Ashraf Muslim menzahirkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk membawa deligasi malaysia mengerjakan umrah. Berkongsi mengenai perkara itu di Instagram, Ashraf teruja mengatakan bahawa kumpulannya merupakan yang pertama dari Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut di tanah suci Mekah. "Tiada kata yang boleh terucap dengan Allah SWT. selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini. "Ya Allah, rasa macam tak percaya. Ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang ku sayang serta harta bendaku ya Allah," antara coretannya. Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan Ashraf dipermudahkan. Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya mereka yang lengkap dos vaksin yang diluluskan negara itu boleh menunaikan umrah dan melawat dua masjid suci di Mekah dan Madinah, lapor Gempak. - CARI
|
Rdizz replied at 13-10-2021 03:57 PM
Berapa agaknya kos umrah post covid, masih baru lagi mesti sop ketat dan mahal gilerrr. Org kebanyak ...
R2D2 replied at 13-10-2021 05:30 PM
ni team pertama
Ashraf agensi mana?
tompie replied at 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vak ...
haruslah replied at 13-10-2021 06:01 PM
Bukan sinovac haritu pun dah boleh ke?
Kat mana ntah iols baca..
Arab saudi dah izinkan
Julia20 replied at 13-10-2021 04:41 PM
Saya baru tengok Andalusia punya promo, kalau duduk Kat Safwah di Makkah, harganya RM8890, kalau h ...
tompie replied at 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vak ...
Rdizz replied at 13-10-2021 08:24 PM
Oooo, naik sikit ja dgn rega 2018, hotel makkah tower. Makkah tower sebelah safwah. Mungkin bil ha ...
chandrahusin replied at 13-10-2021 05:56 PM
yg baju putih tu ke Ashraf Muslim?
ADVERTISEMENT