CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spiderman Kantoi Pecah Rumah

19-1-2015 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7871| Komen: 26

Description: Niat Jahat Seorang Lelaki Berlagak ‘Spider-Man’ Mahu Memecah Masuk Rumah Mangsanya Di Taman Kinrara Di Sini Terbantut Apabila Dia Terlebih Dahulu Dicekup Polis, Lewat Malam Kelmarin.
Spiderman Kantoi Pecah Rumah



SERDANG
– Niat jahat seorang lelaki berlagak ‘spider-man’ mahu memecah masuk rumah mangsanya di Taman Kinrara di sini terbantut apabila dia terlebih dahulu dicekup polis, lewat malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, suspek memanjat rumah teres satu tingkat dan cuba untuk masuk melalui bumbung.

Sumber berkata, tindak-tanduk suspek disedari pemilik rumah yang terdengar bunyi pergerakan di atas bumbung rumahnya.

Mangsa melihat suspek leka membuka atap rumahnya untuk membolosi masuk melalui ruang siling.

Tanpa berlengah, mangsa segara menghubungi balai polis untuk membuat laporan.

Suspek yang menyedari perbuatannya berjaya dihidu pemilik rumah terjun dari atas bumbung dan bersembunyi di bahagian belakang rumah mangsa.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Mangsa menunjukkan di mana suspek bersembunyi yang seterusnya berjaya diberkas polis,” katanya.

Hasil pemeriksaan, suspek berusia 34 tahun dan beralamat di Ampang itu mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Ia termasuk bersabit kes samun dan pernah beberapa kali dihukum kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Pemeriksaan selanjutnya menemukan polis dengan sebuah beg hitam di pinggang suspek berisi peralatan dipercayai untuk melakukan jenayah pecah rumah.

“Barang rampasan termasuk pemutar skru, sepana, playar, dua utas jam tangan, lima telefon bimbit dan suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya. 


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 17-1-2015 03:29 PM
Sumpah tu bukan saya!!!!!
Quote Mary_jane 17-1-2015 03:33 PM

Xde pn org suspek u spidey. Tp terasa plak.
Quote jojo67 17-1-2015 03:34 PM

Tadi terbaca kat kedai makan laksa....teringat spider....
Quote dubuk 17-1-2015 03:35 PM
sudah tahu ada bunyi bunyi lagi mahu masuk ka

dia fikir orang banyak bodoh
Quote highcastle 17-1-2015 03:36 PM
Member aku tulis Spiderman --> SPY THE MAN ..............
Quote Decaffeinated 17-1-2015 03:37 PM

ha ha ha...

masuk pun sebab nampak tajuk Spiderman...



Quote Cik_Andak 17-1-2015 03:38 PM
Mujur tuan umh sedar....
Quote macai 17-1-2015 03:54 PM
nampak dari photo akak speku mamat tu kelly
Quote fcl29 17-1-2015 04:10 PM

hahahhaahha.... laje je membela diri
Quote Syd 17-1-2015 04:26 PM

kalau badan ketak-ketak mcm neh?


Quote buragazz 17-1-2015 04:29 PM
Kelly Ng ker...
Quote Vellfire 17-1-2015 07:33 PM
spiderman80 replied at 17-1-2015 03:29 PM
Sumpah tu bukan saya!!!!!

Hahaha ada ke org tuduh awak
Quote spiderman80 17-1-2015 07:46 PM
Vellfire replied at 17-1-2015 07:33 PM
Hahaha ada ke org tuduh awak

Saja standby...
Quote ice_sky92 17-1-2015 07:51 PM
Yenna yenni?
Quote Modngengade 17-1-2015 08:34 PM
Spiderman versi rentung
Quote Bedah.Cun 17-1-2015 08:40 PM
[youtube]q1ro_Y4E3iM[/youtube]


Quote Bedah.Cun 17-1-2015 08:44 PM
[youtube]8QPbqNANFRs[/youtube]



Quote Bedah.Cun 17-1-2015 08:50 PM
Aruppee yeduthe pundaingge punde sette...ommale okke...tevediya pundegile...pare punde..kuthi rangi punde...ponqedi tevudiya pundeqela... tevadiyaa pundamavalanga ponne punde...kutti arepe di unggeleke
Quote damian_lee 17-1-2015 09:35 PM

ingatkan ...... hihihihihi ... kesian ....

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.183067 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top