CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayam Tempayan Makanan Berkhasiat Sempena Ramadhan

30-6-2014 04:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12716| Komen: 70

ALOR SETAR, 30 Jun - Makanan berkhasiat dan kurang minyak serta mempunyai rasa enak sememangnya menjadi juadah pilihan orang ramai yang mementingkan kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Ayam dipanggang dalam tempayan menjanjikan satu kelainan kerana ia dimasak dengan menggunakan haba tanpa menggunakan minyak di samping rasanya yang lazat.

Peniaga ayam tempayan, Abdul Rani Ahmad, 50, berkata dia mengambil masa satu jam untuk memasak ayam tersebut kerana ia dimasak menggunakan arang kayu.

"Ini yang istimewa ayam tempayan, rasanya sedap tanpa minyak dan isinya lembut berbanding ayam yang dipangggang dan goreng," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini.

Katanya ayam itu juga bersih dan bebas dari kotoran seperti habuk kerana ia dimasak dalam tempayan yang tertutup.

Abdul Rani berkata sebelum dimasak dalam tempayan, ayam itu perlu diperap dengan rempah ratus dan ramuan istimewa dalam tempoh empat jam bagi mendapatkan rasa yang enak.

Katanya ayam tempayan itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM18 seekor.

"Buat permulaan saya guna tiga tempayan untuk memasak 60 ekor ayam. Syukur ayam tempayan ini mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai," katanya.Dia yang tinggal di Taman Derga di sini berkata idea ini tercetus selepas melihat kejayaan adiknya yang berniaga ayam tempayan di Terengganu pada bulan Ramadan.

27

Bagus
14

Marah
23

Terkejut
21

Sedih
34

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 30-6-2014 03:45 PM
mesti harga mahal skit kan
Quote GhostWalking 30-6-2014 03:46 PM
Vellfire posted on 30-6-2014 07:45 AM
mesti harga mahal skit kan

Rm18 kat sana kira ok la kan
Quote Vellfire 30-6-2014 03:48 PM
GhostWalking posted on 30-6-2014 03:46 PM
Rm18 kat sana kira ok la kan

oh sama jer harganya
yg duk sana boleh trylah
Quote mikasa 30-6-2014 03:50 PM
Yg penting rasa sedap.pengguna mesti dtg balik walaupun mahal sikit.tpi kalau murah dan sedap ..mau beratur org beli
Quote jengkoil 30-6-2014 03:51 PM
Tred pasal makan di mana2. ... beribu taniya...musim...
Quote annehuda 30-6-2014 03:52 PM
Katanya ayam tempayan itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM18 seekor.


erk harga berpatutan ke ni?
Quote mahmoode 30-6-2014 03:53 PM
tred makanan tumbuh bak cendawan selepas hujan time bulan posa ni...
Quote genchi 30-6-2014 03:54 PM
tak clp gen psr ramadan kt sri serdang ada ayam tempayan ni..
Quote mikasa 30-6-2014 03:55 PM
annehuda posted on 30-6-2014 03:52 PM
erk harga berpatutan ke ni?

Kalau ikut rege kl selangor murah sgt tu.tapi
Quote GhostWalking 30-6-2014 03:56 PM
Kalau momod nak merge pun takpe saya sudi
Quote artcrime 30-6-2014 03:59 PM
annehuda posted on 30-6-2014 03:52 PM
erk harga berpatutan ke ni?

Pernah beli ayam sekor ke idok ni?

Quote annehuda 30-6-2014 04:03 PM
artcrime posted on 30-6-2014 03:59 PM
Pernah beli ayam sekor ke idok ni?

gi je manhattan fish market top up RM5 dpt complete set kot

Quote artcrime 30-6-2014 04:07 PM
annehuda posted on 30-6-2014 04:03 PM
gi je manhattan fish market top up RM5 dpt complete set kot

xmenjawab soalan..

p/s: tak semua org "mampu" nak topup kalau bawak seisi keluarga..

Quote annehuda 30-6-2014 04:10 PM
artcrime posted on 30-6-2014 04:07 PM
xmenjawab soalan..

p/s: tak semua org "mampu" nak topup kalau bawak seisi keluarga..

aku perempuan bujang byk duit. watpe nak masak kt rumah? nk gi bazaar ramadhan yg sesak tu baik aku hari2 rotate berbuka puasa kt restoren2 jek. sbb aku mampukan

harap ko berpuas ati ngan jawapan jujurku ini
Quote Fantaghiro 30-6-2014 04:14 PM
annehuda posted on 30-6-2014 03:52 PM
erk harga berpatutan ke ni?

dah sangat berpatutan dah tu kalo berat ayam tu sebelum masak dalam 1.5kg seko..

yg aku pasan kalo kat kedai2 stended yg ada set bagai tu ayamnya sangat kecik..mungkin berat dalam 1.2kg jah seko..
Quote abas8888 30-6-2014 04:29 PM
seekor ayam harga RM18 kira ok la...kat ayamass dalam RM22 tak silap..jimat RM4..
Quote annehuda 30-6-2014 04:31 PM
Fantaghiro posted on 30-6-2014 04:14 PM
dah sangat berpatutan dah tu kalo berat ayam tu sebelum masak dalam 1.5kg seko..

yg aku pasan k ...

ai mmg tak suke pegi bazar pun. xpela ayam kecik pun at least selesa boleh duduk2 je tunggu makanan sampai smbl baca novel. bazar tu dahle sempit ngan org ramai terhimpit2 lg. mcm xberbaloi

wah riaknye aku

Quote ultra78 30-6-2014 04:34 PM
annehuda posted on 30-6-2014 04:31 PM
ai mmg tak suke pegi bazar pun. xpela ayam kecik pun at least selesa boleh duduk2 je tunggu makana ...

Kan...nanti berebut pula dengan pakcik makcik kat sana. Itu belum lagi naik angin dengan orang yg potong queue

Quote nurul_akmar 30-6-2014 04:54 PM
sedapnya...

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099136 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top