CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Mak Nyah’ Tidak Boleh Dihukum Kerana Berpakaian Wanita

23-5-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12322| Komen: 84

Description: Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Seremban Menolak Permohonan Itu Selepas Memutuskan Bahawa Oleh Kerana Mereka Beragama Islam Dan Dilahirkan Sebagai Lelaki, Ketiga-Tiga Plaintif Perlu Mematuhi Undang-Unda ...
‘Mak Nyah’ tidak boleh dihukum kerana berpakaian wanita, kata peguam                                                



"Mak Nyah" adalah golongan dengan roh wanita yang terperangkap dalam badan lelaki dan tidak boleh dihukum apabila berpakaian seperti kaum hawa kerana ia merupakan sebahagian daripada sifat semula jadi mereka, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Peguam Aston Paiva berkata Mak Nyah turut mengalami gangguan kronik dari segi perubatan dikenali sebagai "kecelaruan identiti jantina" (GID) iaitu psikologi dalaman tidak sepadan dengan fizikal tubuh.

Beliau mewakili tiga tukang andam lelaki Islam yang mencabar undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Paiva berkata orang yang mempunyai masalah ini akan berpakaian seperti  seorang wanita kerana secara psikologi mereka adalah seorang wanita.

"Bukti perubatan menunjukkan GID bukanlah satu pilihan. Tiada siapa yang ingin mengalami GID. Ia akan menghantui anda," katanya sambil menambah golongan ini tidak boleh diubah dengan penggunaan ubat-ubatan atau terapi psikologi.

Beliau berkata langkah menghukum seorang Mak Nyah atas sifat yang mereka tidak pinta atau boleh ubah adalah seperti kita menerima apartheid dan genosid.

Paiva berkata Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai bagi kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita dan mengalami GID selain melanggar Perkara 10(1)(a), Perkara 5(1) dan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara, kebebasan peribadi selain melarang diskriminasi atas sebab agama, bangsa dan jantina.

Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, mengemukakan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman mereka untuk mencabar keperlembagaan Seksyen 66.

Mereka memohon deklarasi bahawa seksyen itu tidak terpakai terhadap mereka atau bagi orang yang mengalami GID.

Pada 4 November 2011, mereka memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakann prosiding semakan kehakiman.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan itu selepas memutuskan bahawa oleh kerana mereka beragama Islam dan dilahirkan sebagai lelaki, ketiga-tiga plaintif perlu mematuhi undang-undang berkenaan sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.

Seksyen 66 membenarkan Mahkamah Syariah menghukum mana-mana lelaki yang berpakaian atau berlagak seperti seorang wanita dengan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga plaintif, yang mendakwa ditahan dan diganggu berulang kali oleh pihak berkuasa, turut memohon satu perintah bagi melarang penangkapan dan pendakwaan terhadap mereka di bawah seksyen ini.

Sementara itu, peguam Syahredzan Johan yang mewakili Majlis Peguam dan bertindak sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah, berkata enakmen undang-undang negeri mesti konsisten dengan kebebasan asasi sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Majlis Peguam bimbang dengan keputusan Mahkamah Tinggi kerana berpendapat pendekatan yang digunakan adalah salah," katanya.

Panel Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan, menetapkan 17 Julai untuk menyambung pendengaran kes itu.

Terdahulu, mahkamah membenarkan Majlis Peguam dan wakil Human Rights Watch hadir sebagai amicus curiae pada pendengaran rayuan itu. –  Bernama, 22 Mei, 2014.

1

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 23-5-2014 10:38 AM
Quote HUHA 23-5-2014 10:42 AM
mak ayah


Quote Badut.Sarkas 23-5-2014 10:43 AM
diharap ketiga2 tertuduh mendapat keadilan..
Quote ifanonline 23-5-2014 10:44 AM
knp penyakit GID ni banyak di kalangan melayu? sebab banyak makan rasuah ke?
Quote cipOt_cedOt 23-5-2014 10:46 AM
kalau cam gitu banyak la kes jenayah boleh ditakrifkan sebagai gangguan mental dan psikologi... ekekeke...
Quote saladin780 23-5-2014 10:48 AM
kesian mak nyah..roh mereka terperangkap dlm tubuh lelaki...harap prof muhaya dapat me'reset' minda mereka ini
Quote ifanonline 23-5-2014 10:49 AM
isu mak nyah ni sama dgn isu2 yg di bawa LGBT...mereka tidak pinta pun jadi GAY!
Quote sup@rm@n 23-5-2014 10:51 AM
Selagi pendokong lgbt berkuasa, susah nak banteras
Quote ifanonline 23-5-2014 10:52 AM
jadi golongan ni nak salah kan tuhan la...sebab mereka jadi maknyah, gay, lesbian, transsexual...mcm2 manusia ni...
Quote cmf_WonBin 23-5-2014 10:53 AM
Iya betul, Mak Nyah tidak boleh dihukum. Mereka dilahirkan dengan 'factory setting' yang sedemikian rupa.

