CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taliban Ikrar Hormati Hak, Benarkan Wanita Bekerja Dan Dapat Pendidikan

18-8-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1546| Komen: 4

Description: KABUL: Jurucakap Taliban di Afghanistan berikrar puak itu akan menghormati hak-hak wanita berdasarkan norma-norma Islam.
KABUL: Jurucakap Taliban di Afghanistan berikrar puak itu akan menghormati hak-hak wanita berdasarkan norma-norma Islam.

Ini termasuk beri kebenaran untuk golongan wanita bekerja dan mendapatkan pendidikan.


Zabihullah Mujahid bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.

Kredit foto: AFP

"Berdasarkan undang-undang Syariah, kami akan membenarkan golongan wanita bekerja, mereka adalah elemen penting dalam masyarakat, dan kami sangat menghormati mereka.

"Sekiranya masyarakat memerlukan mereka, peranan mereka diiktiraf," katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Zabiullah juga beri jaminan penaklukan Taliban adalah untuk kepentingan negara itu.


Mereka juga tidak akan menghukum penduduk yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan tentera asing.

Afghanistan juga tidak akan menjadi lubuk pengganas di bawah pentadbiran Taliban seperti yang dikhuatiri pelbagai pihak. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 18-8-2021 10:52 AM
Bazir je amerika pump duit sini, last2 semua xberani juga menentang Taliban.
Quote damsel_fiji 18-8-2021 10:54 AM
tp semalam tgk kt youtube..staff n stdnt pompuan kena suruh balik rumah semua x pyh dtg lagi dah..staff n stdnt lelaki jah boleh masuk katanyahh
Quote ellejo 18-8-2021 11:15 AM
ada dua manusia bab2 pempuan ko jangan percaya. lebai dgn taliban.
Quote djzara81 18-8-2021 11:35 AM
Sebab talibanlah org bukan islam pandah rendah kt islam. Padahal Islam menyanjung tinggi & mertabatkan kedudukan kaum wanita. Org barat came out with feminism, suffragette and what not sbb wanita barat ditindas. Zmn Nabi Muhammad, hak wanita dah lama ada.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.225762 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top