CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Ayam Bantah Tutup Pusat Pelacuran

25-6-2014 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8923| Komen: 21

Description: Rangkaian Pelacuran Beroperasi Secara Terbuka Di Semua Bandar Raya Besar Indonesia Walaupun Mendapat Tentangan Golongan Islam, Sebahagian Daripadanya Mahu Menggantikan Sistem Sekular Negara Itu Dengan ...

Gambar hiasan



Surabaya: Kumpulan pelacur, bapa ayam dan pemilik perniagaan di kawasan pelacuran terbesar Surabaya mengadakan demonstrasi jalan raya membantah penutupan pusat itu oleh pihak berkuasa.

Pada masa sama mereka berkata, kerajaan menawarkan pampasan yang terlalu sedikit untuk meninggalkan kehidupan mereka.
“Kerajaan tidak peduli mengenai kami. Kami perlukan lebih banyak penyelesaian secara kekal. Mereka tidak boleh menyelesaikan masalah pelacuran dengan memberi wang kepada pelacur,” kata Suyatmi, 43.

Rangkaian pelacuran beroperasi secara terbuka di semua bandar raya besar Indonesia walaupun mendapat tentangan golongan Islam, sebahagian daripadanya mahu menggantikan sistem sekular negara itu dengan undang-undang Syariah.
Sebahagian besar daripada 246 juta rakyat negara itu beragama Islam.

Semalam, Datuk Bandar bandar raya kedua terbesar Indonesia itu Tri Rismahrini, secara rasmi menutup daerah pelacuran dikenali sebagai Dolly, antara yang terbesar di Asia Tenggara tetapi kerjaya tertua dunia itu masih berleluasa di sebalik amaran supaya kegiatan itu dihentikan.

Dolly, dipercayai dinamakan beberapa tahun lalu sempena seorang wanita Belanda yang pernah menjajah Indonesia, sepatutnya ditutup 18 Jun lalu, tetapi wanita muda memakai skirt pendek dan kasut tumit tinggi terus menggoda pelanggan masuk ke dalam bilik yang cuma diterangi lampu kelam.
Sambut bakal pelanggan

Bapa ayam juga tidak cuba bersembunyi apabila berdiri di luar, menyambut bakal pelanggan.

Apabila pelacur di pusat karaoke ternampak wartawan melalui kawasan itu, mereka berlari keluar dengan mengangkat tangan yang menggenggam penumbuk dan menjerit: “Dolly akan tetap dibuka.”

Rismahrini berikrar menutup semua pusat pelacuran di Surabaya, manakala kerajaan menawarkan AS$425 (RM1,325) kepada kira-kira 1,500 pelacur untuk membantu mereka meninggalkan kawasan itu.

Rismaharini bercadang meringankan beban wanita bakal kehilangan ‘kerja’ dan memberi masa sehingga Isnin ini untuk mengambil wang yang ditawarkan.

Beliau tidak menggunakan paksaan tetapi berkata mahu seluruh kompleks itu ditutup menjelang akhir Ramadan lewat Julai ini.


1

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
13

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 25-6-2014 03:08 PM
sebelum Ramadhan ditutup, selepas Aidiladha dibuka semula dengan tawaran diskaun Hari Raya, semoga ianya mendapat permintaan hangat
Quote chinta89 25-6-2014 03:24 PM
shamsadis posted on 25-6-2014 03:08 PM
sebelum Ramadhan ditutup, selepas Aidiladha dibuka semula dengan tawaran diskaun Hari Raya, semoga i ...

