CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dan Persiapan Raya

23-7-2014 07:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14350| Komen: 160

Description: JARI telunjuk kanan menggosok-gosok alis mata yang seakan liat untuk terbuka. Tangan satu lagi pula masih memintal anak rambut yang mengurai ke bahu. Kusut masai. Malam tadi tidur lewat. Kalau boleh t ...
JARI telunjuk kanan menggosok-gosok alis mata yang seakan liat untuk terbuka. Tangan satu lagi pula masih memintal anak rambut yang mengurai ke bahu. Kusut masai. Malam tadi tidur lewat. Kalau boleh tak mahu tidur langsung selepas dengar pengumuman raya di televisyen tadi.

Entah bila tertidur pun tidak sedar. Tahu-tahu, bersama sepupu sepapat enak tergolek tidur bergelimpangan di ruang tamu.

“Bangunlah anak-anak bertuah oi, hari ini raya!” jerit mak dari dapur. Tangan kanan mak dan siap pegang kain batik untuk dilibas ke arah kami yang liat bangun Subuh. Belum sempat emak sampai, masing-masing melompat sambil menjerit “Yeay!!!” langsung berasak-asak lari ke dapur, berebut bilik air.

Ahh, itulah momen indah zaman kanak-kanak saya menyambut hari raya Aidilfitri. Anda juga tidak terkecualikan? Setiap kali raya, kanak-kanaklah makhluk paling gembira dalam dunia.

Meski pun tidak berapa faham istilah perayaan, sama ada Aidilfitri mahu pun Aidiladha, merekalah yang paling teruja. Dan pastinya ibu bapa juga ikut teruja melihat anak-anak ketawa.

Persiapan mula dibuat ibu bapa untuk mencari duit lebih dan pendapatan sampingan untuk membahagiakan seisi keluarga dan tanggungan mereka. Masa kecil, lazimnya setiap kali musim perayaan keluarga saya sudah balik kampung di Sungai Burong Kuala Selangor sehari atau dua hari lebih awal. Sepupu-sepapat saya juga begitu.

Emak dan ibu-ibu saudara akan sibuk membantu nenek buat ketupat sebelanga. Periuk besar dan kawah turut digunakan untuk memasak rendang dan ketupat. Kami orang Banjar keluarga besar. Adik-beradik emak yang tujuh orang semuanya beranak ramai. Keluarga saya sahaja dah 12 adik-beradik! Kami berkumpul di rumah nenek ibarat sebuah kampung. Meriah!

Saya, kakak-kakak dan abang- abang sepupu pula akan ambil lebihan buluh yang digunakan abah dan bapa saudara untuk buat lemang. Kami buat jamung, buat meriam dan lampu pelita guna buluh. Susun banyak-banyak dan nyalakan. Terang benderang halaman rumah nenek.

Lepas main mercun dan bunga api warna-warni, tenaga kami dikerah pula untuk tunggu lemang di bara sampai jam 2,3 pagi. Walau pun nenek tahu kami cuma main-main dan bukan tunggu sangat pun, nenek arah juga. Sekurang-kurangnya esok bolehlah nenek kata, ini lemang Lala, ini lemang Khairil, ini lemang Angah. Tersengeh-sengehlah kami kerana dipuji. Hi hi hi...


Berubah setiap tahun

Terlalu rindu momen itu. Sekarang, nenek dah tiada. Bapa saudara dan ibu saudara pun ada yang dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka yang pernah membahagiakan.        Raya saya pada zaman kanak-kanak tidak pernah sepi dari keriuhan dan gurau senda saudara mara. Dan saya percaya pembaca juga begitu. Punya kenangan masing-masing.

Seiring perjalanan waktu, sesungguhnya saban tahun, sambutan dan persiapan Aidilfitri itu berubah mengikut perkembangan teknologi dan kemajuan infrastruktur negara.

Kalau dahulu biskut raya dan juadah utama seperti rendang dan ketupat dimasak sendiri oleh ibu bapa dan keluarga, namun kini ia lebih senang dibeli kerana kemajuan negara menuntut setiap ibu juga bekerja.

        Masa itu menjadi amat berharga bagi setiap wanita berkerjaya. Di saat-saat akhir Ramadhan, kaum ibu bekerja mula mencuri masa dan tumpuan untuk persiapan raya.

        Membeli pakaian untuk anak-anak dan diri sendiri serta suami. Juga ada yang berbelanja untuk biskut raya. Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India dan sekitar Chow kit pastinya menjadi lokasi tumpuan paling popular di ibu kota setiap kali musim perayaan.

        Murah, cantik dan segala-galanya ada! Tapi, punyalah sesak. Nasib baik pada zaman milenium ini corak dan gaya perbelanjaan berubah merentasi sempadan. Masyarakat mula membeli belah menerusi talian maya. Kaedah membeli barang-barang persiapan hari raya menjadi mudah dan pantas apabila membeli belah menerusi internet.

        Banyak laman web perdagangan diwujudkan bagi golongan yang memilih untuk berbelanja menggunakan kaedah ini. Terpulang anda menyesuaikan diri dengan kaedah mana yang menjadi pilihan. Minggu ini, sebagai persediaan menghadapi Aidilfitri, WOW mengetengahkan isu wanita dan persediaan raya untuk tatapan pembaca. Panduan dan tip berhari raya turut dikongsi di halaman pendapat.

