CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Nafi Tahan Penjenayah Indonesia Yang Bolos

4-12-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3864| Komen: 8

Description: Kuala Lumpur - Pihak Polis Menafikan Laporan Bahawa Mereka Telah Menahan Militan Islam, Fadli Sadama Yang Melarikan Diri Semasa Rusuhan Di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia Julai Lalu.
                          
Fadli Sadama.



KUALA LUMPUR - Pihak polis menafikan laporan bahawa mereka telah menahan militan Islam, Fadli Sadama yang melarikan diri semasa rusuhan di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah memberitahu Bernama perkara itu adalah tidak benar.

Agensi berita asing melaporkan jurucakap polis nasional Indonesia, Agus Rianto sebagai berkata Fadli telah ditahan di Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia.

Agence France Presse (AFP) melaporkan Fadli adalah antara 200 pesalah yang melarikan diri setelah para banduan membakar penjara berkenaan semasa rusuhan yang mengakibatkan lima orang mati.

Dilaporkan Fadli turut dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah selatan Thai iaitu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani selain Jemaah Islamiyah. 



                                                


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 4-12-2013 12:15 AM
cemana indon senang2 boleh lepas malaya nih
dah latu Pengganas sunni pula
Quote dauswq 4-12-2013 12:18 AM
bodoh indon ni..
kita susah payah tangkap & antar kt indon..indon plak lepaskan bangsat ni..dan bangsat ni larik balik ke msia buat jenayah...kita tangkap sekali lagi...

Quote NBH 4-12-2013 12:37 AM
dauswq posted on 4-12-2013 12:18 AM
bodoh indon ni..
kita susah payah tangkap & antar kt indon..indon plak lepaskan bangsat ni..dan ban ...

Mas Selamat boleh lepas dari high security prison kat singapore. Takat penjara indon apa la sangat kan takkan anak murid dia tak boleh lepas.

Quote mak_wa95 4-12-2013 01:25 AM
penjenayah indon pun minat nak mai malaysia
Quote AdsMsia 4-12-2013 02:24 AM
awat dia lari mai malaysia ???
Quote pyropura 4-12-2013 02:56 AM

abis laa, indon akan tudoh kita klaim 'warisan'  dia lagii...
Quote cef_gango 4-12-2013 04:53 PM
KUALA LUMPUR - Pihak polis menafikan laporan bahawa mereka telah menahan militan Islam, Fadli Sadama yang melarikan diri semasa rusuhan di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah memberitahu Bernama perkara itu adalah tidak benar.

Agensi berita asing melaporkan jurucakap polis nasional Indonesia, Agus Rianto sebagai berkata Fadli telah ditahan di Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia.

Agence France Presse (AFP) melaporkan Fadli adalah antara 200 pesalah yang melarikan diri setelah para banduan membakar penjara berkenaan semasa rusuhan yang mengakibatkan lima orang mati.

Dilaporkan Fadli turut dituduh mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah selatan Thai iaitu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani selain Jemaah Islamiyah.

Quote silentwinner 6-12-2013 05:13 PM
Haritu nafi,ni apa pulak?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penangkapan militan Indonesia, Fadli Sadama, yang melarikan diri semasa rusuhan di penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia pada Julai lepas.
   
"Laporan yang kita peroleh daripada agensi perisikan mendapati ada ancaman yang mungkin berlaku... Jadi, (ini) sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan sebarang kegiatan yang mungkin dilakukannya. Saya tidak mahu disebabkan satu atau dua insiden, kita dianggap penternak pengganas," katanya.
   
Beliau berkata demikian selepas melancarkan dua buku bertajuk 'Je T'aime' dan 'The Glory of God' tulisan Datin Seri Panglima Shuryani Datuk Shuaib di ibunegara hari ini.

Zahid sahkan penangkapan militan Fadli Sadama
   
Pada Selasa lepas, agensi berita asing melaporkan jurucakap Polis Nasional Indonesia Agus Rianto berkata Fadli telahpun ditahan di Malaysia dan diserah kepada pihak berkuasa Indonesia.
   
Agence France Presse (AFP) melaporkan Fadli adalah antara 200 pesalah yang melarikan diri selepas para banduan membakar penjara berkenaan semasa rusuhan yang mengakibatkan lima orang mati.
   
Dilaporkan Fadli turut didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah selatan Thailand iaitu Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani selain Jemaah
Islamiyah.

http://www.malaysiakini.com/news/248685

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.101024 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top