CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja pecah rumah diberkas

3-7-2013 10:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3291| Komen: 0

Description: SHAH ALAM – Taktik remaja memanjat bumbung untuk pecah kedai runcit gagal apabila dua daripada tiga anggota kumpulan itu ditangkap polis di Kampung Subang di sini, semalam.
SHAH ALAM – Taktik remaja memanjat bumbung untuk pecah kedai runcit gagal apabila dua daripada tiga anggota kumpulan itu ditangkap polis di Kampung Subang di sini, semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 16 tahun itu ditangkap semasa berada di atas bumbung kedai runcit berkenaan, kira-kira jam 3.28 pagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Suprintendan Junaidi Bujang berkata, dua remaja warga tempatan itu mengaku pernah melakukan perbuatan berkenaan di tiga rumah di kawasan sama.

“Dengan tertangkapnya dua suspek itu, kita berharap dapat menangkap seorang lagi pencuri dipercayai dari kumpulan sama telah meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar kawasan itu.

Katanya, polis turut merampas wang tunai hampir RM227 dan 30 kotak rokok pelbagai jenama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan pecah rumah.


4

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053953 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top