depan, k..pintu bangunan ni sentiasa terbuka buat org baru mcm akak, nanti akak boleh jumpe aku kat sana ...
Quote tomatome 7-12-2013 06:41 PM
pak zahid lak bila nak nyah daei tanah melayu ni
Quote mommymonster82 7-12-2013 06:44 PM
machai_umno posted on 7-12-2013 06:39 PM
boleh je kak, akak datang november taun depan, k..pintu bangunan ni sentiasa terbuka buat org baru ...

Alohhh...
Lmbat lagi....
Xde ker waktu yg terdekat...nk ipad 3...
Quote ilya 7-12-2013 06:47 PM
ni, kalau apa yang dia kata pada mat sabu tu tak betul, kira fitnah lah yer? hmmpphhh

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.514162 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top