CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Erin Malek Jumpa Pakwe Baru Di Instagram

14-5-2014 09:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 87900| Komen: 442

Description: Erin Dan Redha Berjaya Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai Sebanyak Rm200,000 Selepas Bergelar Juara Program Fear Factor Malaysia Musim Kedua.

Erin mengakui dia kini sedang berada dalam fasa bahagia kerana sudah bertemu dengan lelaki idamannya.

KUALA LUMPUR: Juara program Fear Factor Malaysia musim kedua, Erin Malek mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai 'F' sejak empat bulan lalu selepas bertemu di laman sosial Instagram.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, dia tidak menyangka bertemu dengan lelaki tersebut menerusi laman sosial itu selepas setahun dia memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya.

"Permulaan kami agak lucu apabila kami bertemu di Instagram selepas saya secara tidak sengaja melihat profilnya dan dari situ kami mula berkenalan menerusi internet.

"Bagaimanapun kesibukan kami dengan kerjaya masing-masing membuatkan hasrat untuk berjumpa sering tergendala sehinggalah pada suatu hari kami bersetuju untuk bertemu dan segala-galanya bermula pada saat itu," jelasnya kepada mStar Online.

Erin ditemui ketika menghadiri majlis tayangan episod kemuncak Fear Factor Malaysia (FFM2) musim kedua yang diadakan di Restoran Picknik di Publika di sini pada Ahad.

Pelakon itu muncul sebagai juara FFM2 bersama pasangannya Redha sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.


 

Erin dan Redha berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 selepas bergelar juara program Fear Factor Malaysia musim kedua.

Dalam pada itu, Erin berkata, biarpun jarak usia mereka berbeza sebanyak 10 tahun namun dia selesa berkawan dengan lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai seorang yang matang, romantik dan penyayang.

Malah Erin turut menyifatkan 'F' sebagai cinta hatinya dan memberitahu sudah bersedia untuk menamatkan zaman solonya dengan lelaki itu biarpun masih muda.

"Saya tertarik dengan kematangannya sebagai seorang lelaki dan paling penting dia tidak menghakimi tentang apa juga gosip dan cerita kurang enak mengenai saya sebelum ini.

"Pada tahap ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan soal umur bukan satu masalah kerana paling penting kita bertemu dengan orang yang tepat dan sesuai.

"Berdasarkan pengalaman lalu saya sudah malas untuk bercinta lama-lama kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana dan 'F' adalah cinta hati yang melengkapi diri saya sebagai seorang wanita," tuturnya.

Pun begitu kata Erin, itu bukan bererti dia akan berkahwin dalam masa terdekat sebaliknya sebagai seorang dewasa dia realistik dengan keadaan dan meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Bagaimanapun dia tidak menafikan ada berbincang tentang soal perkahwinan dengan teman lelakinya sebelum ini dan berharap peminat mendoakan kebahagian mereka berdua.

Dalam perkembangan lain, Erin berkata, selain bakal muncul dengan musim terbaharu drama bersiri Misiku Kuza bersama Arja Lee dan Hairul Azreen, dia juga akan terlibat dengan beberapa buah telefilem dan drama bersiri sehingga penghujung tahun ini.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan semakin murah tambah-tambah lagi selepas kejayaan Misiku Kuza dan program Fear Factor Malaysia," jelasnya.
12

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aireen24 13-5-2014 01:00 AM
Er...xde orang nk sound kt ko ke pasal thread ni? Terdapat pertindahan ni..lol
Quote maxim 13-5-2014 01:03 AM
aireen24 posted on 13-5-2014 01:00 AM
Er...xde orang nk sound kt ko ke pasal thread ni? Terdapat pertindahan ni..lol

err..kat mana ada artikel ni..aku carik x jumpa
Quote aireen24 13-5-2014 01:05 AM
maxim posted on 12-5-2014 05:03 PM
err..kat mana ada artikel ni..aku carik x jumpa

Kan ada thread erin redha menang fear factor..hahaha..
Quote maxim 13-5-2014 01:07 AM
aireen24 posted on 13-5-2014 01:05 AM
Kan ada thread erin redha menang fear factor..hahaha..

noks ni psl bf baru die k..
Quote senahsanasini 13-5-2014 01:11 AM
Instagram, like seriously??

Agak2nye laki tu komen cemana yeee...
Quote munchkin 13-5-2014 01:15 AM
suka plak dia berlakon cerita goreng kuetiow
Quote canna 13-5-2014 01:23 AM
Bf baru dia anak mofaz..... Farizz fauzy mofaz
Quote kakikuDibibirmu 13-5-2014 01:29 AM
ramai jah yang tak puas hati maksim bukak thread
Quote fezy 13-5-2014 02:12 AM
canna posted on 13-5-2014 01:23 AM
Bf baru dia anak mofaz..... Farizz fauzy mofaz

cheh. ko betul bf dia anak toke mofaz tu, aku pun x kisah jumpa 4 bulan terus diskas pasal nikah.
byklah tertarik pasal kematangan. macam2.
Quote canna 13-5-2014 02:28 AM
fezy posted on 13-5-2014 02:12 AM
cheh. ko betul bf dia anak toke mofaz tu, aku pun x kisah jumpa 4 bulan terus diskas pasal nikah.
...

Memang confom si farizz anak tokey mofaz tu bf dia. Ko pegi je insta dia..... !!

Terpikat dgn kematangan la sangatttt..!!  Anak jutawan tuu..!

Quote maxim 13-5-2014 02:48 AM
canna posted on 13-5-2014 02:28 AM
Memang confom si farizz anak tokey mofaz tu bf dia. Ko pegi je insta dia..... !!

Terpikat dgn k ...

F konon


Quote beta_carotene 13-5-2014 06:50 AM
maxim posted on 13-5-2014 01:48 AM
F konon

eja career pun salah? tak reti english then why terhegeh2 nk speaking?

Quote aechae 13-5-2014 06:56 AM
klu rakyat biasa dh kna kata mcm2 dh sbb knal thru media sosial ni.....


oh, ank org kaya keee....no wonder
Quote offwhite 13-5-2014 07:01 AM
sapa jutawan mofaz..business apa...
Quote aikee04 13-5-2014 07:03 AM
Tiba2 je byk pulak thread pasal sweet erin...
Quote hanakikan 13-5-2014 07:05 AM
Tepek la pic bf dia tu nak tgk rembes ke tak
Quote kakikuDibibirmu 13-5-2014 07:11 AM
kalau boleh yang shirtless
Quote maxim 13-5-2014 07:20 AM
hanakikan posted on 13-5-2014 07:05 AM
Tepek la pic bf dia tu nak tgk rembes ke tak


Quote maxim 13-5-2014 07:21 AM

Lihat semua komen(442)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.092911 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top