CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marina Kongsi Hidup Sebagai Anak Mahathir Dalam Buku

5-10-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5023| Komen: 27

Description: Anak bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Datin Paduka Marina Mahathir dijadual menerbitkan buku menceritakan kehidupannya sebagai anak perempuan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anak bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Datin Paduka Marina Mahathir dijadual menerbitkan buku menceritakan kehidupannya sebagai anak perempuan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berkongsi di media sosialnya, Marina memaparkan kulit buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk The Apple and the Tree, Life as Dr. Mahathir’s Daughter.



Kredit foto: FB

Buku tersebut bakal dilancarkan pada November ini dan tempahan awal boleh dibuat secara dalam talian.

Marina yang dilahirkan pada 9 Jun 1957 merupakan anak sulung kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Selain Marina, pasangan negarawan itu mempunyai 6 anak yang lain termasuk tiga anak angkat.

Marina mendapat pendidikan di University of Sussex, London. Beliau pernah berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Perancis dan mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Ineza.


Pada 7 Jun 1998, beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tara Sosrowardoyo yang merupakan seorang  jurugambar profesional. Hasil perkahwinan ini, beliau mendapat anak lelaki dan perempuan iaitu Haga Tara dan Sharistal Maryada Sosrowardoyo.

Beliau merupakan seorang aktivis sosial di Malaysia dan mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.


Kredit foto: FB

Pada 5 Oktober 2010 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganugerahkan gelaran “Tokoh Sepanjang Tahun 2010” kepada Marina atas kegigihan dan usahanya memperjuangkan hak kaum wanita serta sentiasa lantang dalam berkempen tentang kesedaran HIV dan AIDS.
 
The Apple and the Tree, Life as Dr Mahathir’s Daughter merupakan buku pertama beliau menceritakan kehidupannya sebagai anak Dr Mahathir kepada umum.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-10-2021 02:12 PM
dia ader column dlm the star (x salah akulah)..aku suka baca...dululah...
Quote mclaren 5-10-2021 03:15 PM
musangbodoh: dia ader column dlm the star (x salah akulah)..aku suka baca...dululah...



Musings kan... eh nak sama pulak nama kolum dia dengan your nick ha ha


Dah bertahun2 tak baca kolum dia.
Quote becir 5-10-2021 03:23 PM
Untung Marina, at this age dua2 parents masih ada lagi nak bermanja
Quote sharlenetexas 5-10-2021 03:26 PM
Tak rasa nk buat koleksi

Quote helicornia 5-10-2021 04:30 PM
becir: Untung Marina, at this age dua2 parents masih ada lagi nak bermanja

Kan..family dorang ni mmg panjang2 umo
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 04:49 PM
I mean, kalau ayah iol tun M
I'm set for life
Quote kakikuDibibirmu 5-10-2021 07:26 PM
Sardin Marina sangatnya tak sedap
Quote dani-rox 5-10-2021 07:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2021 07:26 PM
Sardin Marina sangatnya tak sedap

tp beef balls dia boleh tahan enak. kenyal2 gituh
Quote makadek 5-10-2021 07:39 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2021 07:26 PM
Sardin Marina sangatnya tak sedap

Mmg brand dia ke

Ngan marina resort tu
Quote kakikuDibibirmu 5-10-2021 07:41 PM
makadek replied at 5-10-2021 07:39 PM
Mmg brand dia ke

Ngan marina resort tu

Dolu-dolu akak syak Marinara Tower tu pun milik beliyau kekdahnya
Quote makadek 5-10-2021 07:42 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2021 07:41 PM
Dolu-dolu akak syak Marinara Tower tu pun milik beliyau kekdahnya

Aku google tak kua lak nama depa
Quote Tinot7 5-10-2021 09:17 PM
minah ni pandai berucap, mcm apaknya.. tapi tak reti goreng org jahh...
Quote dua_chzy 5-10-2021 09:20 PM
musangbodoh replied at 5-10-2021 02:12 PM
dia ader column dlm the star (x salah akulah)..aku suka baca...dululah...

Sama. Sekarang dah tak baca sebab The Star dah tak jual di daerah aku ni.
Quote SpyLeman 6-10-2021 09:20 AM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2021 07:41 PM
Dolu-dolu akak syak Marinara Tower tu pun milik beliyau kekdahnya

Marinaratower tu milik marina yusuf omaknta ida nerina
Quote Orix 6-10-2021 09:25 AM
bru jah pre-order kt mph jap tadi.... so far pernah dgar cite dari mukhriz tentang perangai apaknya masa dia masih sekolah dlu je... itupun sikit2 je... katanya apak dia kalau marah, apak dia diam je... tapi semua org dlm family dia boleh faham bila apak dia marah...
Quote ipes2 7-10-2021 04:32 AM
'the apple doesnt fall far from the tree'', membawa makna skills / talents seorang parent diwarisi anak2nya.. i dont know who marina is, but does she have similar attributes to her dad? if she does, she could use the expression seen in the image above
Quote cmf_premierleag 7-10-2021 01:44 PM
teringin nak tgk lagi sorang anak Tun M, Melinda Mahathir
tp mmg low profile sgt
Quote isbritneybich 7-10-2021 02:11 PM
terpaksa letak muka bapaknya. capitalise sangat kan

movie pasal PH menang tu dah berapa award dapat and pecah panggung ke
Quote Normabaru 7-10-2021 10:52 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-10-2021 09:41 PM
Dolu-dolu akak syak Marinara Tower tu pun milik beliyau kekdahnya

tu mak eda nerina punya..nama je sama.marina

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.354562 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top