CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Lari Daripada Taliban, Wanita Afghanistan Bersalin Dalam Pesawat Penuh Pelarian

23-8-2021 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2443| Komen: 19

Description: Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) tidak lama selepas pesawat tersebut mendarat di Jerman.
Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi di dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) tidak lama selepas pesawat tersebut mendarat di Jerman.

Wanita itu mula mengalami sakit hendak bersalin ketika pesawat yang sarat dengan pelarian itu menghampiri pangkalan udara Ramstein di barat daya Jerman.

Juruterbang yang dimaklumkan mengenai keadaan wanita tersebut bertindak menerbangkan pesawat pada ketinggian yang lebih rendah agar lebih banyak oksigen dapat memasuki ruang pesawat.


Foto: Getty Images

Sebaik sahaja tiba di landasan, pasukan perubatan bertindak pantas menyambut kelahiran bayi wanita berkenaan.

Pasukan Angkatan Udara AS memuji keputusan juruterbang untuk menerbangkan pesawat pada ketinggian lebih rendah bagi memaksimumkan oksigen sewaktu berdepan detik cemas tersebut.


Dimaklumkan wanita tersebut dan bayi perempuannya dibawa ke fasiliti perubatan berdekatan dan berada dalam keadaan yang baik. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 23-8-2021 08:27 AM
Blh pulak pesawat kuar bwak pelarian
Quote Dwdrum 23-8-2021 08:39 AM
Rakyat US dan Anggota nato masih ada di afghan.... Depa di bawa keluar termasuk rakyat afghans yang kerja dengan depa dan kerajaan lama..

Somehow fake news juga banyak untuk orang luar kecam keganasan taliban dari afghanis yang sudah ada di luar afghanistan. .. Seperti pix lama isis jual sex slaves kata taliban buat... Sebab some area taliban sudah cut connections... Tiada siapa boleh bagi corfirmation kecuali news dari UN.... And some dari news reporters
Quote orgsepang 23-8-2021 08:43 AM
Kita tak tahu kisah sebenar di sana. Doakan yang baik2 saja. Lebih baik tidak menuduh takut jatuh fitnah, peringatan untuk diri sendiri juga ni.
Quote noor2 23-8-2021 08:51 AM
Teruk sangat ke taliban ni mcm Korea utara tu ke?...
Quote noor2 23-8-2021 08:52 AM
Yg ni elok je taliban layan...[youtube]_ZDBC29bpEA[/youtube]
Quote noor2 23-8-2021 08:53 AM
Ni lagi....


[youtube]p0mCBq8jJoE[/youtube]
Quote belalai 23-8-2021 08:58 AM
mencicit lari ye..setelah dimomokan sekian lama..
Quote Buritan 23-8-2021 09:31 AM
Kalo aku.. aku duduk aje.. taliban ni pun org depa jugak.. kiranya takiban ni mcm arqam ka tabligh ka.. berbeza dr segi pegangan agama.. depa agama lebih ekstrim itu ajolaa.. aku kawan dgn arqam elok ajee..
Quote naina 23-8-2021 09:48 AM
Pelik betol..senang betol dorang lari ya siap ada pesawat US untuk pelarian ni. Apa agenda sebenarnya.
Lepastu dah lari ke negara orang dapat apa? Kerja ? Tempat tinggal dan makan? Kemudahan perubatan? Aku tengok Dorang lenggang kangkung je lari. Beg besar xbawa pun. Yela ank2 kecik cmne kan mesti bawa bekal ke apa
Quote naina 23-8-2021 09:51 AM
Buritan replied at 23-8-2021 09:31 AM
Kalo aku.. aku duduk aje.. taliban ni pun org depa jugak.. kiranya takiban ni mcm arqam ka tabligh k ...

Kan..selagi tak perang duduk jelah tempat kita tu. Tengok dulu keadaan baru tu cmne. Kalau mudarat baru fikir next step. Ni baru je Taliban ambil alih, angkat senjata pun belom dah mencicit lari.
Quote fofuler 23-8-2021 10:01 AM
Kadang rasa benda ni macam staged je, saja nak instill ketakutan dekat mata dunia tentang taliban ni. Sebab aku tengok some news macam over sangat je report pasal pelarian ni, belum lagi aku dengar taliban bunuh orang takat ni. Kesian rakyat afghan kena tempuh benda camni
Quote qwen_luna 23-8-2021 10:17 AM
Deme tu pro US. Mmg lari lerrr takut kat taliban padehal org deme jugak. Dah dimomokkan org US
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 10:22 AM
sanggup lahaiiiiii
lantak ko laa. dah dok tempat orang tu pandai2 laa jaga tingkahlaku
Quote white_musk 23-8-2021 10:30 AM
Sepatutnya US tidak perlu bawa mereka lari... kerana apabila mereka di tempat baru juga mereka akan sedaya upaya membuat kawasan baru yang aman damai itu saparti kampung mereka juga di afghanistan... undang2 taliban juga dibawanya...
Quote spicygirl3 23-8-2021 11:18 AM
Alhamdulilah selamat besalin walau di mana
Quote umbut 23-8-2021 11:28 AM
qwen_luna replied at 23-8-2021 10:17 AM
Deme tu pro US. Mmg lari lerrr takut kat taliban padehal org deme jugak. Dah dimomokkan org US {:1_5 ...

Balik balik pro us. Hanya org dia je yg tau. Diorang dah lalui berpuluh tahun. Pastu puji baik sebab islam. Ada je islam tapi jahat. Tgulah 4 ke 5 tahun baru boleh nilai
Quote Buritan 23-8-2021 11:39 AM
naina replied at 23-8-2021 09:51 AM
Kan..selagi tak perang duduk jelah tempat kita tu. Tengok dulu keadaan baru tu cmne. Kalau mudarat ...

Kita komunis jepun punn kita tak larii.. ini tanah kita.. nak lari mana.. kalo aku nak lari punn aku lari pi tmpat dlm hutan ke.. kawasan kg ke.. lari pindah obersea big big no
Quote Buritan 23-8-2021 11:40 AM
nakkomenjugak replied at 23-8-2021 10:22 AM
sanggup lahaiiiiii
lantak ko laa. dah dok tempat orang tu pandai2 laa jaga tingkahlaku

Nanti buat prangai buruk depa tmpat org.. org marah kata racisttttt...
Quote mxsssgi81 23-8-2021 12:24 PM
Ok la tu boleh g Amerika..tanah pun luas.. start la Afghan punye American dreams..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.137257 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top