CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tolong Jawab

4-6-2014 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23632| Komen: 33

Description: Sekadar Ingin Tahu, Apabila Berkaitan 'Porn' Mesti Lelaki Yang Biasa Tengok. Bagaimana Pula Dengan Wanita? Adakah Wanita Juga Tonton 'Porn' Apabila Bosan? Sama Ada Sebelum Kahwin Atau Selepas Kahwin.

Gambar hiasan

Soalan -
Sekadar ingin tahu, apabila berkaitan 'porn' mesti lelaki yang biasa tengok. Bagaimana pula dengan wanita? Adakah wanita juga tonton 'porn' apabila bosan? Sama ada sebelum kahwin atau selepas kahwin.

KETAHUI KESAN BURUK MENONTON FILEM LUCAH DALAM ISLAM

Kali ini saya nak mengajak dan memberikan pendedahan mengenai video lucah atau pornografi yang saya baca di Majalah Al-Islam keluaran Disember 2009. Rasa terpanggil untuk menyediakan artikel yang berkaitan masalah ini untuk disebarkan kepada umum. Mencegah perkara yang batil ini menjadi kewajipan kita bersama untuk membersihkannya dengan segala upaya yang Allah anugerahkan kepada kita.

Saya datangkan statistik jumlah pengunjung laman web pornografi seperti :
Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.

Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.
Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web. Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :
Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.
Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :
Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.
Wahai muslimin dan musliman sesungguhnya cara inilah yang paling mustajab pihak musuh Islam menyerang pemikiran umat Islam. Kesannya sangat buruk dikalangan umat Islam sehingga ramai remaja Islam terdedah dan menonton filem ini. Hal ini dapat dibuktikan oleh sepasang kekasih dari tingkatan 2 dan 4 yang melihat pornografi di dalam telefon sehingga menyebabkan mereka terangsang dan berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. 

Malangnya mereka ditangkap oleh guru mereka dan mendapati dalam telefon mereka ada video mereka berdua melakukan seks di dalam sebuah longkang berhampiran sekolah. Contoh yang paling mudah lagi ialah banyak video seks anak muda melayu Islam di dalam internet yang sangat memalukan bangsa, agama dan negara kita.

Menurut Islam menonton pornografi adalah haram berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulallah yang bermaksud : “janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.
Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. 

Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat “mawardah warahmah”.
2

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 2-6-2014 10:00 PM
Bohong kalau x pernah kn!
Ice pernah ke?
Quote ice_sky92 2-6-2014 10:03 PM
amiraira posted on 2-6-2014 02:00 PM
Bohong kalau x pernah kn!
Ice pernah ke?

Aku lelaki. Mestilah pernah. Haha. Oh maknanya kalau perempuan horny bukak porn jugak ek? Huhu.
Quote amiraira 2-6-2014 10:05 PM
ice_sky92 posted on 2-6-2014 10:03 PM
Aku lelaki. Mestilah pernah. Haha. Oh maknanya kalau perempuan horny bukak porn jugak ek? Huhu.

As long as i concern yes
Coz we all ade needs kn
X kira la laki pompuan
Quote Dewa19XKangen 2-6-2014 10:33 PM
ikut pengalaman aku gaul,depa pun layan juga,cuma nampak kemaluan sifat,dari laki2 yang mendedah..
Quote bungakelabu 2-6-2014 11:23 PM
yes. pernah je. normal kot.

tak tau la kalau orang lain.
Quote turboturtle 3-6-2014 12:21 AM
sebenarnya pompuan susah nak mengaku....... rmai je gegirl yg tgk porn...... tpi peberet diorg novel, ada lusyah2 suka la pastu basah....

klu jaga solat, jaga hati, insya Allah blh beransur2 kurangkan spai xtengok dah, cuma jgn ada trigger je lah.....
( cara aku berhenti tgk benda xsenonoh)
Quote apekebende 3-6-2014 08:46 PM
pompuan boleh stim ke kalau tengok batang mat salleh?
Quote intriQue 4-6-2014 09:22 AM
Quoting from a friend's quote

"Last year, a survey by the University of East London reported that 97% of boys and 80% of girls between the ages of 16 and 20 have watched porn..."




