CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tonton Dulu Baru ‘Projek’ Pelacur

14-8-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10714| Komen: 0

Description: Pelanggan Seolah-Olah Digalakkan Meniru Aksi Ditonton Pada Filem Pornografi Itu Sebelum Memilih 26 Wanita Warga Vietnam Serta Seorang Wanita Warga Indonesia Yang Dijadikan Pelacur Di Pusat Urut Berken ...
Tonton Dulu Baru ‘Projek’

Gambar hiasan


Kuala Lumpur: Tonton dan tiru aksi lucah. Itulah idea jijik diperkenalkan empat pusat urutan tradisional di Jalan Rimbunan Raya, Kepong di sini, yang sengaja menyajikan tayangan video kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat seks.

Pelanggan seolah-olah digalakkan meniru aksi ditonton pada filem pornografi itu sebelum memilih 26 wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Indonesia yang dijadikan pelacur di pusat urut berkenaan.

Difahamkan semua wanita berusia 18 hingga 32 tahun terbabit yang diperdagangkan sindiket pelacuran tempatan dikawal pergerakan mereka sepanjang masa oleh beberapa ahli sindiket.

Malah pasport milik semua mangsa ini disimpan oleh sindiket pelacuran bagi mengelakkan mereka melarikan diri.

Bagaimanapun kegiatan jenayah itu terbongkar selepas sepasukan anggota Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP)  Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) C Bukit Aman melakukan serbuan mengejut di premis itu jam 4.30 petang semalam.


Serbuan serentak itu diketuai Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff  bersama 10 pegawai dan 27 anggota polis.

Kamal berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di premis itu bertindak melakukan serbuan serentak dan berjaya menyelamatkan semua wanita warga asing terbabit.

Menurutnya, enam penjaga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 23 hingga 40 tahun turut diberkas.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua wanita terbabit dipaksa menjadi pelacur dan pasport milik mereka disimpan oleh ahli sindiket.

“Risikan mendapati pelanggan membayar RM140 hingga RM200 untuk mendapatkan khidmat seks selain disajikan tayangan filem lucah,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas kondom dan wang tunai sebanyak RM500 daripada suspek.

“Semua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12 ATIP,” katanya.


9

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.160136 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top