CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Daerah Tidak Sihat Bakal Beraya Dalam Jerebu

22-7-2014 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5020| Komen: 13

Description: “Jas Akan Mempertingkatkan Pelaksanaan Tindakan Mengikut Sistem Operasi Standard (Sop) Melalui Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Bagi Mencegah Serta Mengawal Sebarang Punca Kemerosotan Kualit ...
Klang: Tiga daerah di Selangor mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi paras 100 berbanding petang semalam.
Bacaan kualiti udara di Pelabuhan Klang mencatatkan IPU 151, Kuala Selangor (144) dan Shah Alam (103) pada petang semalam.


Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat itu dipercayai dipengaruhi pencemaran jerebu merentas sempadan berikutan peralihan Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan ia dijangka berterusan sehingga September akan datang.

Pengarah JAS Selangor Siti Zaleha Ibrahim berkata, IPU di beberapa kawasan sekitar Selangor berada pada paras sederhana dan hanya beberapa titik panas dikesan sekitar tiga kawasan terbabit yang menunjukkan kualiti udara tidak sihat.


“JAS akan mempertingkatkan pelaksanaan tindakan mengikut Sistem Operasi Standard (SOP) melalui Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bagi mencegah serta mengawal sebarang punca kemerosotan kualiti udara dan jerebu. 


“Pelepasan asap domestik hasil pembakaran terbuka, kebakaran hutan, asap kenderaan dan aktiviti kilang juga menyumbang kepada jerebu,” katanya di sini, semalam.   

Menurutnya, JAS turut mengesan peningkatan kes pembakaran terbuka termasuk membabitkan kawasan pertanian dan belukar sejak awal tahun ini.  Selain itu, mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, selain boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 atas setiap kesalahan.   Justeru, JAS menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan tidak terdedah kepada persekitaran luar berikutan musim panas dan kering ketika Monsun Barat Daya dan impak fenomena El Nino.

12

Bagus
15

Marah
28

Terkejut
14

Sedih
26

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 22-7-2014 08:00 AM
bakar lemang kena kompaun x?
Quote secretservice 22-7-2014 08:02 AM
pakal tu menatang ape ek
Quote leefmoo 22-7-2014 09:57 AM
salah nuart
Quote leefmoo 22-7-2014 10:00 AM
undilah BN gerenti tarak jerebu
Quote blackred99 22-7-2014 10:17 AM
tanda nak dpt MB baru.
Quote talapia 22-7-2014 01:07 PM
mana tak nye. kelmarin aku ke area2 kuala selangor.. skinchan smua tu.. jerebu makkk ai.. menara pemancar pon bole lenyap xnampak. rupa2nye... skrg ni musim orang bakar jerami da.... terbang2 jerami itam jatuh kt windscreen... patutla jerebu. xlehla nk salahkan indon bakar hutan bagai.. kita pon dok bakar jerami open air camtu...
Quote shernazz 22-7-2014 01:12 PM
Harap bomoh buaya boleh buat ritual mohon hujan turun
Quote myvios 22-7-2014 01:29 PM
sekolah kat manjung esok cuti....
Quote AbukRokok 22-7-2014 02:24 PM
talapia posted on 22-7-2014 01:07 PM
mana tak nye. kelmarin aku ke area2 kuala selangor.. skinchan smua tu.. jerebu makkk ai.. menara pem ...

kira ok la tu kampung sbelah main bunga api atau miriam besi... kampung la ni bole lihat juga di langit
Quote idaymohdnor 22-7-2014 03:12 PM
tak best la raya kalau jerebu. meh pakat balik kampung la. hehe
Quote Dark_Vampire 22-7-2014 03:17 PM
rayer pakai mask lah jawap nyer
Quote Cik_Andak 22-7-2014 03:41 PM
Tak syok lah raya dalam jerebu....
Quote azrain98 22-7-2014 03:43 PM
sekali sekala raya dlm jerebu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065707 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top