Dalam keadaan kemelut politik negara ketika ini yang tidak stabil selepas perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, ramai yang kesal dengan perebutan kuasa yang berlaku disaat kita masih berperang dengan pandemik COVID-19. Mengulas mengenai apa yang berlaku ketika ini, pelakon dan penyanyi Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, menasihatkan agar kita semua tidak taksub dengan ahli politik sebaliknya rakyat perlu bercakap dari perspektif sebagai rakyat. "Senang, nak beri pendapat sekali pun, bercakaplah dari perspektif rakyat. Dari situ kita akan belajar empati." "Ahli politik akan terus bersilih ganti, jangan taksub dengan mana-mana mereka," ciapnya dalam Twitter semalam.
Tambah Naim lagi, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang yang memerintah, sebagai rakyat kita kena terima setiap perkara baik dan menegur jika buruk. "Kerajaan mahupun pembangkang, yang baik terima dan buruk kita tegur. Berdiri dengan rakyat," katanya. Sejak semalam, beberapa selebriti tanah air menjadi bahan bualan netizen selepas mereka melontarkan pendapat berkaitan kemelut politik tanah air yang berlaku ketika ini. Terdahulu, Naim dilihat kerap menyuarakan isu rakyat yang tidak makan akibat pandemik dan meluahkan kekecewaannya melihat kes penularan COVID-19 yang meningkat akibat lockdown yang tidak sistematik. Dia juga dilihat turun padang memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Malah, Naim terang-terangan menyertai protes mengecam tindakan pemerintah dengan tanda pagar #LAWAN. - CARI |
cmf_ctrl replied at 17-8-2021 12:22 AM
muda lagi rupanya. minat betul dia bercakap hal2 politik ya
debab_78 replied at 17-8-2021 12:46 AM
owh baru 23 yer..... bina dulu kerjaya dik... perjalanan masih jauh.. nexttttt
ADVERTISEMENT