CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hidup 8 Beradik Gelap Ibu Ugut Bunuh Diri Tak Percaya Dicabul Bapa

4-10-2021 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4350| Komen: 16

Kelam dunia lapan gadis yang mendakwa menjadi mangsa cabul bapa kandung.

Kisah meruntun hati ini dikongsikan seorang pengikut personaliti TV3 Ahmad Fedtri Yahya.


Kredit foto: IG Fedtri


Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu, gadis ini mendakwa hampir semua adik-beradiknya menjadi mangsa cabul bapa mereka. 

Lebih parah apabila ibu mereka seolah-olah tidak percaya dengan dakwaan tersebut dan menyatakan adiknya hanya bermimpi ketika mengadu kepada wanita itu.

Mengulas lanjut, gadis ini akui buntu dengan apa yang telah terjadi ditambah pula bapanya yang dipercayai seorang pedofil dan tidak bertanggungjawab apabila mengugut tidak akan memberi wang belanja untuk persekolahan mereka.

Walaupun masa sudah berlalu, dan adik-beradiknya yang lain sudah mendirikan rumah tangga namun, insiden tersebut masih menjadi mimpi ngeri buat mereka lapan beradik.


Lebih menyakitkan hati apabila ibu mereka menyuruh lapan beradik itu memaafkan lelaki terbabit dan mentaatinya.

Tidak cukup dengan itu, ibu mereka diuji dengan penyakit strok dan lelaki berkenaan sempat ‘membomohkan’ isteri sendiri dengan harapan boleh membuatkan keluarga mereka bahagia. 

"Saya tunggu adik-adik keluar jauh dari abah. Saya beli rumah untuk mak supaya hidup dia tak terabai. Ayah dah jual semua harta pusaka dia dan balik ke rumah isteri pertama dia," dedahnya.


Kredit foto: Twitter

Bercerita lanjut, bapanya juga dipercayai sama sekali tidak meninggalkan harta buat mereka adik-beradik, yang ditinggalkan hanyalah trauma dan hutang.


Sumber: OHBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 4-10-2021 07:36 PM
Ni bkn ayah
Ni dajjal
Quote chandrahusin 4-10-2021 08:01 PM
sial pya jantan
siap aman2 balik rumah bini pertama
Quote lattehazelnut 4-10-2021 08:51 PM
Nak sgt suami org kan..
Dpt pedo dgn tak bertangjawab..
Quote matjerk 4-10-2021 09:13 PM
Org begini.. memang seharusnya dibantu. Bagus adik2 dia pandai... harap ada bantuan kerajaan jugak.  
Quote None68 4-10-2021 09:32 PM
Bapak satu hal..maknya pun, tu dah stroke suami pun lari.
Quote Zazama 4-10-2021 09:40 PM
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Semoga Allah rezekikan mereka yg teraniya ini kekuatan mental. Amin..
Quote LautBiru52 4-10-2021 09:59 PM
Selfish mak dia. Kesian anak2. Sudahnya ko sakit ape pun takde makcik. Laki ko pun dah cabut lari
Quote manjalara_01 4-10-2021 10:12 PM
Baru je tgk movie versi mat saleh. Stress sgt {:yameteh
[youtube]mhaHqgkaVO8[/youtube]
Quote mamastoney 4-10-2021 10:19 PM
Sejenis yg sayang laki berbanding anak2. Duhai ibu2, kqlo anak ko ckp dia mangsa cabul ahli keluarga, tolong percaya, tolong siasat. Dah byk sgt kan kes haruan makan anak, kes sumbang mahram.  
Quote untoldname 4-10-2021 10:30 PM
Eeii geram btul ngan mak bapak dier...anak pompuan dah lah berderet...si bapak sedap je bleh pilih mane satu yg dier nak...dapat bini plak bengap..tak bleh terima kenyataan...dah lah ngko tu bini no.2 branak plak ramai... pastu tak keje plk tu...harapkan duit tok laki...
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 12:58 AM
Alaahaiii keluarga orang...

Mak ayah memasing mintak maki
Sorang lebihkan totey
Sorang lagi haruan makan anak
Quote Supersirap 5-10-2021 06:47 AM
Kasihan nasib anak-anak tersebut disebabkan perbuatan si bapa, dan si mak pula x dapat terima kenyataan, yang menjadi mangsa anak-anak
Quote Fortiori02 5-10-2021 07:10 AM
Ayah ngn mak sama2 penjenayah. Pak pedo, mak pulak bersekongkol ngn pedo. Harap dua2 jahanam tu terima balasan.
Quote hasniey 5-10-2021 04:19 PM
Kenapa eh mak mcmtu?mak kan patutnya sayang anak2 lebih dr segalanya
Tp kenapa ramai mak yg sanggup anak kene rogol dgn bapak sendiri dr report polis?hilang ke rasa syg pd anak2? hilang ke rasa kesian?
Quote KamikuP 6-10-2021 02:32 PM
manjalara_01 replied at 4-10-2021 10:12 PM
Baru je tgk movie versi mat saleh. Stress sgt {:yameteh

Apa tajuk citer tu sis? Mohon share yunk
Quote manjalara_01 7-10-2021 07:45 PM
Edited by manjalara_01 at 7-10-2021 07:46 PM
KamikuP replied at 6-10-2021 02:32 PM
Apa tajuk citer tu sis? Mohon share yunk


Klik je tu full movie. Psl kakak & adik kena sexual abuse dgn bapak they all masa kecik. Tp kakak die ni baru dpt ingat balik lepas die kawin & dpt baby. Sbb masa tu bapak die bg hadiah kuda soft toy pd baby tu. Tu yg teringat balik..nightmare tu. So die sungguh2 usaha nk selamatkan niece die dari terus jd mangsa bapak die.

Tp mcm biase mak x bleh harap bapak lg in denial t list goes on..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047170 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top