"Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga."
Demikian kata penyanyi Elyana berikutan disarankan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi.
Kredit foto: IG
Menurut Harian Metro, bagaimanapun Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, jika digunakan, kos rawatan yang akan dijalaninya pada Jumaat ini akan menjadi sangat tinggi kerana harga ubat itu terlalu mahal.
Katanya, harga ubat itu mencecah RM50,000 untuk satu rawatan dan dia perlu menggunakannya untuk lima kali rawatan.
"Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas," katanya dipetik dari Harian Metro.
Selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan.
Kredit foto: IG
"Badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.
"aling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama," katanya.
Kredit foto: IG
Kesiannya Elyana, semoga terus kuat ya. - CARI |