CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Catur Wanita Bengang Ditaja Klinik Bedah Payudara

5-10-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2966| Komen: 2

Description: Tajaan dalam acara sukan bukanlah satu perkara asing. Namun, beberapa atlet catur wanita meluahkan rasa marah apabila organisasi sukan itu menjalin kerjasama dengan sebuah klinik yang menawarkan perkh ...
Tajaan dalam acara sukan bukanlah satu perkara asing. Namun, beberapa atlet catur wanita meluahkan rasa marah apabila organisasi sukan itu menjalin kerjasama dengan sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan bedah payudara.


Kerjasama dan tajaan antara syarikat teknologi perubatan Established Labs dengan Federasi Catur Antarabangsa (Fide) diumumkan awal minggu ini.


Gambar hiasan

Fide turut mengumumkan tajaan itu akan berterusan sepanjang tahun 2022, lapor Daily Star.

Pemain catur Jerman, Elisabeth Paehtz meluahkan rasa kurang senang dengan kerjasama itu.

"Sejujurnya, saya bersyukur jika ada yang mahu menaja sukan catur. Tapi, ia sepatutnya tidak dikaitkan dengan jantina, perkauman, dadah mahupun apa-apa yang berkaitan dengannya," katanya.

Selain bintang Jerman itu, beberapa pemain catur lain turut memberikan reaksi sama dan kurang senang dengan tajaan berkenaan.


"Catur melibatkan otak, bukan payudara," kata seorang lagi atlet. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 5-10-2021 02:18 PM
btol juga...tp ape salahnya..kan...lab tu bleh bg voucher buy 1 pree 1 kt atlet pompuan
Quote Guccibamboo 5-10-2021 10:05 PM
Makin ramai pempuan skrg menayang payudara kembung hasil injection hyaluronic acid

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036673 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top