CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kad Kahwin Pun Belum Keluar" - Wany Hasrita Tak Takut Kekasih Dicaras Orang

3-10-2021 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5835| Komen: 18

Pendirian penyanyi Wany Hasrita untuk tidak berkongsi identiti teman lelaki kepada umum sehingga kini bukan kerana takut 'dicaras' orang.

Jelasnya, selagi ikatan belum rasmi, dia tidak berani mendedahkan gerangan individu yang sedang bertakhta di hatinya itu. 


Kredit foto: IG Wany Hasrita

"Saya tiada niat nak merahsiakan identiti sebenar si dia, tapi saya banyak belajar daripada kesilapan sebelum ini yang pernah berkongsi dan muat naik foto di media sosial.

"Lagipun saya rasa untuk apa nak tayang kalau belum ada apa-apa yang rasmi. Saya pun takut nak beritahu kepada umum. 


"Apa yang saya katakan ini adalah pendapat peribadi saya kerana ada orang yang suka kongsikan momen bahagia mereka," katanya.



Menurut Wany, khabar angin yang mendakwa dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat adalah tidak benar.

"Tiada apa yang dapat saya kongsikan waktu ini kerana belum ada apa-apa yang rasmi. Kad kahwin pun tak keluar lagi.

"Tapi kalau sudah ada tarikh rasmi saya dengan suka hati akan beritahu kepada semua. Lagipun nak buat temu janji pernikahan di pejabat agama bukan senang sebab asyik penuh saja." katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar91 3-10-2021 02:07 PM
Congrates wany klu betul nak kwen.Tpo sheols still Ngan Abam pilot lagi tu ke?
Quote nakkomenjugak 3-10-2021 02:40 PM
Suka ko laa nyahhhhh
Moga berbahagia hendaknyaa
Quote nurul_akmar 3-10-2021 03:05 PM
Kalau dia tau pejabat agama asyik penuh je, meaning dh dekat la tu
Quote Acikgomen 3-10-2021 03:14 PM
Mawar91 replied at 3-10-2021 02:07 PM
Congrates wany klu betul nak kwen.Tpo sheols still Ngan Abam pilot lagi tu ke?

Congrats dikkkk bukan congrates
Quote Mawar91 3-10-2021 03:56 PM
Acikgomen replied at 3-10-2021 03:14 PM
Congrats dikkkk bukan congrates


Meols x perasan pon typo.Xpe wany x Bace pon
Quote eely_shana 3-10-2021 06:40 PM
Tahniah.smga segera ke jinjang pelamin
Quote JohnyEnglish 3-10-2021 06:45 PM
Jgn la kasitau org cpt wani.abg blm sedia nk hadap wartawan mjlh mangga.tp abg janji xkan biarkan diri abg dicaras oleh dayang nofaezah
Quote AKAZ85 3-10-2021 08:06 PM
Sape kekasih dia? Ex Qface yang dah jadi PTD tu ke? Kata sumber terapat dengan orang tu kata dah tunang senyap2
Quote mawardia 3-10-2021 08:49 PM
Tajuk nye punnnn
Quote LadyCarefree 3-10-2021 10:43 PM
Huntongla kalau kahwin pilot
Quote gideoncross 5-10-2021 07:36 AM
Retis Msia dgn issue psl brkhwin brpisah tiada.
Quote anony-mous 5-10-2021 08:18 AM
Ok la dia x share. Mcm kurang sesuai dgn imej dia bawak klau tayang2 pakwe ni. Tp jgn jd poyo mcm MF lepas kahwin nnti. Yy penting retis semua ni kena ambik pengajaran dari ruhainies klau i jd ruhainies mmg delete terus ig tu
Quote n3ar 5-10-2021 09:51 AM
elok la jangan tunjuk2...

karang putus ke apa, malu... jangan jadi cam artis2 kt malaysia ni, blum kawen blum apa bukan main pegang tangan g bercuti berjalan sana sini, ootd la apa..last2 putus
Quote irvene 5-10-2021 06:50 PM
anony-mous replied at 5-10-2021 08:18 AM
Ok la dia x share. Mcm kurang sesuai dgn imej dia bawak klau tayang2 pakwe ni. Tp jgn jd poyo mcm MF ...

kata nak kawen lepas kakaknya kawen. kakaknya dh selamat kawen setelah beberapa bulan tp dirinya masih belum kawen. harap si kemut edit gmbr2 nya seperti dibuat pada ex sebelum ini
Quote kakigojes 5-10-2021 07:28 PM
Bagus la begini. Gila kau orang ppuan nak canang, world I’m going to marry… si pihak laki karang krik krik pulak… diaorg artis pun ada hak untuk simpan beberapa perkara peribadi.. so netz dan wartawan, get a life! Ah gitu
Quote anony-mous 5-10-2021 07:53 PM
irvene replied at 5-10-2021 06:50 PM
kata nak kawen lepas kakaknya kawen. kakaknya dh selamat kawen setelah beberapa bulan tp dirinya m ...

Nk kahwin cmno uols? Dah kena tinggal dek bf
Quote ina_na 5-10-2021 08:23 PM
anony-mous replied at 5-10-2021 08:18 AM
Ok la dia x share. Mcm kurang sesuai dgn imej dia bawak klau tayang2 pakwe ni. Tp jgn jd poyo mcm MF ...

Si kemut tu pe citer.. tiba2 diam gitu je pakwe dia..mmg btl2 dah clash ke.. x follow sgt kes dia..sll bc korang membawang je
Quote black_handbag 6-10-2021 09:44 AM
oh bf dia pilot ke. mesti pilot yang beragama gitu sesuai dengan pemilihan calon isteri begini kan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.265511 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top