Quote nikaido 4-6-2014 06:46 PM
dulu time aku matrik, ada perempuan ni pasang cd porn kat tv blok kediaman. dia tengok dgn relaxnya. lelaki kat matrix akupun x seberani tu sb memiliki bhn lucah adalah kesalahan disiplin
Quote lima_kupang 4-6-2014 10:09 PM
teringat aku ms sekolah dulu ada amoi mintak tukar2 cd porno... tekejut gak aku ms tu mcm mn amoi tu blh minat tngok porno... lama punya dok korek last2 baru tau... bapak dia sewa cd tu lps tu lupa nak simpan... dia ambik pon sapau la cd tu... lps tu dia pon tejebak jugak...

so korng klu ada cd porno jgn dok buat la lupa simpan... kantoi dgn anak nanti ssh plak krng...
Quote card_reader 4-6-2014 10:47 PM
Masa aku sekolah dolu, budak perempuan buat bisnes vcd lucah.....dia jadi supplier jv ngan budak laki:lol
Quote nanacinta 5-6-2014 06:46 AM
While men visit free adult video or "tube" sites—sites that provide something visual in the form of entertainment—women have an entirely different interest. One of the persistent differences between men and women (both online, as well offline) is that men tend to have stronger interest in visual content, while women are more likely to consume content in text.
When we sort more than 20,000 porn sites by those that have the greatest composition of female visitors, "tube" sites and those containing graphic pictures tend to rank toward the bottom of the list. At the top of the list are literary erotica or sites that specialize in written erotic stories.

(Bill Tancer is an Internet trend analyst, columnist and author of the New York Times best-seller Click—What Millions Do Online and Why It Matters.)

jadi kajian menunjukkan kalau perempuan pergi ke pornsite, kebanyakan mereka bukan menonton video tapi membaca erotic literatures...ramai lagi lelaki masih tak faham tentang perempuan...
Quote qronaldo7 6-6-2014 04:31 PM
bungakelabu posted on 2-6-2014 11:23 PM
yes. pernah je. normal kot.

tak tau la kalau orang lain.

girls yg ngaku ni sume very open minded i loikeee

Quote hanasensei 6-6-2014 06:34 PM
Dlm novel2 cinta blmbak2 tulis adegan suami istri ni.. aku dlu msa remaja bru nk up slalu gak bca novel..skrg dh x lyan.. sbb girl ni  lebih kpada ayat romntik..
msa aku mula2 kwen..ingat sesenang dlm novel..rupanya tak..
Bg aku sbgai prmpuan...prmpuan x suka watch porn..
Quote rizal7 7-6-2014 09:33 PM
masa study di suatu ipt dulu... lepas dah grad... ada la contact ber-email dgn classmate dak pompuan... dia start dulu fwd porn pic... pastu siap demand plak kat kita kalau ada stok yg lebih extreme...

erk... unpredictable...
Quote yayaachan 16-6-2014 09:43 PM
aku tgk gak porn kadang2. sbb bosan. HAHAHA.

batang mat salleh? aku tak stim. mcm aku cakap. sbb aku bosan je sbb dah xtau nak tgk pe dah

tp kadang2 jela. mcm serius jarang gile.

dan langsung x stim
Quote Loxlaxman 17-6-2014 03:08 PM
intriQue posted on 4-6-2014 09:22 AM
Quoting from a friend's quote

"Last year, a survey by the University of East London reported that ...

Errr...was it from me..looks familiar..?
Quote intriQue 17-6-2014 03:13 PM
Loxlaxman posted on 17-6-2014 03:08 PM
Errr...was it from me..looks familiar..?

Oopppssss.....!!! Was it you??


Quote Loxlaxman 17-6-2014 03:16 PM
intriQue posted on 17-6-2014 03:13 PM
Oopppssss.....!!! Was it you??

Oppss ... why i was me?

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056214 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top