CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Majlis Kahwin Bagi Jambangan Wang Kepada Isteri Bekas Kekasih

12-8-2021 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3216| Komen: 20

Seorang wanita dari Indonesia menjadi sensasi internet kerana hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan membawa sejambak bunga hiasan berupa wang tunai sebagai hadiah kepada pengantin perempuan, lapor laman berita Suara.com hari ini.


Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @sri_mstf, wanita tersebut menghadiri majlis perkahwinan itu bersama kekasih baharunya.


Wanita itu menghadiahkan jambangan wang tersebut kepada pengantin perempuan serta turut berjabat salam dengan pengantin lelaki. - TikTok @sri_mstf

Dengan berbaju kebaya berwarna coklat dan kain bercorak batik, wanita berkenaan kelihatan berjalan dengan teman lelakinya untuk naik ke pentas pelamin sambil membawa wang tunai yang dihias sebagai sejambak bunga.

Dia kemudiannya memberikan jambangan wang tersebut kepada pengantin perempuan serta turut berjabat salam dengan pengantin lelaki.


Pengantin perempuan kelihatan amat gembira apabila menerima hadiah tersebut. 

“Menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih. Bersama kekasih. Membawa jambangan wang,” tulis wanita tersebut pada hantaran videonya.

Video itu menerima sebanyak 13 juta tontonan serta 1.2 juta tanda suka daripada netizen yang memuji tindakan wanita tersebut.

“Saya tidak kisah jika bekas kekasih suami datang (ke majlis perkahwinan) dengan cara ini. Datang saja semua bekas kekasihnya, tidak mengapa,” tulis seorang netizen.

“Seorang wanita yang berwibawa,” komen seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 12-8-2021 09:15 AM
Baca tajuk, dah tau news dr mana
Quote DayangKirana 12-8-2021 09:28 AM
hanya di indon je ade macam2 scene kat atas pelamin...
kes teriak ex-boipren datang majlis, ade yang peluk taknak lepas..
ade jugak yg menangis smpai pengsan..
Quote ecahaha 12-8-2021 09:29 AM
perempuan mmg tak cerdik ek.. haha
Quote edayildiz 12-8-2021 09:33 AM
baca tajuk dh agak msti dr leluhur belah sana..kalau tak yindon leluhur kicap sana..
kat malaysia takde ke nk buat gini
Quote shiraloveyou 12-8-2021 09:34 AM
Demi content lettew
Quote shernazz 12-8-2021 10:04 AM
Cam jilaka
Nyampah la semua buat demi content
Entah belakang2 habis berantakan rumah tangga orang tu...
Quote SedihPedih 12-8-2021 10:11 AM
diorang ni tgh berebut2 buat content2 sebegini kah?
Quote bakingsoda 12-8-2021 10:24 AM
menu paling mengenyangkan seantero dunia: views & likes
Quote Decaffeinated 12-8-2021 10:29 AM
edayildiz replied at 12-8-2021 09:33 AM
baca tajuk dh agak msti dr leluhur belah sana..kalau tak yindon leluhur kicap sana..
kat malaysia t ...

kan aku dah kata CI kena buat sub-bod isu semasa dari indon untuk dibincang


Quote nakkomenjugak 12-8-2021 10:33 AM
i know damn well kalau stori2 camni mesti dari sebelah
Quote Ayda89 12-8-2021 10:56 AM
Hahah kalau aku tak koser ye habis duit demi ex
Quote Lagubestbest 12-8-2021 11:03 AM
untung la laki tu mesti nanti dia sambung diam2 jad skendel pulak.
Quote batmana 12-8-2021 12:05 PM
sana kes beribu org mati psl kobid, masih buat majlis kawin..?

jgn duit2 tu ada virus kobid sudah..
Quote LadyCarefree 12-8-2021 03:00 PM
Decaffeinated: kan aku dah kata CI kena buat sub-bod isu semasa dari indon untuk dibincang


iols dah lama cakap psl ni. Bosan bila click laaaa indon
Quote Whitepinkrider 12-8-2021 03:25 PM
bnda dah lepas.. move on je lah. ex bf aku pn dtg wedding aku selamba je.. siap nak amek gambo bedua ngan salam aku bagi adiah. sewel
Quote Artemesiaa 12-8-2021 03:32 PM
Dah ex laki dia datang dengan sejambak duit pastilah kata tak kesah.  Lagi ramai datang bawak sejambak duit macam tu lagi dia suka.
Quote green~tea 12-8-2021 03:40 PM
ni macam bahagia sangat je dpt clash  

tak cukup ngn sujud syukur, kasi hadiah penghargaan lagi sbb menikah
Quote haznor 12-8-2021 03:43 PM
DayangKirana replied at 12-8-2021 09:28 AM
hanya di indon je ade macam2 scene kat atas pelamin...
kes teriak ex-boipren datang majlis, ade yan ...

jangan tak tau ...yg selamba datang majlis minta dinikahkan sekali pun ada
Quote Kitty_catz 12-8-2021 04:34 PM
batak la hai

demi sesudu like dan tempe

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.173223 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top