CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjenayah Lock Stereng Muncul

16-7-2014 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14260| Komen: 51

Description: Lelaki Berusia Lingkungan 30-An Itu Dipercayai Tauke Salah Satu Premis Datang Bersama Tujuh Lelaki Lain Dengan Menaiki Dua Kenderaan, Turut Bertindak Menghalang Lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ...
BANDARAYA MELAKA - Operasi bersepadu mencegah kegiatan tidak bermoral di Taman Melaka Raya, dekat sini, awal pagi semalam kecoh seketika apabila seorang lelaki bersenjatakan pengunci stereng menghalang penguatkuasa menjalankan tugas.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai tauke salah satu premis datang bersama tujuh lelaki lain dengan menaiki dua kenderaan, turut bertindak menghalang lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.


Dia kemudian menimbulkan kekecohan sebagai tanda protes terhadap MBMB yang menyita barangan termasuk set peralatan komputer di sebuah premis perjudian internet haram di bangunan tiga tingkat berkenaan.

Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berkata, dua kereta yang menghalang laluan lori MBMB itu bagaimanapun berjaya dialihkan dengan bantuan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang turut menyertai operasi tersebut.

“Ketika serbuan di premis berkenaan, sebanyak 64 set komputer dirampas, selain 38 pengunjung termasuk empat perempuan yang kesemuanya berusia disaman penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) atas kesalahan berjudi,” katanya di sini, semalam.

Zainal berkata, operasi bersepadu bermula kira-kira 12 tengah malam itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

“Serbuan membabitkan pemeriksaan di dua hotel bajet, tiga pusat hiburan dan sebuah premis perjudian internet haram dalam operasi selama lebih empat jam tersebut.

“Dua pasangan berkhalwat turut dicekup anggota Jaim di sebuah hotel bajet di Ujong Pasir. Mereka dibawa ke pejabat Jaim untuk siasatan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan,” katanya.

Beliau berkata, dua pasangan terbabit terdiri daripada dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun yang berasal dari negeri ini, manakala pasangan mereka datang dari Kelantan dan Selangor masing-masing berusia 22 dan 21 tahun.

1

Bagus
5

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 16-7-2014 11:38 AM
Geng kak kikicdm25 nehh...
Quote mikasa 16-7-2014 11:41 AM
Ni mesti satu perguruan kot
Quote zacrin 16-7-2014 11:41 AM
dah boleh kawin dengan CDM25 ni..hantaran stering lock
Quote iman_aly 16-7-2014 11:42 AM
kikikikikikikikikiii.... musim steering lock
Quote miskintegar 16-7-2014 11:43 AM
stereng lock dah kembali femes skrg ni
Quote otai_g 16-7-2014 11:54 AM
top la plk stereng lock sejak 2,3 menjak ni....
Quote the_killer 16-7-2014 11:59 AM
hail stereng lock
Quote DayangKirana 16-7-2014 12:00 PM
tu dia..satu geng la kot..huissh..patut la gangster minah tuh..
Quote prettyuglybabe 16-7-2014 12:00 PM
kena beli la stereng lock..

bak kata ali baba.. untuk mempertahankan diri
Quote whadda 16-7-2014 12:15 PM
sama geng ni ngan kiki...
Quote finding 16-7-2014 12:20 PM
mesti ketua dia Lockdown
Quote namirulmukminin 16-7-2014 12:22 PM
Steering Lock versi Melaka pulak dah....
Quote kecimpret 16-7-2014 12:22 PM
ada geng kongsi gelap baru ke?...geng stereng lock
Quote lizaliza 16-7-2014 12:23 PM
wow geng baru...geng stereng lock
Quote kerunai 16-7-2014 12:30 PM
Quote the_killer 16-7-2014 12:32 PM
kerunai posted on 16-7-2014 12:30 PM

2 pelakon jer?

Cover depan letup2..

dalam plak ..mcm citer 18sx je....2 pelakon
Quote afie_m 16-7-2014 12:34 PM
CDM25 dah berjaya tubuhkan geng samseng......bahaya ni...
Quote kerunai 16-7-2014 12:37 PM
Quote Yoongie 16-7-2014 01:17 PM
kerunai posted on 16-7-2014 12:30 PM

terbaik poster ni tp kesian gambar uncle xde. penat kena maki

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.196600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top