CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elyana Pening Doktor Cadang Tukar Ubat Khas Berharga RM50,000

4-10-2021 06:18 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9214| Komen: 58|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga."
"Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga."

Demikian kata penyanyi Elyana berikutan disarankan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi.



Kredit foto: IG

Menurut Harian Metro, bagaimanapun Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, jika digunakan, kos rawatan yang akan dijalaninya pada Jumaat ini akan menjadi sangat tinggi kerana harga ubat itu terlalu mahal.

Katanya, harga ubat itu mencecah RM50,000 untuk satu rawatan dan dia perlu menggunakannya untuk lima kali rawatan.

"Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas," katanya dipetik dari Harian Metro.

Selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan.



Kredit foto: IG

"Badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.

"Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama," katanya.


Kredit foto: IG

Kesiannya Elyana, semoga terus kuat ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 4-10-2021 08:17 PM
Kesiannya dia. Kalau hosp kerajaan pun mahal jugak ke? Moga ada jalan untuk elyana.
Quote matbad 4-10-2021 08:35 PM
LadyCarefree replied at 4-10-2021 08:17 PM
Kesiannya dia. Kalau hosp kerajaan pun mahal jugak ke? Moga ada jalan untuk elyana.

tetap sama sbb dia bagitau berbincang dgn syarikat pengeluar ubat
Quote MatDeghem 4-10-2021 08:50 PM
Dah tu ambil anak angkat lagi....
Quote melinda_kerr 4-10-2021 08:56 PM
Kuat nya dia ni… sakit lagi hadap side effects lagi
Quote Zazama 4-10-2021 09:47 PM
Besar sungguh dugaan mu elyana. Semoga Allah rezekikan kemudahan dari sekecil2 hal hingga ke sebesar2 hal ya! Amin..
Quote bellaamsar 4-10-2021 10:09 PM
Tengok gambar baju pink tu kecik betul tangan dia sekarang. Moga terus kuat lawan penyakit
Quote untoldname 4-10-2021 10:32 PM
Tabah betul elyana ni... bertahun dah sakit, tapi still positif... harap positif sampai sembuh... aminn..
Quote eely_shana 4-10-2021 10:41 PM
semoga elyana kuat melawan penyakitnya n cepat sembuh
Quote timah03 4-10-2021 10:48 PM
Rasanya ctdk atau lindungan kaabah akan tolong dia....
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 01:09 AM
Moga terus kuat elyana
Quote LadyCarefree 5-10-2021 07:02 AM
matbad replied at 4-10-2021 07:35 PM
tetap sama sbb dia bagitau berbincang dgn syarikat pengeluar ubat

Mungkin sbb dia bukan b40 kot. Kalau b40 bil hospital macam mana pun tetap akan rendah kan?
Quote LadyCarefree 5-10-2021 07:02 AM
MatDeghem replied at 4-10-2021 07:50 PM
Dah tu ambil anak angkat lagi....

Yg ada tu semua anak angkat ke?
Quote opie5662 5-10-2021 09:15 AM
Hr tu die ckp pasal bil die insurans yg tanggung... Die nasihatkan org supaya amek insurans kan... Die jgk patut igt kan org yg insurans tak tanggung semua jgk.... Kene bgtau ape pro n cons... Kdg2 kesian ade org yg igt semua kene tanggung... Ujung2 kene cari duit jgk sbb ade yg tak dicover... Contoh nye mcm ubat ni. Agen2 mane mau cerita benda2 mcm ni...
Quote anggeriklatifah 5-10-2021 09:20 AM
LadyCarefree replied at 5-10-2021 07:02 AM
Yg ada tu semua anak angkat ke?

anak kandung dia nme sumayyah dah besar umur dlm 9-10 tahun

anak lagi sorang yg kecik permpuan tu anak angkat umur dlm 3 tahun rsenya

aku rse dia amek anak angkat kat si bainun dera bella tu

sebb dia ada bagi semangat kat bainun

aritu aku nmpk komen dia kat ig bainun

katanya '' el thu bainun tak salah...bla...blaa..''
terkejut aku dia kenal bainun

iols speku dia amek anak angkat kat si bainun tu
Quote naina 5-10-2021 10:15 AM
opie5662 replied at 5-10-2021 09:15 AM
Hr tu die ckp pasal bil die insurans yg tanggung... Die nasihatkan org supaya amek insurans kan... D ...

Ubat2 tu tak termasuk dalam bil insuran ek..tapi rm50k sekali sesi ayoo mahal wo. Habis kuota untuk setahun cmtu je..
Quote opie5662 5-10-2021 10:20 AM
naina replied at 5-10-2021 10:15 AM
Ubat2 tu tak termasuk dalam bil insuran ek..tapi rm50k sekali sesi ayoo mahal wo. Habis kuota untu ...

Yes... Mmg byk clause insiran yg terkecuali sebenarnye... Tp org igt semua include... Ejen selalu cerita yg manis2 je.. Yg mcm ni di sorrok2
Quote naina 5-10-2021 10:26 AM
opie5662 replied at 5-10-2021 10:20 AM
Yes... Mmg byk clause insiran yg terkecuali sebenarnye... Tp org igt semua include... Ejen selalu  ...

Lagi sadis kalau ingat masuk ward tu terus masukk. Hidden caj macam deposit dulu rm300-500 tak cerita..
Quote mamastoney 5-10-2021 10:49 AM
Tgk dia makan sebelum2 ni, mcm tk berpantang
Quote kucingitam 5-10-2021 11:16 AM
naina replied at 5-10-2021 10:26 AM
Lagi sadis kalau ingat masuk ward tu terus masukk. Hidden caj macam deposit dulu rm300-500 tak cer ...

haah betul... pastu tak bagitau pulak bed pun kadang kena que. kalau entitle utk bilik sorang pun kadang takde kosong kena masuk share bedding..
selalu ejen cerita pasal selesa je..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.601692 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top