" Hanya orang yang mempelajari ilmu psychology sehingga bergelar doktor pakar dan orang yang tinggi ilmunya melalui SUFISM sahaja boleh faham tentang mak Nyah.

Orang bodoh sombong yang tiba2 menjadi pihak yang benar apabila memakai serban dan kupiah dan membaca kitab agama, tidak layak untuk memberi komen buruk dan tidak layak untuk menjatuhi hukuman kepada kaum Mak Nyah ini. Kerena mereka TIDAK FAHAM secara universal. Mereka hanya FAHAM MENENTUKAN HUKUMAN BERDASARKAN APA YANG MEREKA NAMPAK sahaja. Golongan ini is totally USELESS."
Quote gaara_X 23-5-2014 10:53 AM
undang2 manusia....susah woo
Quote cmf_WonBin 23-5-2014 10:55 AM
Golongan yang boleh dihukum ialah lelaki atau perempuan yang menyamar dengan niat jahat untuk mencuri, menipu, atau suka2, yang ini BOLEH DIHUKUM DENGAN UNDANG2 YANG ADA ......
Quote Anden 23-5-2014 10:57 AM
Ha..yg isu ni...


Kenapa golongan2 pendakwah yg kaki keluar t.v. berceramah pung..pang..pung...menyanyi konon nak bg nasihat masuk ke jiwa..

Toksah byk cakap..pergi berdakwah kat golongan2 ni..yg ramai melayu islam yg dah sesat...

Ustaz2 dan penceramah2 popular dinasihatkan kurangkan aktiviti berbayar anda keluar t.v. dan jalankan tanggungjawab dakwah anda yg sebenar..kepada golongan2 ini
Quote hyie 23-5-2014 11:13 AM
nyahhhh, oooOOOOOO nyahhhhh...
Quote pakwetizzaqyah 23-5-2014 11:45 AM
dasar keling pembelit... law concern on biological gender la..bukan metaphysical spirit2 roh2 taik kucing sme... itu sme nonsense on stilt..kalau dah lahir terpacul kxtxy je...ttp jantan..kecuali haemophridite(salah eja ni)
Quote kluangman 23-5-2014 11:50 AM
Bila roh tercabut dari badan masa nak kebumi nanti nak kebumi cara lelaki atau perempuan?
Boleh cek lah DNA dan level hormon.
Jika DNA lelaki, hormon perempuan kasik inject itu hormon testostoron.
Jika DNA perempuan, kasik potong itu anu dan inject itu hormon estrogen.
Dan pakai tu silalah sopan sikit jika belum lagi nak tutup aurat.
Quote amiraira 23-5-2014 11:53 AM
kesian ko nyah.....
Quote sambaldurian 23-5-2014 12:01 PM
Br smlm tgk MV rsiam, psl ladyboy. Bile ladyboy terjumpe kwn lama die yg die crush, trus bersenggama. Feeling gak ak tgk, sedih gak
Quote batmana 23-5-2014 12:47 PM
cmf_WonBin posted on 23-5-2014 10:53 AM
Iya betul, Mak Nyah tidak boleh dihukum. Mereka dilahirkan dengan 'factory setting' yang sedemikian  ...

weii bahlol..
nape feral child semo yg dibela oleh babi, babun, monyet, beruang, musang bagai bila dijumpa oleh manusia luar,
elok aja jadi org normal, feral child laki jadi laki sejati, yg kes feral child pmpn elok je kawin ada anak bagai, tarak pun jadi gay, lesbian bagai?

apa kah babi2 lebih pandai didik manusia dari org cm ko yg byk bagi alasan bangkai?...

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.269772 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top