CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tembak Mati Penjenayah Amat Dikehendaki

19-12-2013 01:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13562| Komen: 29

Description: Kuala Lumpur: Seorang Penjenayah Yang Amat Dikehendaki Berkaitan Beberapa Kes Samun Bersenjata, Mati Ditembak Polis Selepas Dia Bertindak Menyerang Anggota Polis Yang Cuba Menahannya Di Jalan Reko, Ka ...

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berkaitan beberapa kes samun bersenjata, mati ditembak polis selepas dia bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Jalan Reko, Kajang, dekat sini, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata hasil risikan polis mendapati suspek lelaki dikenali sebagai 'Sasi' itu sedang memandu sebuah kereta Honda Odyssey di Jalan Reko sebelum sepasukan polis tiba untuk menangkap suspek.

Suspek yang panik melihat tiga kenderaan polis terus bertindak agresif dengan melanggar sebuah daripadanya dan cuba merempuh seorang anggota polis.

"Anggota polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan dua das tembakan. Suspek mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Ghani berkata siasatan awal polis mendapati kenderaan yang digunakan suspek dipercayai dicuri di Kluang, Johor.

Suspek dipercayai turut terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjata dan curi kenderaan di Lembah Klang.

"Kita masih siasat sama ada suspek mempunyai anggota kumpulan lain atau tidak. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 19-12-2013 10:22 AM
horrayyy....
Quote niceghost2005 19-12-2013 10:30 AM
dino posted on 19-12-2013 10:22 AM
horrayyy....

Kajang lagik.............................................
Quote deecokelat 19-12-2013 10:40 AM
ni antara yang lalu ptg smlm, iolls copy from bandar baru bangi page
Quote annehuda 19-12-2013 10:49 AM
penjenayah org india... habehla nnt malaysia dituduh ethnic cleansing plak
Quote Al-Patih 19-12-2013 11:15 AM
baguih ... ...
Quote prettyuglybabe 19-12-2013 11:29 AM
tahniah pdrm..

Quote namirulmukminin 19-12-2013 11:33 AM
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata hasil risikan polis mendapati suspek lelaki dikenali sebagai 'Sasi' itu sedang memandu sebuah kereta Honda Odyssey di Jalan Reko sebelum sepasukan polis tiba untuk menangkap suspek.
Ni kes feeling-feeling konon macam Shashi Kapoor ka ni?
Quote kasibiman 19-12-2013 11:33 AM
sasi the don?
Quote umie 19-12-2013 11:40 AM
la..x bagi salam or ajak mengeteh dulu ker?  Kang mengoyan plak puak2 keling ni kata ethnic cleansing..
Quote solstice 19-12-2013 11:41 AM
Alhamdulillah
Syukur
Abg2 polis pon terselamat

Harap lebih ramai penjenayah yg mampus kena tembak
Quote ushioz 19-12-2013 11:42 AM
dia anak yang baik.
Quote xtahumenahu 19-12-2013 11:43 AM
yessss!!!aku yakin...ramai lagi di luar sana,....die mesti ada konco2 lain..
Quote Betara_Indera 19-12-2013 11:43 AM
mengamuk la mr way nanti
Quote lady_rara 19-12-2013 11:52 AM
iolss lalu pukul 8 lebih semalam mmg tgh ramai orang... and kawan iolss yg lalu situ pukul 10 lebih tu dia kata time tu pun masih ada pak polisi n orang ramai...
Quote sitisitu25 19-12-2013 11:54 AM
dpn umah aku ni..fuhhh
Quote degurlz 19-12-2013 11:58 AM
jalan reko dkt mana yer? depan petronas ker? fuih mujur x lalu sana smlm?
Quote siti_kus 19-12-2013 12:02 PM
kasibiman posted on 19-12-2013 03:33 AM
sasi the don?

haha.. ni lawak. tahniah pdrm
Quote shysari 19-12-2013 12:12 PM
Nama 'sasi' ni mcm familiar je kat kajang kira nama 'kuat' gak la kat sana
Quote owna 19-12-2013 12:16 PM
tahniah pdrm..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048997 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top