CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

50, 000 Anak Ayam Rentung, Pemilik Rugi Rm2j

4-8-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3770| Komen: 9

Description: Jentera Bomba, Masing-Masing Satu Dari Balai Tanjung Malim Dan Kuala Kubu Bharu Dikejarkan Ke Tempat Kejadian Dan Sebaik Sampai Api Sedang Marak Membakar Reban Tersebut, Katanya.

Gambar hiasan



TANJUNG MALIM - Seorang penternak kerugian RM2 juta selepas 60,000 anak ayam yang diternak di dalam sebuah reban di Kampung Kelawar di sini rentung dalam satu kebakaran hari ini.
       
Pengurus ladang ternakan terbabit Lim Chee Wah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian tersebut oleh pekerjanya pada pukul 7.15 pagi sebelum menghubungi pihak bomba.   
       
"Kebakaran ini menyebabkan saya mengalami kerugian teruk iaitu kira-kira RM2 juta termasuk kos premis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.   
       
Beliau berkata kejadian itu adalah yang pertama sejak ladang itu dibuka dua tahun lepas.
       
Katanya 30 pekerjanya yang berada di kawasan tersebut cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal kerana api marak dengan pantas.   
       
Katanya kebakaran itu menyebabkan reban bersaiz 61 meter x 25 meter itu musnah hampir 80 peratus.
       
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim Abdul Rahim Saari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.45 pagi.
       
Jentera bomba, masing-masing satu dari balai Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian dan sebaik sampai api sedang marak membakar reban tersebut, katanya.
       
Beliau berkata api dapat dikawal sepenuhnya pada 25 minit kemudian. "Ladang ternakan itu menempatkan tiga blok reban ayam namun hanya satu blok reban sahaja yang  mempunyai ternakan yang mana dianggarkan sebanyak 80,000 ekor anak ayam berada di dalam reban tersebut," katanya.
       
Abdul Rahim berkata kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tengah reban manakala punca kebakaran masih disiasat.


Bagus
2

Marah
7

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 3-8-2014 11:30 PM
mesti akan effect stock ayam untuk beberapa bulan akan dtg..
Quote matchstick 4-8-2014 01:12 AM
harga ayam akan naik x?
Quote matchstick 4-8-2014 01:12 AM
kt bod keusahawanan pun ada thread psl ni
Quote shahx 4-8-2014 01:16 AM
ade insurans tak?
Quote azrain98 4-8-2014 02:42 AM
berita buruk buat ayam
Quote derihje 4-8-2014 04:04 PM
Bekalan bakal terjejas ?
Quote nebulagazer 4-8-2014 04:06 PM
Phewwww
Anak ayam tu sumpah tak owner
Mereka mati terseksa
Nk selamat diri tp lam kurungan
Quote Kejora927 4-8-2014 04:23 PM
Takziah...
Quote tupaiterbang 4-8-2014 04:24 PM
cina kalau tak menipu tak sah..ni sengaja bakar kasik rege ayam up la + insurans skali klaim..hebat!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.098797 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top