Pelakon dan model jelita asal negara seberang, Luna Maya mengakui bahawa hatinya kini sudah berubah dan tidak mungkin akan menerima bekas kekasihnya, Ariel Noah jika dia dilamar penyanyi tersebut.
Perkara itu didedahkan Luna ketika dia disoal oleh pelakon, Boy William baru-baru ini sama ada dia masih mempunyai hati terhadap Ariel atau tidak. “Kalau Ariel Noah mahu awak kembali, apa jawapan awak?” soal Boy William. Terkejut dengan pertanyaan yang diajukan, Luna dengan tenang menjawab semula pertanyaan berkenaan dengan memberitahu bahawa dia akan menolak lamaran tersebut. Bahkan, Luna turut memberitahu bahawa dirinya kini sudah pun mempunyai teman lelaki.
“I’m sorry, I’m taken (maaf, saya sudah mempunyai kekasih),” jawab Luna sambil ketawa. Kisah cinta antara kedua-dua selebriti itu sebelum ini bukan rahsia lagi. Walaupun telah berpisah pada 2010, Luna dan Ariel masih lagi berkawan baik sehingga ke hari ini. Tahun lalu, Luna pernah mengakui tidak mustahil jika suatu hari nanti dia akan kembali bersama bekas kekasihnya itu sebelum tekad membulatkan pendiriannya baru-baru ini untuk tidak akan kembali kepada Ariel jika dia dilamar. -CARI Sumber: Kosmo
|
kaedahnya: ariel ni hensemnyalahtengok gambar dia time kecik pun dah nampak kehenseman dia
kaedahnya: ariel ni hensemnyalahtengok gambar dia time kecik pun dah nampak kehenseman dia
ADVERTISEMENT