CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Artis Sekarang Jadi Runner

18-8-2021 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3734| Komen: 10

Terputus mata pencarian sejak penutupan industri kreatif akibat penularan COVID-19 sejak tahun lalu bukan bererti usaha mencari alternatif lain bagi menjana wang, terbatas.

Biarpun kerajaan mula memberi kebenaran untuk kerja penggambaran diteruskan di bawah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, namun, 'lampu hijau' itu hanya diberi kepada kerja penerbitan tertangguh atau 'separuh jalan'.

Bagi pelakon yang tidak terbabit dalam mana-mana projek drama atau telefilem yang 'tergantung', harapan untuk kembali ke lokasi masih samar-samar, selagi kes penularan COVID-19 belum dikawal dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kelulusan untuk sektor kreatif beroperasi semula.

Kredit foto: Berita Harian



Bagi tiga jejaka yang dianggap pelakon pelapis ini, tiada istilah malu dalam mencari rezeki, demi survival hidup. Mereka sanggup membuang imej 'glamor' dengan menjadi 'runner' atau penghantar barang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan.

Bakat baharu iaitu Shahkimin, Abil Qamaruzaman dan Syrul Ezwan masing-masing tabah berdepan ujian, panas dan hujan demi mencari rezeki dan tidak mengharapkan bantuan keluarga.

Shahkimin atau nama penuh, Mohd Shahrul Hakimi Mohamad Amin, 32, menjadi penghantar barang sebelum pandemik COVID-19 menular.

"Saya sudah biasa jadi 'runner' sejak 2019. Saya buat kerja ini kerana kesempitan hidup dan mencari jalan keluar daripada masalah dihadapi.

"Soal memilih kerja, bagi saya, itu keputusan sendiri. Selain menjadi pelakon, 'runner' juga suatu kerjaya dan sumbernya halal.

"Apatah lagi, saya masih terkial-kial dalam dunia seni. Tawaran berlakon bukan selalu diterima," katanya kepada BH Online.

Shahkimin berkata, 'runner' dianggap antara petugas barisan hadapan dan melakukan kerja murni ketika rakyat berdepan penularan COVID-19 yang digeruni.

"Saya gembira dapat membantu menghantar makanan kepada pelanggan dan ganjaran pahala cukup besar," katanya.

Shahkimin yang pernah mendapat kepercayaan pengarah terkenal, Osman Ali untuk membintangi filem Langsuir ini akur dengan ketentuan hidup.

"Hampir dua tahun kita dilanda pandemik. Ramai antara kita hilang punca rezeki. Saya lihat ramai memilih untuk menjadi 'runner' hingga saingan tinggi," katanya.


Shakimin, Kredit foto: Berita Harian


Bercerita lanjut, Shahkimin berkata, sebelum pandemik, dia sering mendapat lebih 30 tugasan menghantar pesanan setiap hari.

"Sekarang hendak mencapai jumlah sama belum tentu pasti. Jadi, pendapatan tidak sama seperti dahulu. Namun, masih cukup untuk saya yang masih bujang," katanya.

Shahkimin yang menceburi dunia seni pada 2007 ketika menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) mengaku tugas sebagai 'runner' membuka mata mengenai realiti hidup.

"Kerja ini mendidik saya jadi celik dengan persekitaran dan ruang. Saya tambah ilmu lakonan dengan melihat emosi manusia yang bergelut, resah dan gembira, sama ada dalam kalangan 'runner' atau pelanggan.

"Kita fikir diri susah, namun, hakikatnya, ada yang lebih teruk. Saya belajar soal 'struggle' (berhempas pulas) untuk hidup. Semua orang bergelut, namun, keadaannya berbeza," katanya.

Shahkimin sentiasa berlapang dada dalam soal rezeki.

"Alhamdulillah, keberkatan rezeki itu ada. Jadi dapatlah saya bantu keluarga serba sedikit.

"Seperkara lagi, saya ketepikan rasa segan apabila ada pelanggan kenal saya pelakon. Malah ada yang ajak bergambar," katanya.

Syrul Ezwan, Kredit foto: Berita Harian


Bagi Syrul Ezwan, 25, dia membulatkan tekad menjadi 'runner' sepenuh masa ketika PKP 1.0 pertama diumumkan, tahun lalu.

"Saya jadi 'rider' sejak 18 Mac tahun lalu. Pada mulanya, saya fikir sekadar mencari pendapatan sampingan kerana tiada 'job' atau tawaran berlakon.

"Namun, sebak PKP 1.0 diumumkan, saya tukar fikiran dan melakukan kerja ini sepenuh masa. Biarpun suatu keputusan berat, jika saya tidak melakukan kerja ini, sumber pendapatan hilang," kata anak kedua daripada empat beradik ini.

Syrul Ezwan yang membintangi drama Jalan Sesat Ke Syurga, menetap bersama keluarganya di Meru, Klang.

