CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuarters Guru Di Samun

2-5-2014 03:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14590| Komen: 103

Description: Sementara Itu, Polis Sedang Giat Menjalankan Ops Rantau Dan Berusaha Menjejaki Suspek Yang Dipercayai Warga Indonesia Berdasarkan Dialek Bahasa Yang Digunakan Ketika Kejadian.

Gambar hiasan


Kapar: “Tolong jangan pukul suami saya, dia tidak sihat”, rayu Suhana Mahbob, 34, apabila melihat suaminya dipukul empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya dalam kejadian samun di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan Meru 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, empat lelaki dipercayai warga asing memecah masuk ke kediaman itu dengan memotong mangga sebelum mengumpil pintu jeriji di hadapan rumah.


Kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang kemudian melarikan wang tunai berjumlah RM2,000, gelang tangan dianggarkan bernilai RM3,000 dan dua telefon bimbit.


Suhana berkata, ketika kejadian, suaminya Azhar Ahmad Mokhtar, 34, baru melelapkan mata selepas menonton televisyen bersama dua anaknya sebelum terdengar bunyi bising di tingkat bawah rumah.


Katanya, suaminya yang curiga dengan bunyi bising berkenaan kemudian ke tingkat bawah untuk melihat apa yang berlaku.


“Sebaik melihat kelibat orang di pintu depan rumah, suami saya segera naik semula dan meminta saya menelefon polis untuk mendapatkan bantuan.



Saya tidak sempat memaklumkan alamat rumah kepada polis kerana lelaki berkenaan segera menceroboh masuk ke dalam bilik dan mematikan panggilan telefon itu.


“Kerana risaukan keselamatan suami yang dipukul dengan pemotong besi, saya merayu agar suami saya tidak diapa-apakan memandangkan suami juga ada penyakit jantung berlubang,” katanya.


Beliau berkata, pada mulanya suaminya cuba melawan, tetapi lelaki itu bertindak agresif dengan mengikat tangan serta mengacukan parang ke leher dan segera mengarahkan suaminya menyerahkan wang serta barang berharga.


Suhana berkata, walaupun terpaksa menanggung kerugian, dia bersyukur kerana suami serta anaknya tidak dicederakan.


“Sebaik mendapat apa yang dihajati, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam itu segera melarikan diri.

Saya kemudian bergegas ke rumah jiran bagi menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, polis sedang giat menjalankan Ops Rantau dan berusaha menjejaki suspek yang dipercayai warga Indonesia berdasarkan dialek bahasa yang digunakan ketika kejadian.


Menurut sumber, pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) juga dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan dan mengumpul bukti.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

9

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bidacool 2-5-2014 07:53 AM
Kuarters guru bukan ke kebiasaan kt dlm kaw sekolah? Gi mana ni? Pak guard tido?
Quote xtahumenahu 2-5-2014 07:56 AM
kan best kalo dapat tembak seko2
Quote fifie_olin 2-5-2014 07:57 AM
nsb baik dia x bunuh sape2...
Quote induk 2-5-2014 08:03 AM
kalau korang nk renovate rumah jgn amik indon
dh byk berlaku, nanti dia org dh standby sengaja x rapatkan atap ke, tingkap ke
dia sengaja dh buat tanda kat situ, kita ni x perasan dia org buat camtu
nanti bila kita xde kat rumah dia setat la maling
ramai kawan2 aku dh terkene dengan indon pembuat rumat nih
biar amik cina dari indon nih...
Quote haryatie 2-5-2014 08:04 AM
menakutkan..susah nya sekarang ni..
minta dijauhkan jgn sampai msuk dlm rumah..
aku smpai ari ni fobia giler...
last week kena samun ngan indon ..
ugut aku jugak..klau menjerit@melawan dia nk tikam ...
x tau nk duk kat mana..smua tempat  x selamat...


Quote Babai 2-5-2014 08:08 AM
Elok tembak kasi mampos jer setan2 penjenayah dari endon ni. Buang masa je dakwa dakwi ni.
Quote chupachups 2-5-2014 08:09 AM
Makin lama makin tertekan duduk kat malaysia nie..
Quote induk 2-5-2014 08:13 AM
aku suka skodeng fb n IG org indon
aku tgk dia org ni suka sgt post msg ni “Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat"
aku rasa sebab tu la dia orang merompak rumah orang sebab mungkin dia rasa merompak x jahat...
Quote xpdckelate 2-5-2014 08:19 AM
aman malaysiaku
Quote mjla 2-5-2014 08:21 AM
Indon dgn maling berpisah teda.

Sinetron Indon pun byk kisah maling....
Quote imransulaiman 2-5-2014 08:21 AM
Kuarters guru pun kena ceroboh??
Quote linnytuckming2 2-5-2014 08:21 AM
Pihak berkuasa malaysia masih xboleh track alamat panggilan ke?zaman teknologi kura2 apakah ini???
Quote abas8888 2-5-2014 08:23 AM
induk posted on 2-5-2014 08:03 AM
kalau korang nk renovate rumah jgn amik indon
dh byk berlaku, nanti dia org dh standby sengaja x ra ...

ada lagi ke cina buat kerja kontrak? bukan depa pun subcon kat indon ke? kalau buat bangunan memang indon je yg dapat dilihat..
Quote induk 2-5-2014 08:28 AM
abas8888 posted on 2-5-2014 08:23 AM
ada lagi ke cina buat kerja kontrak? bukan depa pun subcon kat indon ke? kalau buat bangunan meman ...

ada lagi cina buat keje kontrak
kalau aku, aku tanya siapa yg akan buat
kalau dia bg indon, aku kata aku cr org lain


Quote naina 2-5-2014 08:28 AM
bidacool posted on 2-5-2014 07:53 AM
Kuarters guru bukan ke kebiasaan kt dlm kaw sekolah? Gi mana ni? Pak guard tido?

Kuaters guru ni maybe mcm kuaters kerajaan lain kot.bukan dlm kawasan sekolah
yg dlm kaw skolah tu rumah warden.
Quote naina 2-5-2014 08:29 AM
Tulah..nyampahla anak2 buah aku suka kwn ngn indon caprut
pahtu ajak p umah bapak aku
mana org xsngka bukan2 klu brg hilang
Quote nexusys 2-5-2014 08:29 AM
kat ameriki dan oz... bila ko buat panggilan, terus boleh trek kat mana ko berada... urban abis..

mesia boleh nak wat, tapi duit selalu tak cukup nak wat...
Quote naina 2-5-2014 08:31 AM
haryatie posted on 2-5-2014 08:04 AM
menakutkan..susah nya sekarang ni..
minta dijauhkan jgn sampai msuk dlm rumah..
aku smpai ari ni f ...

Siannya ko.kena rompak kt umah gkke?
Tula aku slalu riso n trbyg2 klu pencuri msuk
cmnelah nk lwn dgn kederat org tua aku yg xbpe larat
slalu doa mnx dijauhkanla menda2 ni
Quote BotakChinPeng 2-5-2014 08:37 AM
Dasar indon babu

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.071747 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top