CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubat Yang Murah Pemangkin Ke Arah Percambahan Mak Nyah!

29-11-2013 12:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7208| Komen: 16

Bekalan Ubat Murah Dorong Kegiatan Mak Nyah

Gambar hiasan


GEORGETOWN – Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan ‘mak nyah’ atau pondan ghairah bereksperimen demi mengubah penampilan mereka setanding wanita sejati.

Bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin berkata pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payudara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.


“Selain pil hormon, suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B boleh didapati dengan harga serendah RM20 dan lebih cepat kesannya… kalau kita pelanggan tetap boleh pula dapat harga istimewa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas forum ‘Dulu Mak Nyah Kini Berubah’ di kampus Universiti Sains Malaysia, di sini hari ini.


Beliau menyarankan pengeluaran produk sedemikian dikawal, selain penjualannya dihadkan kepada golongan tertentu sahaja bagi mengelakkan bahan itu disalah guna untuk kegiatan tidak bermoral.


Mohd Khariri yang bergelumang dalam dunia mak nyah selama 17 tahun mengaku pernah mengambil pelbagai suntikan serta ubat-ubatan dan tidak lokek membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai beberapa pembedahan pada wajah dan tubuhnya untuk kelihatan cantik.


Guru sebuah sekolah di Klang, Selangor itu, akhirnya bertekad kembali ke pangkal jalan selepas jauh menyimpang dalam kehidupan songsang yang penuh kepura-puraan dan keseronokan palsu. Mengimbas perjalanan hitam dalam hidupnya, Mohd Khariri berkata beliau menjalani rutin sebagai guru lelaki pada sebelah siang dan bertukar watak menjadi seorang wanita pada sebelah malamnya.


Bagaimanapun, selepas menempuh pengalaman pahit ‘bercinta’ dengan beberapa lelaki, beliau tekad untuk menjalani hidup normal.
“Saya pernah terkena ilmu hitam, dibelasah teman lelaki dan duit gaji saya setiap bulan habis dikaut oleh lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan dan tidak ikhlas menyayangi saya,” katanya.


Beliau juga mengambil keputusan membuang kolagen dan implan yang disuntik ke dalam tubuhnya ekoran kesihatannya sering terganggu akibat ketidakseimbangan hormon selain kerap mengalami kekejangan otot.


“Azabnya hanya Tuhan saja yang tahu, semasa pembedahan itu saya dapat rasa doktor toreh kulit dan koyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang sebelum kikis kolagen yang sudah menjadi lemak. Saya ibaratkan itulah hukuman yang perlu diterima kerana cuba mengubah ciptaan-Nya,” katanya.


Beliau kini aktif menyampaikan mesej kesedaran kepada pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi mengenai bahaya transgender dan giat membantu golongan itu kembali ke pangkal jalan.  


Bagus
1

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 29-11-2013 02:03 AM
ada satu pertanyaan penting, klu pompuan ori makan Marvelon dan Mercilon payudara mrk boleh membesar ke tidak??
Quote tobby 29-11-2013 02:06 AM
vitamin C dan B utk apa?  bukan ka manusia normal pun makan?
Quote Kassim_Patalon 29-11-2013 02:24 AM
@MissNigga                        
Quote Ayun_Maiden 29-11-2013 03:28 AM
Apa komen mek ? @hzln ?     
Quote anishacute 29-11-2013 03:29 AM
Murah ke mahal ke semuanya ikut kata hati.. kalo nak, maka jadi lah.. bukan salah ubat.. ubat mahal pon nyah boleh beli sbb kebanyakkan diorg ni golongan profesional. Bukan mat rempit atau mat pet..
Quote Ayun_Maiden 29-11-2013 03:35 AM
@maideen pun ada jual ubat tu ... Ko cubalah beli kat dia
Quote pyropura 29-11-2013 06:35 AM

ayun Mudeem kalau bab poncdan bapok mencanak dia naik...
Quote MissNigga 29-11-2013 06:46 AM
Kassim_Patalon posted on 29-11-2013 02:24 AM
@MissNigga

euw..abe kassem... bertahun iols work out kat gym n berjogging nak bina bicep n tricep, buat pewot flat ngan a few packs, firm n tight thighs and leg... ... wat apa nak makan pil2 suma tu bagai....
Quote clarizsa 29-11-2013 06:46 AM
tobby posted on 29-11-2013 02:03 AM
ada satu pertanyaan penting, klu pompuan ori makan Marvelon dan Mercilon payudara mrk boleh membesar ...

both r pil perancang laa.. klu ppuan ori mkn, selain utk elak hamil, kulit akn jadi lebih gebu n licin.. sebutir jerawat pn xde.. tu pengalaman i la.. tp i mkn pil diane yg mahal skit.. yg murah2 xtaula side effects... lelaki ori xyah gatal2 nk try laa.. haha..
Quote tobby 29-11-2013 06:48 AM
clarizsa posted on 29-11-2013 06:46 AM
both r pil perancang laa.. klu ppuan ori mkn, selain utk elak hamil, kulit akn jadi lebih gebu n l ...

oic ... patut la pondan2 ni kulit gebus. makan pil perancang ropernyer.
Quote clarizsa 29-11-2013 06:51 AM
tobby posted on 29-11-2013 06:48 AM
oic ... patut la pondan2 ni kulit gebus. makan pil perancang ropernyer.

ye.. doctor yg bg i pill tu sndri bgtau pondan2 mmg suke pil perancang.. sbb byk dpt hormon ppuan.. so kulit gebu, bdn pn jd cm ppuan laa..
Quote Ayun_Maiden 29-11-2013 06:58 AM
Kat sini pun banyak pengedar ubat murah khususnya untuk pengikut2 ambiGAY..


Boleh order kat @pyropura , @hzln , @maideen , @kasmela , @missniaga dan mereka2 yang sehaluan  dan seangkatan dengannya



p/s - Terhingat daku kat kaum Nabi Luth  yang diterbalikkan tanah Laut Mati . Sejarah menjadi bukti untuk mereka yang mengengkari perintah Allah .. Lelaki hanya berkahwin dengan wanita dan bukan sesama lelaki  
Quote DeMax 29-11-2013 07:07 AM
tobby posted on 29-11-2013 02:03 AM
ada satu pertanyaan penting, klu pompuan ori makan Marvelon dan Mercilon payudara mrk boleh membesar ...

Gunakan kaedah manual
Quote MissNigga 29-11-2013 07:15 AM
dah...ostad molot juih dah start meroyan balik... kang dia panggil ler MN2 dia utk bersembang sesama sundirik ...
Quote purple_kuning 29-11-2013 07:23 AM
Mungkin malaysia kena mulakan prescription slip untuk ambik ubat
Demi mengawal pengambilan ubat untuk salah guna begini
Quote batmana 29-11-2013 07:52 AM
patutnya tangkap aja maknyah2 ni, kurung, pastu suntik balik ngn hormon, ubat2 lelaki smpai terberak..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.095885 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top