"Abang sulung baru dapat kerja dalam bidang kejuruteraan. Adik lelaki bekerja di kedai sate. Adik perempuan bongsu pula masih belajar di tingkatan tiga," katanya.

Syrul Ezwan berkata, ibunya menjual kuih-muih dan nasi lemak di lokasi berhampiran Masjid Meru, Klang. Namun, katanya, sejak tiga bulan lalu, ibu tidak berniaga kerana bimbang dengan penularan COVID-19.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, saya mahu buka restoran untuk ibu berkongsi air tangan ibu kepada pelanggan," kata graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang pernah mencuba nasib dalam pertandingan Hero Remaja 2020.

Syrul Ezwan atau nama penuh, Muhammad Syrul Ezwan Zamri mengaku membuang rasa malu kerana hendak mencari rezeki.

"Kalau malu, saya terputus rezeki. Sekarang ramai yang hilang pekerjaan. Jadi, saya tidak boleh memilih. Lagipun, jadi 'runner' tidaklah sukar.

"Cuma saya berdepan risiko tinggi menunggang motosikal di jalanan," katanya yang berniat membantu meringan beban ibu dalam menyara keluarga.

Sementara itu, pelakon dan model sambilan, Abil Qamaruzaman menawarkan khidmat membaiki perkakasan elektrik termasuk alat penghawa dingin sejak 2015, selain menjadi 'runner'.

Abil banyak menghantar barangan basah seperti sayur-sayuran dan daging kepada pelanggan.


Abil, Kredit foto: Berita Harian


"Pada PKP 1.0 permintaan untuk membaiki alat penghawa dingin sangat tinggi. Namun, saya masih berusaha menambah pendapatan menjadi 'runner'.

"Saat getir begini, saya tidak berfikir panjang. Apatah lagi, saya tidak terbabit dalam kerja penggambaran. Jadi, apa yang penting adalah mencari wang," katanya.

Abil atau nama sebenar, Mohd Qabir Kamaruzaman, 34, yang sudah berkahwin, banyak memikirkan kehidupan dirinya dan isteri, selagi belum menimang cahaya mata.

"Apabila sudah berkahwin, tanggungjawab bertambah. Apa sahaja peluang yang ada untuk mencari rezeki, saya manfaatkan.

"Soal malu atau segan, saya tolak ke tepi, asalkan kerja itu halal. Kita tidak boleh 'demand' atau memilih sekarang... Janji boleh terus hidup," katanya yang kali terakhir membintangi drama Mak Abang Nak Kahwin disiarkan TV AlHijrah.

Abil yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan belajar membaiki perkakasan elektrik daripada teman baiknya.

"Saya tidak mengikuti kursus elektrikal di mana-mana pusat kemahiran. Saya suka melakukannya kerana ia menguji otak kita berfikir dengan cepat.

"Sama juga dengan menjadi 'runner' yang banyak mengajar saya erti kesabaran," katanya.

Bagi Abil, tiada perkara yang sukar dilakukan andai berusaha.

"Hidup perlu diteruskan. Kalau tiada kerja, bagaimana hendak hidup," katanya yang sudah enam tahun menceburi dunia lakonan dan membintangi lebih 20 drama. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 18-8-2021 10:46 AM
Siapa tadok kerja pi jadi anggota apm ka apa ka. Ada je job.
Quote Kurex 18-8-2021 11:02 AM
Mana yang helok kekar tu, meh sini jadi bodyguard kurex.. upahnya kurex akan bagi kasih sayang yang tak berbelah bagi...
Quote Fortiori02 18-8-2021 11:11 AM
Asalkan boleh jd sumber rezeki & halal, ok sajo...
Quote chinta89 18-8-2021 11:28 AM
sorang pun dok kenai
Quote lazim 18-8-2021 11:33 AM
retis ni klu drg bergabung sesama sendri bt group runner mesti xmng tgn . xpyh apps pon just bg no utk diubungi ..  bergambar satu kali caj plk rm20.. mesti tak mng tgn org msia ni retis sendu pon jadi
Quote Burong_Hantuk 18-8-2021 11:41 AM
at least dorang x jadi bewak idop
Quote fadz84 18-8-2021 12:05 PM
chinta89 replied at 18-8-2021 11:28 AM
sorang pun dok kenai

Sama la.. plk time skrg ni sume org pakai mask.. xde org kenal pun kalau jd runner pun..
Quote eely_shana 18-8-2021 12:24 PM
Alhamdulillah. rezeki ada di mana mana
Quote bambimbom 18-8-2021 01:06 PM
jadi laki jgn malas cari duit... bagus bdk2 ni
Quote cheezel 18-8-2021 01:47 PM
tak kenal tapi okla tak merungut. tak memilih kerja. semoga dimurahkan rezeki

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037845 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top