CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Tahun Hidup Tanpa Pakaian

19-1-2015 12:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5443| Komen: 17

Description: Adun Teruntum, Sim Chon Siang, Berkata, Beliau Mendapat Aduan Daripada Orang Ramai Yang Tidak Selesa Melihat Ah Sang Merayau-Rayau Di Kawasan Itu Dan Mohon Agar Pihak Bertanggungjawab Tampil Menyelesa ...
10 Tahun Hidup Tanpa Pakaian


KUANTAN – Selepas lebih sepuluh tahun hidup bergelandangan, seorang lelaki kurang siuman akhirnya dibawa oleh pihak polis ke hospital dan kini ditempatkan di Wad Dahlia Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Lelaki yang berumur dalam lingkungan lebih 50 tahun itu dikatakan sering merayau-rayau di kawasan Galing dan di Jalan Beserah dalam keadaan separuh bogel.

Dia yang dikenali sebagai Ah Sang bagaimanapun tidak pernah mengganggu orang ramai, tetapi membuatkan penduduk sekitar takut terserempak dengannya yang tidak berbaju dan seluar.

Adun Teruntum, Sim Chon Siang, berkata, beliau mendapat aduan daripada orang ramai yang tidak selesa melihat Ah Sang merayau-rayau di kawasan itu dan mohon agar pihak bertanggungjawab tampil menyelesaikan perkara ini.


“Saya dihubungi oleh seorang penduduk yang  tidak selesa melihat Ah Sang merayau-rayau dalam keadaan separuh bogel itu.

“Sejurus selepas dihubungi, saya terus ke lokasi Ah Sang berada dan memujuk dia untuk memakai baju dan seluar yang saya beli.

“Bagaimanapun, pujukan saya tidak berhasil tetapi tidak bertindak agresif,” katanya.

Chon Siang seterusnya menghubungi pihak polis untuk bantuan membawa Ah Sang ke hospital untuk rawatan dan pemerhatian pihak berwajib.

“Walaupun dia tidak mengganggu orang ramai, keadaan fizikal dia seperti itu mendatangkan rasa takut dan tidak selesa kepada orang ramai.

“Tambahan pula, kawasan yang dia sering merayau-rayau itu adalah kawasan umum yang selalu dikunjungi orang ramai termasuk pelancong asing,” katanya.

Ah Sang sebelum ini dikatakan tinggal di bawah jambatan galing sebagai kediamannya untuk tidur dan berehat selepas seharian merayau.

Justeru itu, Chon Siang berharap agar pihak bertanggungjawab turun padang melihat keadaan orang-orang kurang siuman seperti Ah Sang untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, walaupun tidak menimbulkan masalah, emosi orang kurang siuman seperti ini tidak dapat dijangka yang mungkin boleh menyebabkan masalah lain berlaku.

Tambahan pula, bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan bandar Kuantan, pihak berwajib harus peka terhadap situasi sekeliling bagi menjaga imej kawasan sekitar. 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 17-1-2015 03:45 PM
10 tahun baru boleh bawak ke hospital?
Quote noor2 17-1-2015 04:07 PM
Kesiannya.....
Quote crystel 17-1-2015 04:39 PM
Kesiannya.....
Quote spiderman80 17-1-2015 05:05 PM
Gambar ini bakal dijadikan bahan koleksi Puan Botakchinpeng untuk membuktikan kaum Cina miskin hina.
Quote Modngengade 17-1-2015 07:40 PM
Takut sgt bila bertembung dgn org gila ni
Quote melinda_kerr 17-1-2015 07:43 PM
Kesiannya.. Selama bertahun2 baru ada ihsan nk dibawak?
Quote CrowneGlory 17-1-2015 07:50 PM
Efficientnya amik masa 10 thn paling pantas masukkan dia ke hospital...

Quote Mary_jane 17-1-2015 08:53 PM
Ini edisi jejak kasih. Dh 10 tahun ahsang berkeliaran bru skg ketemu.
Quote pooh~key 17-1-2015 08:55 PM
badan sihat. apa yang dia makan selama ini?
Quote IENARI0421 18-1-2015 11:08 PM
dh sepuluh thun dy mcm tu. skrg bru nk bwk ke hospital.. kenapa x 8thun yg lalu or 10 thun yg lalu??
kesian kt dy tido bwh jmbtn je..


Quote mak_wa95 18-1-2015 11:53 PM
akhirnya...
Quote qronaldo7 19-1-2015 12:27 PM
orang yang sakit mental betul lambat pulak bertindak.

nasib la xde ape2 jadi

Quote bangcak 19-1-2015 01:17 PM
CrowneGlory replied at 17-1-2015 07:50 PM
Efficientnya amik masa 10 thn paling pantas masukkan dia ke hospital...

10taon adalah jauh berganda2 lebih pantas/cekap dan efisyen berbandin negara
lain yg mengambil masa 15-20 taon

harap maklum
Quote Mary_jane 19-1-2015 02:04 PM
bangcak replied at 19-1-2015 01:17 PM
10taon adalah jauh berganda2 lebih pantas/cekap dan efisyen berbandin negara
lain yg mengambil ma ...

Negara mana yg tu yg lgsg xefisyen smpai amk masa 20 taon? Msia mmg terbaik di mata dunia, dh diakui.
Quote bangcak 19-1-2015 02:41 PM
Mary_jane replied at 19-1-2015 02:04 PM
Negara mana yg tu yg lgsg xefisyen smpai amk masa 20 taon? Msia mmg terbaik di mata dunia, dh diak ...

rwanda, dafur, timor leste
Quote sabunkk 19-1-2015 03:09 PM
10 tahun pun tak ada org ambil tindakan
Quote kendoff 20-1-2015 12:16 AM
org gila nie memang bahaya..
takut aku..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.068675 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top