CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyiar Berita Palsu Di Internet Perlu Dihukum

2-6-2014 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3995| Komen: 17

Description: Bercakap Pada Dialog Penerangan Bertajuk 'Media Sosial-Antara Pembohongan Dan Realiti' Di Sini Hari Ini, Beliau Berkata Undang-Undang Mengenai Penyebaran Maklumat Palsu Serta Kawalan Internet Di Negar ...


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu lebih tegas dalam menghukum pihak tidak bertanggungjawab yang menulis dan menyiarkan berita palsu di Internet, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
   
Bercakap pada dialog penerangan bertajuk 'Media Sosial-Antara Pembohongan dan Realiti' di sini hari ini, beliau berkata undang-undang mengenai penyebaran maklumat palsu serta kawalan Internet di negara ini adalah baik tetapi ketegasan dalam pelaksanaannya tidak memuaskan.
   
"Oleh itu pihak yang bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) serta Jabatan Peguam Negara perlu tegas dalam menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
   
"Selain itu, pihak-pihak ini juga perlu bekerjasama dalam aspek teknikal, siasatan dan pendakwaan agar pelaksanaan undang-undang dapat dijalankan dengan lebih berkesan," katanya.
   
Beliau juga berkata, kebebasan bersuara perlu diletakkan hadnya kerana dikhuatiri ia akan disalah guna bagi membangkitkan isu sensitif terhadap rakyat seperti perkauman, agama dan perpaduan.

"Tiada makna kebebasan bersuara sekiranya negara tidak aman dan porak peranda," katanya.
   
Sementara itu Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKM, Zaini Hassan berkata sudah tiba masanya rakyat mengamalkan tapisan sendiri apabila membaca serta melayari bahan bacaan di Internet.
   
"Sekarang adalah zaman di mana masyarakat sendiri perlu menapis dan mengenal pasti maklumat yang mereka baca di Internet datang dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai," katanya.
   
Dialog anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan itu dipengerusikan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan.  

11

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyqaldina 29-5-2014 05:11 PM
habis laa blogger politaik...
Quote kumbang7 29-5-2014 05:13 PM
missyqaldina posted on 29-5-2014 05:11 PM
habis laa blogger politaik...

masalahnya ramai yang berselindung disebalik anonymous xpun kalau diforum multinick
Quote missyqaldina 29-5-2014 05:17 PM
kumbang7 posted on 29-5-2014 05:13 PM
masalahnya ramai yang berselindung disebalik anonymous xpun kalau diforum multinick

habis la forumer cari...hahaha
Quote pakwetizzaqyah 29-5-2014 05:38 PM
hukuman gigit bontot sampai berdarah
Quote leni 29-5-2014 05:51 PM
Baru la kurang fitnah klau mcm.ni..
Quote yipun_78 29-5-2014 05:51 PM
tu Tan Sri Annuar Musa pon patut kene sebab siarkan nama mangsa bawah umur.... walaupon bukan dlm kategori berita pelesu tp integrity dan maruah mangsa tu patut dihormati
Quote CiliPadiSedap 29-5-2014 06:24 PM
moderator,exmoderator yang bawa berita palsu pun turut tak terlepas daripada hukuman mahkamah.
Quote munchkin 29-5-2014 07:17 PM
aku sokong je. especially berita fitnah kata penyokong parti tertentu binasakan kitab agama. padahal takde bukti pun. balik balik isu politaik. sembang lebat kata selalu bincang isu visi misi bila bersama parti. tapi kat luar takde info pun melainkan laungan pasar malam.
Quote safuan 29-5-2014 07:57 PM
Media cetak, Media TV sumber sahih le sangat...penuh dengan berita palsu dan mengandu domba
Quote cubby_qt 29-5-2014 07:59 PM
kumbang7 posted on 29-5-2014 05:13 PM
masalahnya ramai yang berselindung disebalik anonymous xpun kalau diforum multinick

Sebenarkn boleh detect pada ip addrs.. tp.. mmg xder tindakn kan ..
Quote RockRockRock 30-5-2014 04:35 AM
apa nk kecoh.............AKHIRAT kan ada.........

guna nama Acong pn xpa....akhirat masuk NERAKA JAHANAM...
Quote sueism 30-5-2014 04:39 AM
takut dengan bayang2 ke?? common lah byk aje cerita pelesu nie kat internet ,
Quote sueism 30-5-2014 04:40 AM
takkan lah internet nie hanya untuk porn aje ???
cerita pelesu kena hukum habis yg dok buat porn
tu tak nak hukum ke? siap doggie style lagi
Quote Al-Patih 30-5-2014 05:09 AM
surat khabar ..yang keluarkan berita fitnah ....masuk dalam kategori ni tak ....
Quote Acong 30-5-2014 05:50 AM
aku cadangkan hukuman babap bontot utk admin pelesu berikut:
Quote Acong 30-5-2014 05:50 AM
Al-Patih posted on 30-5-2014 05:09 AM
surat khabar ..yang keluarkan berita fitnah ....masuk dalam kategori ni tak ....

mana mungkin utusan menyiarkan fitnah melainkan kebenaran semata
Quote Al-Patih 30-5-2014 05:59 AM
Acong posted on 30-5-2014 05:50 AM
mana mungkin utusan menyiarkan fitnah melainkan kebenaran semata

melainkan ke ...atau ...selain ...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067928 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top