Demi memastikan yang terbaik buat anak, ibu bapa rela berkorban apa sahaja. Terbaru, tular di TikTok seorang wanita menggadaikan seutas gelang emas bagi membeli komputer riba untuk anaknya.
Ramai yang melihat video itu sebak memikirkan keperitan dilalui seorang ibu yang terpaksa menggadaikan perhiasan diri demi pendidikan anak, namun hasil gadaian barang kemas tersebut masih tidak mencukupi buat membeli sebuah komputer riba. Jelasnya, dia nekad membelikan komputer riba buat anaknya kerana akan menduduki peperiksaan.
Dalam pada ramai yang sebak melihat kebuntuan wanita berkenaan, ada juga yang bermurah hati mahu membantu. Sumber: OhBulan
|
babelina replied at 28-9-2021 12:35 PM
Allah.. sedihnya.. tingat dulu kecik2.. mak aku petik kopi.. dpt duit sekali sekala mak beli ayam p ...
anakmak replied at 28-9-2021 12:59 PM
aminnnn
semoga mak kita semua berada dalam keadaan sihat dan happy sentiasa ya
ADVERTISEMENT