CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengedar Dadah Beraya Di Penjara

14-7-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6662| Komen: 6

Description: Sabit Kesalahan Bagi Seksyen Itu Ialah Hukuman Penjara Maksimum Lima Tahun Dan Rotan Maksimum Sembilan Sebatan.
Pengedar Dadah Beraya Di Penjara

KOTA BHARU - Tiga lelaki termasuk dua beradik, berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan di mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengedar dadah bulan lalu.

Muhammad Aiman Syazwan Nordin, 21, dan abangnya Muhammad Faris Safwan, 22, serta Abdul Haadi Mohamad, 20, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin dalam anggaran berat kasar 288 gram.

Mereka juga didakwa bersama-sama memiliki dadah heroin seberat 3.2 gram, manakala Abdul Haadi didakwa pada satu lagi tuduhan terhadapnya iaitu mengedar dadah jenis methampetamine dengan anggaran berat kasar 51.2 gram.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Khatib Ali, di sini, pada jam 10.45 pagi, 29 Jun 2014.



Bagi tuduhan mengedar, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) ADB yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, manakala bagi pertuduhan memiliki dadah mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Sabit kesalahan bagi seksyen itu ialah hukuman penjara maksimum lima tahun dan rotan maksimum sembilan sebatan.

Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan dan pihak pendakwaan memohon penangguhan untuk pengurusan kes serta tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kesemua tertuduh.

Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan sebutan kes pada 30 September depan. Tiada tertuduh yang dibenarkan untuk diikat jamin.

13

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 11-7-2014 02:50 PM
Elok mampos jer semua pengedar ni!!!!
Quote Perutkaembong 11-7-2014 03:02 PM
kelantan lagi...tak abis2 ditimpa musibah. tuhan bayar cash kan
Quote berun 11-7-2014 03:06 PM
Babai posted on 11-7-2014 02:50 PM
Elok mampos jer semua pengedar ni!!!!

merosakkan bangsa
Quote iman_aly 11-7-2014 03:19 PM
kan dh kena.....
Quote zacrin 11-7-2014 03:44 PM
ngedar dadah tapi xkaya2 hasilnya ke tali gantung
Quote BotakChinPeng 11-7-2014 03:54 PM
lepas dibicarakan baru tau salah atau tidak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045964 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top