13

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 22-7-2014 08:42 AM
ramai orang yang tak bernasib baik seperti kita....berbelanja berhemah.....
Quote wana89 22-7-2014 08:44 AM
bab masak raya, muka wana memang dah kena tempah tiap tahun..
utk raya thn ni cuma wana nak cakap..perempuan tetap perempuan...
baju dalam 3 pasang, tudung dalam 6 helai...
masa pose ni, wana larangkan diri dari pergi bazar o kedai baju+tudung..
ada je yang akan dibawa balik
Quote hambaallah1709 22-7-2014 08:45 AM
belanja ala kadar  & secara berhemah..
kang lepas raya semua jadi kayap...
Quote vv2005 22-7-2014 08:46 AM
SERONOKNYA MAKNGAH DAN ANAK-ANAK
Quote mizahanan 22-7-2014 08:48 AM
adala buat sikit2 persediaan, yg pasti every year sederhana saja.  
Quote mikasa 22-7-2014 08:49 AM
Seronok hanya waktu nK balik kampung...dan mLm raya dan pagi raaya..


Lepas tu hilang fwweeel
Quote TanSriJess 22-7-2014 08:51 AM
belanja lah ikut kemampuan

ala raya jer pun

zaman dulu2 yer lah

nk tngu raya setahun ke setahun tu lamaaaaaaaaa sgt2

skang ni celik mata pejam mata 300x dh raya pulak dahhhhh
Quote annehuda 22-7-2014 08:54 AM
aku ni tiap2 tahun baju raya sepsg pakai raya pertama je. hari lain2 tu aku duduk rumah baca novel. ntah bg aku sejak sah jd anak yatim piatu ni raya tu ibarat holiday biasa2 je pun. xpela tak raya yg penting puasa wajib
Quote Simunggu 22-7-2014 08:55 AM
raya ini mood tak seceria tahun lepas selepas incident MH370 + MH17 + Gaza disembelih...sebagai org islam memang rasa down, serba salah nak pasang color light pada masa yg sama saudara kita di palestin terutama kanak kanak mati dibunuh...
Quote md.jie 22-7-2014 08:57 AM
yang seronok sangat raya ni kaum hawa ngan kanak2 jah... kaum laki dewasa tumpang seronok ja
Quote nurul_akmar 22-7-2014 08:57 AM
makngah jugak dapat nama
Quote TanSriJess 22-7-2014 09:04 AM
annehuda posted on 22-7-2014 08:54 AM
aku ni tiap2 tahun baju raya sepsg pakai raya pertama je. hari lain2 tu aku duduk rumah baca novel.  ...

u patut kawen tuh

keh keh keh
Quote annehuda 22-7-2014 09:22 AM
TanSriJess posted on 22-7-2014 09:04 AM
u patut kawen tuh

keh keh keh

kawen? what for? kalau ai kawen maksudnye yg nk kene pening pasalpersiapan raya adalah ai, laki goyang kaki tunggu sumanye siap. skrangni aman2 je. stakat nk beli baju maxi jubah cantik2 ala hari2 lain punboleh beli. makan sedap2 ala anytime pun boleh.  budak2 je yg bestberaya ni, bg org dewasa mcm kite amek kesempatan utk rehat2 jelah ktrumah


Quote clarizsa 22-7-2014 09:28 AM
luahan perasaan makngah....
Quote clarizsa 22-7-2014 09:29 AM
i x suka raya......
Quote TuntungReturn 22-7-2014 09:31 AM
tiap2 kali raye nk tukar langsir bru.....
Quote haryatie 22-7-2014 09:35 AM
berbelanja ikut kemampuan..
x pernah fikir..menu apa utk raya..x pernah raya rumah sndiri
raya umah kakak & abang..untung jd adik bongsu ..
x yah fikir, cakap jerk nak apa & makan apa..ada jerk yg sedia menghulur..
cukup time balik rumah sendiri..start keje..da x fikir pasal raya...
Quote midori_katana 22-7-2014 09:36 AM
annehuda posted on 22-7-2014 08:54 AM
aku ni tiap2 tahun baju raya sepsg pakai raya pertama je. hari lain2 tu aku duduk rumah baca novel.  ...

Thn ni pun sy rasmi jadi anak yatim piatu ( ibu baru meninggal minggu lepas)... walaupun sedih nak raya tapi tetap nak bergembira juga sbb hari raya mmg utk bergembira... raya sehari sudahlah
Quote annehuda 22-7-2014 09:42 AM
midori_katana posted on 22-7-2014 09:36 AM
Thn ni pun sy rasmi jadi anak yatim piatu ( ibu baru meninggal minggu lepas)... walaupun sedih nak ...

selama ni pun me raya sehari je. raya pertama balik rumah nenek makan makan makan. pastu balik rumah layan asteruk n novel smpi lebam. ade jugak wat plan ngan adik jom kite jalan2 pegi pantai ke pulau ke ape ke tp udahnye raya ke2 n ke3 tu duduk rumah jugak me tak penah cuti raya lama2 ni. selalunye raya ke4 dh masuk keje dah. sbb well, raya is just another holiday kan? kadang2 me pun pelik ape yg korg kuar duit blanja byk sgt ni aku balik kg beli baju raya sepsg udah cukup. selalu makan2 tu nenek sponsor la, tu pun nenek disponsor oleh anak2nye. weols tukang makan n tukang tlg skit2 org masak je

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.386136 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top