ewahhhhhh! hahahaha
Quote shamsadis 25-6-2014 03:37 PM
chinta89 posted on 25-6-2014 03:24 PM
ewahhhhhh! hahahaha

mudah mudahan
Quote Simunggu 25-6-2014 04:00 PM
industri tertua di dunia..bukan senang nak ditutup.....kalau senang memang sudah lama tutup diseluruh dunia....bila ada permintaan akan ada tawaran....hehehehe
Quote prettymanja 25-6-2014 04:03 PM
btui tu.. industri Ayam segar bugar nie sentiase ade permintaan xkire mase kekdah nye. Mulan pose pun jdik Uolss.. Ayam2 & Jantan2 Miang mmg xbole di pisahkan.. huhu
Quote gnote_2 25-6-2014 10:26 PM
Simunggu posted on 25-6-2014 04:00 PM
industri tertua di dunia..bukan senang nak ditutup.....kalau senang memang sudah lama tutup diseluru ...

kalau dah ditutup pn.. akan dibuka balik.. either back door atau underground
Quote Simunggu 26-6-2014 09:22 AM
gnote_2 posted on 25-6-2014 10:26 PM
kalau dah ditutup pn.. akan dibuka balik.. either back door atau underground

bagus di legal kan tapi perlu dipantau dgn rapi supaya xada penyakit, xada yg terenaya, tak ada yg menderita...
Quote cheatortrick 26-6-2014 09:41 AM
mmg la punca pendapatan tp cara tak betul je...tp susah jugak klo mereka kena sara keluarga lg
Quote Loxlaxman 26-6-2014 09:44 AM
Sedap sangat ke poen?
Quote robertocarbos 26-6-2014 10:44 AM
lepas tu kene tsunami nangis2 mintak tolong
aikhhh indon2...
baik aku beli ayam kepci
Quote Decaffeinated 26-6-2014 11:05 AM
shamsadis posted on 25-6-2014 03:08 PM
sebelum Ramadhan ditutup, selepas Aidiladha dibuka semula dengan tawaran diskaun Hari Raya, semoga i ...

puasa siang je...

Quote Decaffeinated 26-6-2014 11:08 AM
Simunggu posted on 26-6-2014 09:22 AM
bagus di legal kan tapi perlu dipantau dgn rapi supaya xada penyakit, xada yg terenaya, tak ada yg ...

kat indon legal ka?

yang aku tau even Thailand pusat ngesek sedunia pun tak legal katanya....

hipokrit sangat lah asia ni....

Quote Eljie 26-6-2014 11:11 AM
berani pulak bapa ayam kat situ ye
Quote BotakChinPeng 26-6-2014 11:16 AM
Takde gambar
Quote lavaholland 26-6-2014 11:18 AM
Decaffeinated posted on 26-6-2014 11:05 AM
puasa siang je...

Bagi orang2 kalah berperang lawan nafsu cam lu..

Quote Simunggu 26-6-2014 11:37 AM
Decaffeinated posted on 26-6-2014 11:08 AM
kat indon legal ka?

yang aku tau even Thailand pusat ngesek sedunia pun tak legal katanya....

dilarang tak boleh...disaman...tak makan saman....pelacur membuat dan terus buat....

mcm mana?...dosa tanggung sendiri juga kan..sendiri mau tahu??
Quote aku2410 26-6-2014 11:43 AM
nak seribu daya tak nak seribu dalih...dah memang itu pilihan kerjayanya. Salute to Datuk Bandar yang baru ni....sorang perempuan...takpe...niat dan usaha anda itu Allah juga yang memberi ganjarannya...terbuka semula atau tidak kawasan Gang Dolly ni semuanya Allah juga yang tentukan...
Quote Decaffeinated 26-6-2014 12:06 PM
Simunggu posted on 26-6-2014 11:37 AM
dilarang tak boleh...disaman...tak makan saman....pelacur membuat dan terus buat....

mcm mana?. ...

masalahnya kat negara tinggi korupsi ni buang masa ja jadikan benda tu illegal.

kasi penat pelacur tu mengangkang free kat penguat kuasa ja...




Quote AdsMsia 26-6-2014 12:07 PM
di negaraku tercinta pula makin bercambah serta di payung lagi

he he he

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.283850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top