CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2277|Reply: 6

[Jenayah] Siapa suruh edar dadah kan tak beraya!!!

[Copy link]
Post time 11-7-2014 02:46 PM | Show all posts |Read mode
2 beradik didakwa edar dadah

KOTA BHARU - Tiga lelaki termasuk dua beradik, berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan di mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan mengedar dadah bulan lalu.

Muhammad Aiman Syazwan Nordin, 21, dan abangnya Muhammad Faris Safwan, 22, serta Abdul Haadi Mohamad, 20, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin dalam anggaran berat kasar 288 gram.

Mereka juga didakwa bersama-sama memiliki dadah heroin seberat 3.2 gram, manakala Abdul Haadi didakwa pada satu lagi tuduhan terhadapnya iaitu mengedar dadah jenis methampetamine dengan anggaran berat kasar 51.2 gram.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di hadapan rumah tidak bernombor di Kampung Khatib Ali, di sini, pada jam 10.45 pagi, 29 Jun 2014.


Muka-muka pengedar dadah



Bagi tuduhan mengedar, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) ADB yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, manakala bagi pertuduhan memiliki dadah mereka didakwa mengikut Seksyen
12 (2) ADB 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (1) ADB 1952.

Sabit kesalahan bagi seksyen itu ialah hukuman penjara maksimum lima tahun dan rotan maksimum sembilan sebatan.

Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan dan pihak pendakwaan memohon penangguhan untuk pengurusan kes serta tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kesemua tertuduh.

Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan sebutan kes pada 30 September depan. Tiada tertuduh yang dibenarkan untuk diikat jamin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 02:50 PM | Show all posts
Elok mampos jer semua pengedar ni!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:02 PM | Show all posts
kelantan lagi...tak abis2 ditimpa musibah. tuhan bayar cash kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 03:06 PM | Show all posts
Babai posted on 11-7-2014 02:50 PM
Elok mampos jer semua pengedar ni!!!!

merosakkan bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:19 PM | Show all posts
kan dh kena.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:44 PM | Show all posts
ngedar dadah tapi xkaya2 hasilnya ke tali gantung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 03:54 PM | Show all posts
lepas dibicarakan baru tau salah atau tidak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.647877 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list