CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Nat Dan Skru Dalam Piza, Nasib Tak Tercekik!

23-8-2021 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1815| Komen: 11

Description: Seorang wanita terkejut selepas menemukan nat dan skru dalam piza yang ditempahnya.
Seorang wanita terkejut selepas menemukan nat dan skru dalam piza yang ditempahnya.

Lapor Metro, Gemma Barton sudah hampir separuh menikmati pizanya ketika dia menemukan objek tersebut yang tersembunyi dalam keju.


Terkejut dengan keadaan itu, wanita tersebut kemudiannya menghubungi kedai piza berkenaan di Thornton Cleveleys, Lancashire untuk memaklumkan penemuannya.


Foto: Agensi

Pengurus cawangan kedai tersebut segera memohon maaf dan memulangkan semula duitnya.

Selepas insiden itu, Barton memuat naik gambar piza yang ditempahnya ke dalam media sosial dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.

“Tolong periksa terlebih dahulu sebelum makan piza anda kerana berisiko tercekik objek yang berbahaya.

“Tidak dapat bayangkan jika ada di antara kita yang tertelan dan tercekik skru atau nat,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap kedai pizza tersebut kesal dengan kejadian berkenaan dan memohon maaf atas perkara yang berlaku.

“Kami mengambil serius atas semua aduan yang dibuat oleh pelanggan kerana hal itu penting untuk meningkatkan kualiti piza kami.

“Kami mohon maaf atas kecuaian ini dan akan menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 23-8-2021 11:42 AM
“Tolong periksa terlebih dahulu sebelum makan piza anda kerana berisiko tercekik objek yang berbahaya.

“Tidak dapat bayangkan jika ada di antara kita yang tertelan dan tercekik skru atau nat,” katanya.
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 02:37 PM
macam manaaaaa??
buat apa sebelumnya kedai tu sampai boleh ada nat skru??
Quote nononcrux 23-8-2021 02:41 PM
pelik betul kena dengki ke?
Quote I.K.A888990 23-8-2021 03:11 PM
dah mcm mana tetibe muncul kat situ
Quote Artemesiaa 23-8-2021 05:07 PM
Mesti jatuh dari oven pembakar pekerja pulak tak periksa dulu sebelum beri pada pelanggan
Quote Jitu 24-8-2021 12:12 AM
dah mcm bengkel pulak dah ada nut dgn bolt
Quote Belibis 1-10-2021 08:21 PM
Sabotaj la tuuu..lain la ada sudu ka..garfu kaa..logik jugak .
Quote edayildiz 1-10-2021 08:42 PM
special toppings ?yuckk
Quote imanjannah 1-10-2021 08:57 PM
aduhaii.. nasib x tercekik atau patah gigi
Quote supernaturalee 1-10-2021 10:32 PM
At least bkn jari

Quote TeropongThaico 1-10-2021 10:41 PM
Nasib nat dan skru. Kot masa kunyah tu  boleh gak perasan. Org kedai tu pun tak pernah ke check mesin2 deols.
Tapi nauzubillah harap jgn la jadi kat ai

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.136394 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top