Seorang pencipta kandungan YouTube (YouTuber) bertindak di luar batasan apabila membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi akaun media sosial tersebut.
Lapor Suara.com, Muhammad Kece yang dilihat memakai baju lengan panjang dan kopiah hitam membuat tuduhan melampau terhadap junjungan besar Baginda. Lantaran itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdul Muiz Ali menggesa pihak polis memberkas lelaki itu yang jelas membuat kenyataan mencela agama Islam. “Saya Abdul Muiz Ali, Pengurus Lembaga Dakwah PBNU dan wakil Majlis Fatwa MUI mengutuk sekeras-kerasnya ucapan lelaki itu serta individu-individu yang terlibat dalam ucapan di Youtube.
“Ucapan itu jelas melanggar hukum agama, jika pihak berkuasa tidak menangkapnya segera dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan umat Islam yang lain,” tegasnya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT